Hantar body?

Jarum jam Farmasi Satelit 4 baru menginjak ke angka 10 pagi. Haih. Lambatnya masa berlalu. Lapar. Tengok kiri tengok kanan. Tak sibuk sangat. Jenguk bakul buku-buku ubat untuk 'screening', dah kosong! Alhamdulillah.

Saya berkira-kira untuk ke cafe bawah pokok, cafe yang tidak asing lagi buat warga kerja HSNZ. Open air cafe yang digelar sedemikian dek kerana terdapat sebatang pokok gagah berdiri disisi. Perut sudah mula aktif merembeskan hydrochloric acid. (Yeke HCl? Heh~ Abaikan.) Sebelum nurse datang hantar buku indent seterusnya, baik cepat-cepat 'melarikan diri' sementara waktu.

"Dispense!!" Oh! Kata keramat yang saban hari dilaungkan. Lantas saya bangun dari meja screening, menuju ke kaunter. Tengok prescription (slip ubat) untuk di'dispense'. Ubat untuk seorang ibu baru lepas bersalin. Alhamdulillah, bertambah lagi umat Nabi Muhammad SAW di dunia ini.

"Encik, ni ubat siapa ye?" saya memulakan bicara.
"Isteri" jawabnya ringkas.
"Ok. Dia bersalin normal ke bedah eh?" soalku untuk lebih mesra. Sebenarnya, untuk menentukan samada Acriflavine (ubat cuci luka ibu) perlu dibekalkan atau tidak.
"Erm. Biasa. Normal." jawab si suami dengan suara teragak-agak.
"Ni ubat ye.."

Vitamin B complex, 1 biji 1 kali sehari.. Selepas makan..
Vitamin C, 1 biji 1 kali sehari.. Selepas makan..
Ferrous Fumarate, zat besi untuk tambah darah, 1 biji 1 kali sehari.. Sebelum makan ye..
Ni ubat tahan sakit (Mefenamic acid 250mg), makan 2 biji bila sakit ye..
Ni untuk cuci luka ibu ye.. Pakai 2-3 kali sehari.. (Acriflavine)

"Eh! Mana Cord Spirit, ubat cuci pusat baby? Baby dalam ward lagi ke dah boleh bawa balik ye?" saya  masih tercari-cari botol berisi cecair Chlorhexidine Gluconate. Dia hanya membisu. Saya terpandang prescription, pandangan terjatuh ke bahagian diagnosis. Tertulis singkatan * * *. Saya terdiam. 

Wirdiana!! Kamu tak sepatutnya tanya ok! Mulut terkunci. Apa perlu saya cakap ni?

"Mm. Dah umur dia setakat tu. Redha." dia bersuara perlahan. Matanya sudah cukup untuk melafazkan apa yang tersimpan di hati.

"Maaf. Sabar ye bang. Dah memang Allah nak bagi pinjam kejap je. InsyaAllah dia tunggu di Syurga." saya kehabisan kata-kata. Speechless. Sang ayah yang baru kehilangan seorang zuriat pewaris keturunan itu melangkah longlai. Riak wajahnya menggambarkan segalanya.

Selesai dispense, saya melangkah keluar dari Farmasi Satelit 4, menuju ke cafe. Terpandang seorang nurse memeluk erat seorang baby di hadapan saya. Saya mempercepatkan langkah, ingin mengintai wajah suci seoranng bayi. Tapi pelik, seluruh wajahnya tertutup. Kenapa? Saya mempamerkan reaksi spontan. 

"Hantar body." nurse seolah-olah mendengar soalan hati saya. Bayi suci itu sudah tidak bernyawa. Hanya berpeluang menghirup udara dunia untuk seketika cuma. Terus dijemput Ilahi menuju negeri abadi.

Sekali lagi, hati saya tersentuh.



Al-Fatihah buatmu yang dijamin sebagai penghuni Syurga.




