Alhamdulillah.. Selesai sudah..
 
"Pre-Ramadhan Blood Donation" 
@ Terengganu Sesi 2011..

Dengan setulus hati, saya mewakili warga kerja "Derma Darah Pra Ramadhan 2011" by ANSARA (Anak Sains MARA a.k.a Persatuan Bekas Pelajar MRSM SeMalaysia) yang berada di Terengganu, ingin mengucapkan infiniti terima kasih buat semua penderma yang terlibat. Sumbangan kalian amat bermakna. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.

Personally, terima kasih buat "orang kuat" program:
- YM Engku Azmi Engku Abd Rahman 
  (CEO Taman Tamadun Islam)
- Pn T Rohani T Senong 
  (Financial Controller TTI)
- En Wan Zikri Qamaruddin 
  (CEO Imtiaz)
- Pn Zaliyaty Mohamad 
  (Accounts Manager Ri-Yaz Heritage)
- En Suhaimi Yusof 
  (Unit Tabung Darah HSNZ)
- En Suhairi Sulong 
  (Financial Controller Golden Pharos Berhad)
- Cik Wirdiana Yusoff 
  (Nak jugak masuk! Padahal attend 1st meeting je pun.. Heh~)

 Juga buat semua yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung.
* * * 
On 23 July 2011 (Saturday)
* * *


Masuk je Kristal Lounge.. Zapp! Haisy! Punya la "lari" dari hospital, datang derma darah luar hospital.. Tup2!! MO Dr F & HO Dr K yang jaga kaunter.. Aaaaa..

Sambil nak check Blood Pressure..

Dr K: Farmasi dop? Hospital?
Mc Naa: A'ah. Tak kerja hari ni?
Dr K: A'ah, tak. Tak oncall?
Mc Naa: Ni baru habis kerja. Oncall TPN.
Dr K: TPN? Erm.. TDM?
Mc Naa: TPN. TDM tu lain.
Dr K: Erm.. TPN..
Mc Naa: Ish! Takkan tak tau kot? Dah masuk NICU?
Dr K: Dah. Dah lama dah. ~Sengih~
Mc Naa: Haa. TPN untuk baby premature tu.
Dr K: Owh! Under Pharmacy eh? Ingat under Diet..
Mc Naa:  Eh, under Pharmacy la. Aduyai.
Dr K: Haha. Order je. Hehe. (Dr K check BP, senyap kejap)
Mc Naa: (Dalam hati: Sekeh gop doktor ni.. =P )
Dr K: Ok. BP 120/80. Selamat menderma, Wirdiana.

Hah?? Seriously, dalam hati dah tahan gelak. Wakaka. 120/80? Exactly normal BP? Ni gelabah ke apa ni Dr K? Saya rasa, sangat agak mustahil kot nak dapat BP 120/80. Hehe. Terima kasih atas "lawak spontan" Dr K. You makes me smile.. Smile.. Smile & laugh.. ^_^

Notahati:
Terima kasih Nuha & Syazana! Semoga 3 pints darah kita menjadi saham akhirat.. InsyaAllah..