Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT

Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba mencari makanan yang lain?

Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi
Kamu akan MENYESAL

Begitulah juga jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU…. MENGASIHIMU…. dan MENCINTAIMU….
 Mengapa kamu berlengah lagi? Dengan cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?

Terlalu mengejar KESEMPURNAAN?
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yangg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,
Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang
Dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI
Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA… itu lebih BERMAKNA !






Mari pakai stokin!

Ku RELA stokin kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada TERKENA PERCIKAN API NERAKA..
Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA..

Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku sehingga MENDIDIH OTAK derita..
 Penuh maksud tersirat.. ^_^
Sumber kartun: http://komikdakwah.blogspot.com/
 

 ♥ Cintailah seseorang tanpa MELIHAT, tanpa MENDENGAR,
CINTAILAH dia dengan hati seutuhnya "RASA".

♥ Sebab apabila mencintai dengan 'pandangan',
ketika ia 'pudar' boleh saja cinta itu PUPUS.
♥ Bila mencintai dengan 'pendengaran',
ketika tak terdengar boleh saja cinta itu HILANG.

♥ Lain halnya degnan HATI yang memilih SEUTUH rasa,
maka ia akan ABADI sebab cintanya terlahir dari TAKHTA Ilahi Rabbi.
 
 
♥ Mencintailah keranaNya dan dicintai juga keranaNya ♥
 
~Quote from: My junior, Saddam Sharif's FB status~ 
 
^_^

9 - 25 August 2011.. 
Bermulalah 2nd season TDM.. 
On Call 24jam sehari.. 
Erm..



9 August 2011
- Alhamdulillah tidur malam tidak terganggu langsung.

10 August 2011
- Alhamdulillah tidur malam juga tidak terganggu. Syukur.
- Habis kerja, dalam 4.30pm, ke Bazar Dataran Shahbandar.
- Tepat 5.45 pm, Kring! Kring! OMG! I know that~
- 6pm tepat, saya terpacak di TDM HSNZ. "Prime & Flush" then "Probe Clean" mesin.
- 6.15 pm, run control for Phenytoin. Ok done.
- 6.30 pm, PPK masih dalam dalam perjalanan untuk menghantar blood sample. Aduyai, jauh sangat ke ward dengan pharmacy? Huu~
- 6.45 pm, run sample. Gedek. Gedek. Gedek.
- 7.10 pm. Result: 6.10 mcg/ml (TR: 10-12 mcg/ml). Alhamdulillah bukan toxic. Terus kira-kira.
- 7.25 pm. Once again, BERBUKA DI HOSPITAL. Hanya dengan sebiji kurma, air dan kuih. Waaaa~ Then, solat Maghrib.
- 7.45 pm. Call pharmacist in-charged. Call doctor. Settled!
- 7.55 pm. Settlekan update record dalam Hospital Information System (HIS).
- 8.15 pm, Alhamdulillah, balik!! Makan!! Heh~

11 August 2011
- 8.55 am, someone calling from HSNZ. Erk!! Again. TDM for Gentamicin dari orthopedic. Cakap punya cakap, rasa macam kenal suara doktor ni. "Eh, sorry nak tanya, ni Dr Shukriah ke?" Heh. Ex-classmate masa PH 110, UiTM Shah Alam rupa-rupanya. Wink2!
- Mengharap agar petang dan malam ni tiada kes. Amiin. Huhu. ^_^

Assalamualaikum..

Tahun ni, untuk kesekian kalinya berpuasa di "perantauan".. Once again, in Terengganu!! ^_^
InsyaAllah, next year berpuasa di Kelantan! Amiin.. Mengharap.. ~Please~

Sebagai warga bujang, just sempat masak simple2 je. Rasa nak makan "Agar-agar Trifle" pada  1 Ramadhan 1432.. Saja nak share this simple recipe.. Heh~


Rupa dia lebih kurang camni la.. Tapi boleh potong2 macam agar-agar biasa..
( Gambar curi dari blog orang.. Heh~ )


Bahan-bahan:

3 biji telur
1 tin susu cair
1 ketul gula batu (sebesar ibu kaki bak kata mak.. Huu)
2 bungkus agar-agar strip (2 x 20g)
6 gelas air (gelas plastik kalau beli air tepi jalan tu ;D )
2 ketul kecik garam kasar
1 kek gulung / kek Mydin pun takpe =)


Macam mana nak buat?

