Assalamualaikum..

Tahun ni, untuk kesekian kalinya berpuasa di "perantauan".. Once again, in Terengganu!! ^_^
InsyaAllah, next year berpuasa di Kelantan! Amiin.. Mengharap.. ~Please~

Sebagai warga bujang, just sempat masak simple2 je. Rasa nak makan "Agar-agar Trifle" pada  1 Ramadhan 1432.. Saja nak share this simple recipe.. Heh~


Rupa dia lebih kurang camni la.. Tapi boleh potong2 macam agar-agar biasa..
( Gambar curi dari blog orang.. Heh~ )


Bahan-bahan:

3 biji telur
1 tin susu cair
1 ketul gula batu (sebesar ibu kaki bak kata mak.. Huu)
2 bungkus agar-agar strip (2 x 20g)
6 gelas air (gelas plastik kalau beli air tepi jalan tu ;D )
2 ketul kecik garam kasar
1 kek gulung / kek Mydin pun takpe =)


Macam mana nak buat?

1. Panaskan air bersama gula batu & garam, tunggu sampai mendidih.
2. Masukkan agar-agar. Kacau sampai agar-agar betul-betul hancur. Kalau tak, dah tambah gula nanti, jadi tak larut dah. Berketul-ketul jadinya.
3. Tambah gula. Kacau sampai gula larut.
4. Keluarkan 1/4 bahagian adunan. Campur sedikit sirap supaya jadi warna merah, untuk lapisan atas nanti.
5. Blend telur bersama 1/2 tin susu cair. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan baki susu cair juga ye.
6. Kacau sekejap. Tak perlu sampai mendidih. Kalau mendidih, nanti appearance agar-agar jadi "berbunga-bunga", tak cantik.
7. Potong kek nipis-nipis (1cm-2cm). Susun kek dalam bekas.
8. Tuang adunan perlahan-lahan sekadar menutup kek. Kalau tuang cepat-cepat, kek akan terapung. Biarkan seketika.
9. Apabila agar-agar tadi sedikit mengeras, tuang baki adunan. Biarkan ia mengeras sedikit ye tuan puan. Ngee~
10. Akhir sekali, tuang adunan merah di bahagian atas. Nipis-nipis sudah. Kalau tiba-tiba adunan merah tenggelam sampai bawah, meaning that adunan susu cair tadi masih cair. Erk!
11. Simpan dalam peti ais untuk hasil yang lebih lazat. Heh~
12. Potong macam agar-agar biasa. Sedia untuk dimakan!! Nyum3!!