"Hello. Tolong sambung kepada Dr Hafiz." (bukan nama sebenar). Ayat lazim yang saya tuturkan kepada operator HSNZ.

***

"Assalamualaikum. Dr Hafiz ya? Saya dari farmasi." Ayat standard sebelum berurusan dengan doktor melalui telefon.

"Ya saya. Kenapa ya?" Dr Hafiz menjawab, sedikit berlainan dari biasa. Seperti sibuk menguruskan sesuatu. Seperti tidak mempunyai banyak ruang waktu untuk bersuara.

"Saya nak tanya untuk pakcik M ni. Sure doktor nak on IV Acetylcysteine? Saya ada baca dia punya EMR, dia ada Paracetamol poisoning ke? Or just acute liver failure? Bla.. Bla.. Bla.." saya cuba meringkaskan soalan. IV Acetylcysteine adalah antidote untuk Paracetamol (aka Panadol) poisoning.

"Awak tengah process ubat dia ke? Patient dah teruk ni. Suspected PCM poisoning. Bla.. Bla.. Bla.. Acute Liver Failure.." Sedikit kekalutan kedengaran di hujung talian. Saya faham keadaan di ward sekiranya ada patient collapse.

"Owh. Ok. Sata tengah screening ubat dia. Sekejap lagi kami hantar ubat nidirect ke ward." saya berusaha untuk membekalkan ubat kepada pakcik M secepat mungkin.

"Ok2. Erm. Screening??" Dr Hafiz bertanya, seolah-olah pelik dengan penjelasan saya. Saya tersilap ayat ke? Oh! Mungkin term "screening" kedengaran janggal. Apa itu "screening"? Next entry ya!

***

12.45 pm

Setelah selesai screening, slip ubat diserahkan kepada Pembantu pegawai Farmasi (PPF) untuk prepare label dan seterusnya filling. Sementara itu, saya meluangkan masa ke Ward 7 EF. Kaki melangkah laju menuju ke Bed 30 F. Setibanya berhampiran bed, langsir tertutup. Saya meneruskan langkah.

12.47 pm

Tiba betul-betul di sebelah bed, Dr Hafiz sedang melaksanakan CPR. Sekadar memandang sekilas. Oh! Saya tidak punya kekuatan untuk melihat Dr Hafiz beradu tenaga menekan dada pakcik M. Semoga Allah panjangkan umurmu pakcik M. CPR diteruskan diiringi doa. Teruskan usaha menyelamatkan pakcik M.

12.50 pm

Saya kembali ke Farmasi Satelit 7. Kawan saya, Ali (bukan nama sebenar) sedang filling ubat pakcik M. Ali selaku pharmacist in-charge 7 EF bergegas menghantar ubat-ubat yang diperlukan ke 7 EF. Tak sampai 5 minit, Ali kembali.

12.57 pm

"Mc Naa, ambil balik ubat ni. Dah tak nak pakai." Ali meletakkan sampul yang masih berisi ubat di hadapan saya.

"Laa. Kenapa? Cepat la bagi kat patient." saya masih belum dapat 'tangkap' apa yang Ali ingin sampaikan.

"Patient dah tak ada." Tutur Ali seringkas mungkin.

"Innalillah. Al-Fatihah." Tanpa saya sedar, pakcik M sedang bertarung dengan maut rupanya tadi. Betapa saya tidak menyedari, malaikat Izrail sudah pun berada di sisi pakcik M tadi. Tadi turn pakcik M. Kita bagaimana? Mungkin esok, mungkin lusa.. Mungkin sahaja sekejap lagi?



Firman Allah Taala yang bermaksud: "Tiap-tiap umat mempunya ajal, maka apabila telah datang ajalnya, mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mempercepatkannya." (Al-A'raf: 34)