Minggu ni dah masuk minggu ke-3 saya berada di TPN (TPN tu apa? Klik sini --> Total Parenteral Nutrition). Setiap pagi, lepas breakfast terus naik Ward 6B. Check stock & expiry date: Solution A, Solution B & Lipid. Then "ward round" seorang diri. Menjelajah ke setiap ceruk wad, check patient mana yang on TPN, berapa rate (ml/hour). Then, bersedia untuk masuk ke "Clean Room" untuk menyediakan stock TPN.



a story to share.. 
(Tiru ayat NUHA.. Heh..)

Suatu hari, saya diarahkan untuk clerk case seorang patient TPN. Ok! Saya aim seorang pakcik yang baru masuk ni. Disebabkan dia baru masuk, saya assume dia akan berada agak lama di hospital. Menarik untuk belajar!

Hari Ahad, hari pertama saya prepare TPN untuk pakcik R. Honestly, saya suka TPN compounding. Final step compounding preparation, hati saya bersuara. "Pakcik, saya buat ni untuk pakcik. Semoga pakcik cepat sihat ye. InsyaAllah esok saya naik ward ziarah pakcik. Pakcik cepat sihat tau." Tapi pada masa yang sama saya macam sayu. Sedih. Teringin nak ziarah pakcik R. Saya tangguhkan niat, tunda keesokan harinya.

Esoknya..
Pagi-pagi, call ward. Tanya samada pakcik R still on TPN atau dah stop. Tapi.......................................

"Pakcik R dah meninggal." Saya tergamam!! Pakcik!! Saya nak prepare TPN untuk pakcik lagi!! Saya nak ziarah pakcik!! Mm..Rupa-rupanya itulah yang pertama dan terakhir saya berbakti kepada arwah..

Innalillah..
Al-Fatihah buat pakcik R dan ABAH (Yusoff Mat Hussin)..
Amanlah kalian di alam barzakh sana..
Abah.. Doa anakmu sentiasa mengiringi perjalanan abah menuju negeri abadi..

Notahati:
Dalam terkejut & sedih yang berjaya disembunyikan, ada staff buat lawak. "Mu tamboh mende haa dalam TPN semalam?" Hoh?? Mana ada! Apekah~