Alhamdulillah, walaupun sudah bergelar 'wanita bekerjaya', saya masih berpeluang mengikuti program-program luar. Syukur. Tanggal 10 September 2011 (Sabtu), saya berkesempatan menyertai program di Rumah Puteri Harapan, Taman Sabariah, Pengkalan Chepa. Rumah yang menempatkan sekitar 200 anak-anak yatim dari seluruh Kelantan.

Sepanjang program, hati saya paling tersentuh semasa aktiviti terakhir untuk sesi pagi. Mereka diminta menulis "Warkah Untukmu" yang ditujukan kepada ayah / ibu yang sudah meninggal dunia. Memberi peluang untuk meluahkan segala yang terbuku di hati. Tentang impian yang dibina bersama. Tentang kejayaan yang tak sempat dikongsi bersama. Kira-kira separuh ahli kumpulan saya menitiskan air mata. Dua orang yang menangis teresak-esak sehinggakan saya terpaksa menghulurkan tisu. Di saat mereka bersungguh-sungguh menangis, sengaja saya 'trigger' hati dan perasaan adik-adik ni. Supaya tersentuh jauh ke dasar hati. Semoga berhasil.



Sukar untuk digambarkan, Adik A mempunyai 12 orang adik beradik, masih mempunyai ibu ayah. namun terpisah dek kemiskinan harta. Moga dirimu tidak terjebak dengan 'kemiskinan' ilmu, budi dan paling penting agama ye dik. Apabila ditanya keadaan adik-beradik lain, hanya gelengan sebagai jawapan. Akhirnya bersuara, "saya tak tahu kak adik-adik macam mana sekarang."

Lain pula ceritanya dengan Adik S. Nampak happy. Tapi apabila diselongkar sehingga ke dasar hati. Pelbagai kisah pilu menghantui fikirannya. Bila ditanya berapa beradik? Jawapannya, anak mak semua 4 orang, tapi anak ayah 18 orang. Pelik! Bagaimana tu? Rupa-rupanya, ayahnya beristeri empat. Yang menyedihkan, ayahnya sudah pun sudah pergi selama-lamanya. Innalillah.

Hati terakhir yang saya sempat selami, seorang adik yang baru berusia 11 tahun. Mula-mula, hanya setitis air mata, kemudian berjuraian tanpa henti. Apabila ditanya perlahan-lahan, "ayah baru meninggal". Bila dik? "Baru je bulan lepas. Sebelum raya." Terpaksa ditempatkan di sini kerana faktor kemiskinan. Oh! Saya terkedu. Semoga dirimu tabah adikku.

“Barang siapa yang mengusap kepala anak yatim kerana Allah baginya pahala atas setiap helai rambut yang disentuhnya.”

Terlalu banyak cerita yang ingin dikongsikan bersama. Tapi, masa kurang mengizinkan. Maaf. Buat adik-adikku di Rumah Puteri Harapan, doa kami sentiasa mengiringi perjuangan adik-adik mengharungi hidup ini. Sungguh, kagum dengan adik-adik. Seandainya saya yang berada di tempat mereka, saya tak rasa saya akan sekuat mereka. Terima kasih Allah atas anugerah keluarga bahagia. Syukur Alhamdulillah.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada ex-classmate UiTM Pharmacy Rx5, Mazlieana Hidayah atas kesudian mengajak saya menyertai program ini.

Infiniti terima kasih saya ungkapkan kepada barisan pimpinan peneraju program, terutamanya Syafiq Rasidi, Arah, Sya, Muiz, semua warga overseas students & local students.. Maaf saya tak berkesempatan mengenali kalian dengan lebih dekat. Moga kita berpeluang bekerjasama lagi dan lagi dan lagi. Saya doakan semoga perjuangan pengajian kalian dipermudahkan dan diberkati Allah. Moga redha Ilahi sentiasa mengiringi perjalanan hidup kalian. Terima kasih atas segalanya.




Notahati:
Sangat-sangat merindui penglibatan secara aktif sepanjang menerajui SOPHYS (Society of Pharmacy Students) & UiTM.. Erm.. Rindu segala program khidmat masyarakat. Menjelajah ke MRSM, SBP, rumah anak-anak yatim, Minggu Mesra Siswa, Bersamamu TV3, Academic Mission to Hong Kong-Beijing etc.. I likeeeee~ ^_^