1. Panaskan air bersama gula batu & garam, tunggu sampai mendidih.
2. Masukkan agar-agar. Kacau sampai agar-agar betul-betul hancur. Kalau tak, dah tambah gula nanti, jadi tak larut dah. Berketul-ketul jadinya.
3. Tambah gula. Kacau sampai gula larut.
4. Keluarkan 1/4 bahagian adunan. Campur sedikit sirap supaya jadi warna merah, untuk lapisan atas nanti.
5. Blend telur bersama 1/2 tin susu cair. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan baki susu cair juga ye.
6. Kacau sekejap. Tak perlu sampai mendidih. Kalau mendidih, nanti appearance agar-agar jadi "berbunga-bunga", tak cantik.
7. Potong kek nipis-nipis (1cm-2cm). Susun kek dalam bekas.
8. Tuang adunan perlahan-lahan sekadar menutup kek. Kalau tuang cepat-cepat, kek akan terapung. Biarkan seketika.
9. Apabila agar-agar tadi sedikit mengeras, tuang baki adunan. Biarkan ia mengeras sedikit ye tuan puan. Ngee~
10. Akhir sekali, tuang adunan merah di bahagian atas. Nipis-nipis sudah. Kalau tiba-tiba adunan merah tenggelam sampai bawah, meaning that adunan susu cair tadi masih cair. Erk!
11. Simpan dalam peti ais untuk hasil yang lebih lazat. Heh~
12. Potong macam agar-agar biasa. Sedia untuk dimakan!! Nyum3!!

29 - 30 July 2011 (Jumaat - Sabtu)
The "fullest" weekend ever.. ^_^

29 Julai 2011 (Jumaat)

-Habis on call (Night Shift) around 830am.
-Balik kemas2 barang.
-Around 12 tengahari, bertolak balik Klate!
-Tepat 2.20 pm, sampai rumah! Alhamdulillah.. ^_^

-Sorry to say, tidur all day long.. (Tak tidur 1 malam ok!)
-5pm, makcik dari Terengganu datang..
-6pm, tiba-tiba mak panggil.. "Eh! Kok Na datang ni!" Erk!
(Siapakah Kok Na? Someone yang remind me tentang logbook! Ngeh3..)

-Malam? Jom ke Balai Islam! Hari Hiburan Islam (HAI) 2011. Alhamdulillah, sempat meluangkan masa menonton "Dalam Mihrab Cinta" bersama Dalila. Best!


30 July 2011 (Sabtu)

-Sharp 830am, My PRESSure (iMPRESS, 2011) organized by AstraZeneca at Renaisance Hotel, Kota Bharu.. With Nurdiana Dalina (classmate PH 110 a.k.a PRP HUSM) & Ros Azuralaily (Junior Maher a.k.a PRP HUSM) ~Sangat3 banyak input!! Tqvm Dr Zulqarnain (Cardiologist Consultant HUSM) & Dr Mansor Yahya (Cardiologist HRPZ II).
-Petang, family kakak datang berduyun-duyun dengan anak2 saudara.
-Then, makan kenduri di rumah saudara.
-Malam? Bertandang ke rumah kawan laammmaaaaaa terpisah. Last jumpa masa Form 3 kot. Hurm.
 Noradlina Rosemi!! (Classmate SK Tiong.. Schoolmate F1-F3 Maher.. PRPmate, tapi lain hospital daa.. heh~)
-Agenda terakhir, bersama Dalila, menapak ke Balai Islam, Kota Bharu.. Bicara Selebriti, HAI 2011.. Oh! Sucinya wajah-wajah mereka bila tengok live secara dekat.. Honestly, kagum!

 (Gambar Google ye)

Sekian..

Notahati:
Tujuan asal nak share link Bicara Selebriti ni.. Tersasar menaip.. =)


Tarikh: 30 Julai 2011 (Sabtu)
Masa: 9.00 malam
Program: Bicara Selebriti 
(Panel: Dr MAZA, Ust Hasrizal (www.saifulislam.com), Wardina, Sham, Mod: Amin Idris)
Tempat: Kompleks Balai Islam, Kota Bharu
 Link: Blog Ustaz Hasrizal, entry HAI 2011

~Semoga bermanfaat~

Related Posts with Thumbnails