Jangan marah.. Jangan marah.. Jangan marah..

Sabda Rasulullah bermaksud:
Bukan gagah itu orang yang mengalahkan orang berlawan, akan tetapi gagah itu ialah orang yang mampu menahan marah daripada dirinya.

Sabda Rasulullah bermaksud:
"Orang yang paling kuat antara kamu ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya ketika marah. Dan orang paling menyantun pula ialah orang yang memberi kemaafan sedangkan dia berkuasa untuk membalasnya"


Perkongsian bersama..

HADITS KEENAM BELAS
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَوْصِنِي، قَالَ : لاَ تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَاراً، قَالَ: لاَ تَغْضَبْ
[رواه البخاري]
Terjemah hadits / ترجمة الحديث :
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah sholallohu ‘alaihi wa sallam : (Ya Rasulullah) nasihatilah saya. Beliau bersabda : Jangan kamu marah. Beliau menanyakan hal itu berkali-kali. Maka beliau bersabda : Jangan engkau marah.
(Riwayat Bukhori )
Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث :
1.     Anjuran bagi setiap muslim untuk memberikan nasihat dan mengenal perbuatan-perbuatan kebajikan, menambah wawasan ilmu yang bermanfaat serta memberikan nasihat yang baik.
2.     Larangan marah.
3.     Dianjurkan untuk mengulangi pembicaraan hingga pendengar menyadari pentingnya dan kedudukannya.


~Sekadar peringatan buat kita semua. 
Semoga kita sentiasa mampu mengawal api kemarahan. 
Tak perlu membazir masa walaupun sedetik.
Bukan dapat faedah menda pun kalau marah-marah.