Jarum jam Farmasi Satelit 4 baru menginjak ke angka 10 pagi. Haih. Lambatnya masa berlalu. Lapar. Tengok kiri tengok kanan. Tak sibuk sangat. Jenguk bakul buku-buku ubat untuk 'screening', dah kosong! Alhamdulillah.

Saya berkira-kira untuk ke cafe bawah pokok, cafe yang tidak asing lagi buat warga kerja HSNZ. Open air cafe yang digelar sedemikian dek kerana terdapat sebatang pokok gagah berdiri disisi. Perut sudah mula aktif merembeskan hydrochloric acid. (Yeke HCl? Heh~ Abaikan.) Sebelum nurse datang hantar buku indent seterusnya, baik cepat-cepat 'melarikan diri' sementara waktu.

"Dispense!!" Oh! Kata keramat yang saban hari dilaungkan. Lantas saya bangun dari meja screening, menuju ke kaunter. Tengok prescription (slip ubat) untuk di'dispense'. Ubat untuk seorang ibu baru lepas bersalin. Alhamdulillah, bertambah lagi umat Nabi Muhammad SAW di dunia ini.

"Encik, ni ubat siapa ye?" saya memulakan bicara.
"Isteri" jawabnya ringkas.
"Ok. Dia bersalin normal ke bedah eh?" soalku untuk lebih mesra. Sebenarnya, untuk menentukan samada Acriflavine (ubat cuci luka ibu) perlu dibekalkan atau tidak.
"Erm. Biasa. Normal." jawab si suami dengan suara teragak-agak.
"Ni ubat ye.."

Vitamin B complex, 1 biji 1 kali sehari.. Selepas makan..
Vitamin C, 1 biji 1 kali sehari.. Selepas makan..
Ferrous Fumarate, zat besi untuk tambah darah, 1 biji 1 kali sehari.. Sebelum makan ye..
Ni ubat tahan sakit (Mefenamic acid 250mg), makan 2 biji bila sakit ye..
Ni untuk cuci luka ibu ye.. Pakai 2-3 kali sehari.. (Acriflavine)

"Eh! Mana Cord Spirit, ubat cuci pusat baby? Baby dalam ward lagi ke dah boleh bawa balik ye?" saya  masih tercari-cari botol berisi cecair Chlorhexidine Gluconate. Dia hanya membisu. Saya terpandang prescription, pandangan terjatuh ke bahagian diagnosis. Tertulis singkatan * * *. Saya terdiam. 

Wirdiana!! Kamu tak sepatutnya tanya ok! Mulut terkunci. Apa perlu saya cakap ni?

"Mm. Dah umur dia setakat tu. Redha." dia bersuara perlahan. Matanya sudah cukup untuk melafazkan apa yang tersimpan di hati.

"Maaf. Sabar ye bang. Dah memang Allah nak bagi pinjam kejap je. InsyaAllah dia tunggu di Syurga." saya kehabisan kata-kata. Speechless. Sang ayah yang baru kehilangan seorang zuriat pewaris keturunan itu melangkah longlai. Riak wajahnya menggambarkan segalanya.

Selesai dispense, saya melangkah keluar dari Farmasi Satelit 4, menuju ke cafe. Terpandang seorang nurse memeluk erat seorang baby di hadapan saya. Saya mempercepatkan langkah, ingin mengintai wajah suci seoranng bayi. Tapi pelik, seluruh wajahnya tertutup. Kenapa? Saya mempamerkan reaksi spontan. 

"Hantar body." nurse seolah-olah mendengar soalan hati saya. Bayi suci itu sudah tidak bernyawa. Hanya berpeluang menghirup udara dunia untuk seketika cuma. Terus dijemput Ilahi menuju negeri abadi.

Sekali lagi, hati saya tersentuh.



Al-Fatihah buatmu yang dijamin sebagai penghuni Syurga.