Sumber: Pesanan Farmasi

Credit to: Wady Farmasi et al. Mohon share ye. Semoga beroleh manfaat buat sesiapa sahaja yang mendengarnya. InsyaAllah.

Notahati:
Tak faham lirik? Heh.. Sila roger kami yang pure Kelantanese.. ^_^
Dengar dikir ni, terus ingat Syafiq & Latfi. ~Galok ngat dok promote wayang kulit pasal buah nangka.. Adoih~


Pejam celik pejam celik, sudah sembilan purnama Wardah bermastautin di bumi penyu bertelur. Biasanya, setiap dua minggu dia akan bermusafir, pulang ke kampung halaman di Negeri Serambi Mekah. Perjalanan Kuala Terengganu ke Kota Bharu : 160 km, mengambil masa kira-kira 3 jam.

Seawal bulan pertama di Terengganu, dia berhajat untuk singgah menunaikan solat di semua masjid yang ada di sepanjang jalan. Alhamdulillah, petang tadi dia berpeluang menunaikan solat Asar di Masjid Penarik. Betul-betul di hadapan Pantai Penarik.

Usai solat Asar, Wardah terus bergegas menuju ke kereta. Keadaan di masjid agak lengang. Terdapat beberapa buah kereta di perkarangan masjid. Setelah enjin dihidupkan, mata menjeling cermin pandang belakang. Clear. Belum pun sempat bergerak, tiba-tiba.. Muncul seorang makcik, terkumat-kamit bersebelahan tingkap pemandu. Dalam hati tertanya-tanya, apa makcik ni cakap ni? Beria-ia nampak. Lalu, cermin tingkap diturunkan.

Wardah: Aa. Nape mokcik?
Makcik: Takdok nape pong. Alah gi mano? Bagoh la breti smayang. 
Wardah: Aah mokcik. Nok kelik Ganung. Jalang-jalang gok, smayang dokleh tinggal.
Makcik: Jalang berkat sket. Kite ni mati dop hau bile. Esok kaghang doh mane tau.
Wardah: Ye la. Mokcik maghi mano ni?
Makcik: Mokcik maghi jauh. Tasik Kenyir nuh. ~Sambil berlalu pergi~



Wardah termenung seketika. Muhasabah diri. Mungkin terlalai seketika. Maka, Allah utuskan seseorang untuk memberi peringatan. Wardah meneruskan perjalanan dengan kelajuan sederhana. Otak masih ligat berputar, memikirkan siapakah gerangan makcik itu. Ahh! Itu tidak penting! Apa yang penting, pesanan yang berharga itu. Ya, siapa yang mampu menjamin kita akan hidup sehingga esok?
Terima kasih Allah.

Selamat Pengantin Baru buat semua~

.:. 'Atikah UiTM Rx5 & Taufik IIUM Rx3 .:.

.:. Farhana UiTM Rx5 & Hosni UiTM Rx6 .:.

.:. Zaem UiTM Rx5 & Aizamin UiTM Rx5 .:.

.:. Amir Sofi UiTM Rx5 & Fatin Hanis UiTM Rx5 .:.

.:. Asymawi UiTM Rx5 & Zarina UiTM Rx4 .:.

.:. Fikri UiTM Rx5 & Fazihan UiTM Rx5 .:.

.:. Mai Nordhiya UiTM Rx5 & Fahmy .:.

.:. Azura UiTM Rx5 & Hafiz .:.

.:. Majidah UiTM Rx4 & Akhyar .:.

.:. Syafiq IIUM Rx5 & Mahfuzah IIUM Rx5 .:.

.:. Latfi IIUM Rx5 & Syafiqah IIUM Rx5 .:.

.:. Syaza IIUM Rx5 & Dr Azhar HSNZ .:.

.:. Dr Fadzli HSNZ & Dr Azimah HSNZ .:.

.:. Adilah (Maher & MRSM Kuala Krai) & Hakim .:.

.:. Rapaidah MRSM KK & Zulhilmi .:.

