Sekadar ingin berkongsi.. 
~Straight to the point.. Tak tahu nak intro..~

Salah satu tugas saya di Farmasi ACC ialah labelling..
(Labelling? Ia merupakan perbuatan menulis di sampul ubat.. camne nak explain ek.. Eg: Doc tulis Tab PCM 1g TDS, so saya kena tulis kat sampul ubat Paracetamol 500mg tu as 2 biji 3 kali sehari.. Something like that laa..)  

Tengah khusyuk labelling, tiba-tiba telefon merah di hadapan saya berdering.. Aduyai.. Ni yang malas nak buat label depan telefon ni. Cuak kalau doktor call tanya soalan yang saya tak tahu nak jawab. Ngee~

Wirdiana: Hello. Farmasi ACC.
Dr P: Hello. Saya Dr P dari MOPD. Mintak tolong. Untuk patient Tengku Noraini Razali (Bukan nama sebenar), saya tertinggal ubat. Tolong tambah Atorvastatin.
Wirdiana: Owh. Ok. Berapa ye dose? 20? 40?
Dr P: 20mg ON. Terima kasih.
Wirdiana: Ok doktor. Sama-sama.


Selepas labelling, saya terus mencari slip ubat patient Noraini Razali. Ok! Jumpa, nombor 1184~ Eh! Biar betul nak tambah Atorvastatin? Ubat cholesterol? Patient ni makan 4 jenis ubat PSY je ni. (PSY: psychotropic). Langsung takde ubat hypertension & diabetes. Ok then, call doc balik. Dr P, nasib baik dah kenal~

Wirdiana: Hello. Assalamualaikum. Dr P. Saya Wirdiana dari farmasi. Nak confirmkan pasal patient tadi tu. Sure nak tambah Atorvastatin? Dia tak on pun ubat lain.
Dr P: A'ah. Saya lupa tulis tadi.
Wirdiana: Tapi masalahnya, patient ni just on ubat PSY. Awak kat Klinik Psychiatry? Ke awak kat mana?
Dr P: Eh. Saya MOPD. Medical. (Hah! Confirm silap patient!)
Wirdiana: Aaa. Boleh tak awak tolong check balik. (Wirdiana! Lain kali tanya IC awal2 tadi lagi~)
Dr P: Ok2. Nama Tengku Noraini Omar. IC : 987654321.
Wirdiana: Ok2. Nanti saya tengok balik. Sorry ganggu. Tq.


Then terus berkejaran mencari slip ubat patient Tengku Noraini Omar. Nombor 1186! Hanya selang 2 nombor dengan Noraini Razali (nama sekadar rekaan). Aduyai. Nama almost sama. Syukur terperasan "kepelikan" ia~

Moral of the story:
To Pharmacist: Sila dengar nama betul2, mintak IC terus. Bak kata Wonderpet: Ini serius!! @_@
To Doctor: Kalau nak betulkan pape, mintak tolong bagi nama penuh & IC ye. Tq!

Semoga ia tak akan berulang. InsyaAllah.


Notahati:

1) Ingatkan nak share on that day, tapi busy. Then terus batalkan niat. Tapi hari ni jaga bahagian Claiming (tempat patient datang ambil ubat yang terlepas nombor), tiba-tiba kena dispense ubat patient di atas. Free2 kena dengar patient marah2 sebab doktor tertinggal tulis ubat.. Terpaksa dengar je la on behalf of Dr P~ *pasrah*

2) Tak sabar nak berurusan dengan Dr Salilah. Ngeh3~ =p