8 Mac 2011 (Rabu)
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan.


Scene 1:

Pakcik A: Balik mana dik? Cairo jugak eh?" 
Wirdiana: Eh tak la. Saya bukan pelajar Mesir . (Bakal kot. InsyaAllah kalau rezeki kat sana)


Scene 2: 

Makcik B: Amik apa dik? Doktor?
Wirdiana: Farmasi. Kenapa makcik?
Makcik B: Oh. Ye la kan. Doktor ngan farmasi start belajar lebih kurang.
Wirdiana: *confuse* Hah? Eh, saya bukan nak balik Mesir ni makcik.


Scene 3:

Kakak C: Dik, beratur depan akak la. Dah nak balik sana ye?
Wirdiana: Terima kasih kak. Balik mana? Saya nak ke KL.
Kakak C: Balik Mesir. Dah habis kan cuti?
Wirdiana: Aaa. Saya bukan nak ke Mesir.


Scene 4:

Abang D: Besar beg dik. Bila flight sana?
Wirdiana: Barang sikit je ni. Beg je besar. Flight mana?
Abang D: Belajar Mesir kan?
Wirdiana: Eh bukan la.


Scene 5:

Pak Guard: Dik, mana IC. Meh pakcik check in beramai-ramai.
Wirdiana: Oh. Boleh ke pakcik?
Pak Guard: Mestila boleh. Nanti dapat duduk dekat dengan kawan-kawan.
Wirdiana: Oo. Tapi saya dengan mak.
Pak Guard: Owh. Bukan nak balik Mesir ke?
Wirdiana: Eh bukan pakcik. =)


SEKIAN, TERIMA KASIH.



Sepanjang beratur nak check in flight KB-KL malam tu, beberapa kali saya ditegur sedemikian rupa. Mungkin disebabkan airport malam tu dipenuhi dengan para pelajar Mesir yang mahu kembali menimba ilmu di Bumi Anbiya. Sejujurnya, sejuk mata memandang melihatkan wajah-wajah suci para penuntut Mesir. Sejuknya sampai ke dasar hati. Sumpah saya tak tipu. ^__^



Notahati:
Selamat pulang ke Mesir buat semua warga Malaysia yang menuntut di sana.
Buat adik-adik Nuha : Syifa', Muna & Nabil (Maaf kalau silap nama) Selamat meneruskan perjuangan di medan ilmu. Semoga segala urusan kalian dipermudahkan Allah. InsyaAllah.