.:. Hafiz Aman MRSM KK & Sarah Fadillah .:.

.:. Ain Rx4 & Rosdi .:.

.:. Farhan Rx4 & Syahida .:.

.:. Hanani (Maher) & Rohaizad .:.

.:. Zuraini (Maher) & Fairoz .:.

.:. Asyikin PLKN & Shahimin .:.

.:. Hafizam & Hidayah .:. ~Jiran sebelah2 rumah Terengganu~


Who else? Will update later.. ^_^
Sangat333 ramai sahabat-sahabat mendirikan masjid di bulan kelahiran saya! Ngee~

6 May 2011.. Jumaat..
On Call Farmasi Satelit 7..

Kaki dah lenguh-lenguh..
Tapi kuatkan hati menuju ke CRW..
Counsel patient yang baru on Insulin, ajar Novopen..
Alkisahnya.. Lalu Ward 7 EF..

Nampak sampah berterabur menghalang jalan..
Saya tengok sampah, jeling "cleaner" kat sebelah..
Dalam hati: Bang, sapu la sampah ni..
Buat-buat takde kerja ye..
FYI, "cleaner" tu memakai mask, pakai t-shirt..


Dalam hati lagi..
Ish! "cleaner" ni.. Buat kerja la..
Tercegat je tengok orang..
Lepas tu senyum.. Haih~

Saya teruskan perjalanan..
Menuju ke CRW..
Bertegur sapa dengan nurse..
Then counsel patient.. Settled!

Kembali ke Farmasi Satelit 7..
Ish! "cleaner" ni belum bersihkan la..
"cleaner" ni jalan-jalan dalam ward..
"cleaner" tu tengok sana sini..

Sebelum melangkah keluar ward..
Tergerak hati pusing balik..
Buat-buat tertinggal barang..
Cuba teka apa saya nampak???

"cleaner" tadi sedang membuat sesuatu..
"cleaner" tu menghadap laptop!!
"cleaner" itu sedang menaip dalam HIS!!
"cleaner" itu seorang DOKTOR!!!!!!


Waaa.. Sumpah tak sanggup jumpa dia lagi..
Harap sangat333 "cleaner" tu takde 6th sense..
"cleaner" tak tahu kan apa saya fikir? Wakakaka..

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER!!

Notahati:
Jangan pandang orang sebelah mata ok! Hehe..


Sedar tak sedar..
Hari ini 5 May 2011.. I'm a pharmacist!
Hari itu 5 May 2010.. I'm a student!
12 purnama sudah berlalu..
Bagaikan baru semalam..
Sibuk mentelaah segala bagai..
Buku.. Nota.. Past year questions..
Sangat merindui student's life..





UiTM Shah Alam..
Kolej Melati..
Level 10.. Pejabat Fakulti Farmasi..
Level 7.. Segala bagai lab..
Level 6.. RGV!!
Level 9.. Lab Com..
DK H.. Segala Memori tercipta..
Mc D Level 9.. Fav port time exam! Nyaman~

UiTM Puncak Alam..
FF 1.. FF 2.. FF 3.. FF 4.. FF 5..
Kolej Angsana.. Kolej Rafflesia..
Cafe Angsana.. Layar Cafe.. Jom Mio..
Bulatan Keris.. Labu Sayung..
Pasar Malam Puncak Alam..
Puncak Alam Corner.. Saujana Utama..
Masjid Al-Furqan.. Masjid Felda Bukit Cerakah..


Terlalu banyak kisah suka duka tersimpan..
Kenangan sepanjang zaman..

Terima kasih buat semua sahabat..
Sentiasa bersama susah dan senang..

Tqvm to all..
'Atikah.. Zalikha.. Tim.. Nadia.. Day.. Azilea.. Ezzati.. Fia.. Nini..
Juga buat semua yang sudi hadir dalam hidup..
Sayang kamu semua kerana Allah..

Related Posts with Thumbnails