Selamat Hari Lahir Abang.. =D
3 Disember 2012
19 Muharram 1434H
 
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kami semua
Allah selamatkan kamu

Di hari kelahiranmu
Ku menanti penuh rindu
Saat detik masa berlalu
Tibalah hari yang ditunggu

Di bawah cahaya rembulan
Bersinar wajahmu sayang
Tibalah tika engkau diraikan
Moga dalam keredhaan Tuhan

Allah selamatkan kami semua
Allah selamatkan kamu

Sungguh ceria suasana meriah
Majlismu diraikan sanak saudara
Teman-teman sahabat rakan dan taulan
Bersama berdoa dan bergembira

Semoga Allah meredhaimu
Semoga Allah merahmatimu
Semoga Allah menyayangimu
Berbahagia selalu

Di hari kelahiranmu
Ku nyanyikan lagu untukmu
Bersama rakan dan teman
Menyambut penuh girang

Ku hadiah sekalung doa
Buatmu insan yang ku cinta
Dipanjangkan umur tetapkan iman
Murah rezeki sejahtera hendaknya
 
 

 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Merisik sudah bertunang pun sudah
Nikah dilafaz sunnah diwarisi
Termeterai sudah janji bermadah
Majlis pernikahan kini dirai

Bertakhtakan adat berzaman
Bersendikan Sunnah Rasullullah S.A.W.
Mendirikan istana kasih pertemuan dua hati

WIRDIANA BINTI YUSOFF
&
NUR SYAZHWAN BIN SAK ALI

Dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kami menjemput saudara-mara, sahabat handai serta sesiapa sahaja yang mengenali kami untuk hadir bagi menyerikan lagi majlis kesyukuran sempena perkahwinan kami..


MAJLIS PIHAK PEREMPUAN:

13 Mac 2012 (Selasa)

No 50, Kampung Pauh Butut
Kubang Kacang
16010 Kota Bharu, Kelantan


MAJLIS PIHAK LELAKI:

15 Mac 2012 (Khamis)

363, Guchil 4
18020 Kuala Krai, Kelantan


Semoga kehadiran hadirin dan keluarga akan menyerikan lagi majlis kami serta mendapat keberkatan Allah S.W.T hendaknya. Terima kasih. Wassalam.


~ Kepada sesiapa yang memerlukan kad jemputan, sila hubungi kami ya! ^___^




Semoga rumahtangga yang bakal dibina kekal bahagia hingga ke Syurga.. Amiin.. ^___^

Majlis Pertunangan
9 Disember 2011
3.45 pm



the moment.. =D


 from her for him.. =)



from him for her.. =)


Assalamualaikum.. Malam ni terover excited nak update resepi ok! Apam polkadot tadi tu, Ainna & Nani yang nak.. Ok settled! Pagi Sabtu (semalam) bangun pagi2, tiba2 semangat nak buat "Brownies Cheese Cake".. Ecececehh.. Nama macam mantap je, padahal sikit punya simple resepi.. Ngeh3~

Special entry untuk Kak Erney plak~ Bagi baby gurlz makan ye.. =D



BROWNIES LAPIS CHEESE KUKUS
Bahan-bahan ( loyang 4segi 10", -saya pakai loyang bulat 9")
  • *500g campuran brownies kukus (premix)
  • *4 biji telur gred B
  • *75ml minyak masak
  • *200ml air
  • *5g baking powder
  • *5g soda bikarbonat 
 
  • **inti cream cheese**
  • 250g cream cheese
  • 60g gula castor
  • 1 biji telur gred A
  • 25ml air
  • Brownies Premix tu saya beli di Kedai Bahan Kek Citarasa (Kota Bharu) RM 5.30 per 500g.
  • Cream Cheese saya beli di Kedai Barang Kita (Kota Bharu) RM 11.00 per 500g.

Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer. Pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit je. Memang semua akan bercampur.
  2. **untuk CHEESE**
  3. campur semua bahan (cream cheese, gula, air, kecuali telur). Pukul sampai kembang.Sampai cheese yang berketul tu jadi halus gebu.
  4. Kemudian, masukkan telur. Pukul lagi, sekejap je, untuk bagi bercampur je.
  5. CARA LAPIS (Pastikan penutup periuk kukusan dibalut dengan tuala)
  6. Alas loyang dengan kertas minyak / kertas A4 pun boleh. Kukus dengan api besar selama 15 MINIT.
  7. Tuang cream cheese tadi ke dalam loyang (atas lapisan brownies pertama). Kukus dengan api besar selama 15 MINIT.
  8. Tuangkan baki brownies ke atas lapisan cheese. Kukus dengan api besar selama 20 MINIT.
  9. Yummy!!
Memang sebijik ah..Ni gambar curik dari SINI. ~Sambil promote~ =)
~Tak sempat tangkap gambar, terus habis pada hari kejadian. Nyum3! 


Assalamualaikum semuaaaa.. Tiba2 rasa nak update blog.. Semenjak dua menjak ni, mood main masak2 datang balik.. Kalau dulu, sasaran eksperimen ialah tikus putih warga 926-G (Housematessss di Terengganu), tapi sekarang sasaran sudah bertukar.. Sekarang dah beralih arah kepada tikus merah warga Jabatan Farmasi, Hospital Tanah Merah.. Wee~

Ok2.. Special entry for both of you: Ainna & Nani..


Sumber gambar: pakcik google..
~p/s: kepada tuan punya gambar, saya dah lupa website anda untuk link, 
kalau tak suka, tolong bagitau ye, saya remove.. TQ!


Apam Polkadot

Bahan-bahan
3 biji telur - dari peti sejuk (gred A)
220 gm gula halus/castor (1cwn+4 1/2tbsp)-sejukkan
1 sudu kecil ovalette

150 ml susu segar @ susu cair –sejukkan (3/4 cwn)
1-3 sudu teh baking powder*
275 gm tepung gandum (2cwn+7tbsp)*
filling - blueberry @ strawberry @ apa2 ikut citarasa
pewarna-hitam,kuning,merah, hijau
Besi mixer sejukkan(senang kembang sebati)

Cara2
1. Pukul Bahan2 A(telur,gula,oval) hgga putih & kembang meleleh, sampai likat. High speed! Off every 2min.

2. Masukkn susu sedikit demi sedikit. Pukul sebati & gebu setiap kali susu dimasukkan.

3.  Masukkn tepung sedikit demi sedikit. Pukul dgn kelajuan perlahan. Pukul hgga likat (rasa berat) bg setiap kali dh masukkn tepung.

4. Amik lebih kurang 1 senduk adunan & letak kaler hitam (merah & biru). Warna-warna lain juga ye. Untuk design cendawan ke, ladybird belang2 ke, smiley ke..

5.Letak cup dalam bekas.Masukkan adunan separuh @ 3/4 cup.

6.Isi filling. Masukkan adunan untuk cover filling sampai hampir penuh.

7.Design.Kukus api sederhana 7min sampai masak. Tutup penutup periuk dgn towel. 

8.Siap! =)


Resepi copy & paste & edit mengikut keselesaan diri sendiri.. Heh..
To Ainna & Nani, sila buat cepat2! Make sure Sifu McNaa rasa dulu tau! Ngee..

Related Posts with Thumbnails