Bersabarlah duhai hati..
Dugaan ini hanya sementara sahaja..

Terima kasih Allah..
Kerana mengejutkan aku dari lena..
Supaya aku cepat tersedar..
Bangun dari terleka..
Sebelum jauh tersasar melupakanMu..
Terima kasih Allah..




Masa zaman kanak-kanak, ma pernah cakap:

"Jangan main jarum tu. Kalau tercucuk nanti, luka memang sikit, tapi sakit!"


Dan hari ni, baru saya mengerti..

Ma, memang sakit! Pedih! Perit! Jarum itu memang halus. Darah pun setitik je. Luka memang kecil tapi dalam. Really need time untuk rawat. Itulah degil sangat, ma dah pesan, "jangan main jarum." Wirdiana.. Be strong!


Notahati:
Entry yang mungkin orang lain tak faham pun.. Sekadar meluahkan.. Muhasabah diri.. Peringatan buat diri..Pengalaman benar-benar mematangkan..


Oh! Hepatobiliary surgeon.. Need ur help! Come and treat my heart! Eh! Heart? Liver la.. =)