Assalamualaikum.. Malam ni terover excited nak update resepi ok! Apam polkadot tadi tu, Ainna & Nani yang nak.. Ok settled! Pagi Sabtu (semalam) bangun pagi2, tiba2 semangat nak buat "Brownies Cheese Cake".. Ecececehh.. Nama macam mantap je, padahal sikit punya simple resepi.. Ngeh3~

Special entry untuk Kak Erney plak~ Bagi baby gurlz makan ye.. =D



BROWNIES LAPIS CHEESE KUKUS
Bahan-bahan ( loyang 4segi 10", -saya pakai loyang bulat 9")
  • *500g campuran brownies kukus (premix)
  • *4 biji telur gred B
  • *75ml minyak masak
  • *200ml air
  • *5g baking powder
  • *5g soda bikarbonat 
 
  • **inti cream cheese**
  • 250g cream cheese
  • 60g gula castor
  • 1 biji telur gred A
  • 25ml air
  • Brownies Premix tu saya beli di Kedai Bahan Kek Citarasa (Kota Bharu) RM 5.30 per 500g.
  • Cream Cheese saya beli di Kedai Barang Kita (Kota Bharu) RM 11.00 per 500g.

Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer. Pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit je. Memang semua akan bercampur.
  2. **untuk CHEESE**
  3. campur semua bahan (cream cheese, gula, air, kecuali telur). Pukul sampai kembang.Sampai cheese yang berketul tu jadi halus gebu.
  4. Kemudian, masukkan telur. Pukul lagi, sekejap je, untuk bagi bercampur je.
  5. CARA LAPIS (Pastikan penutup periuk kukusan dibalut dengan tuala)
  6. Alas loyang dengan kertas minyak / kertas A4 pun boleh. Kukus dengan api besar selama 15 MINIT.
  7. Tuang cream cheese tadi ke dalam loyang (atas lapisan brownies pertama). Kukus dengan api besar selama 15 MINIT.
  8. Tuangkan baki brownies ke atas lapisan cheese. Kukus dengan api besar selama 20 MINIT.
  9. Yummy!!
Memang sebijik ah..Ni gambar curik dari SINI. ~Sambil promote~ =)
~Tak sempat tangkap gambar, terus habis pada hari kejadian. Nyum3!