Beberapa minggu lepas, saya muhasabah diri..
Hidup saya sekarang terasa sedikit tersasar..
Hati terasa kurang tenang..
Hari-hari yang dilalui sekarang agak tidak lancar..
Astaghfirullah..

Beberapa hari lepas..
Saya terfikir lagi..
Terasa bagaikan sudah lama tidak di uji..
Terasa bagaikan sedikit jauh dari Allah..

‘Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ‘kami beriman’ sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu ujian) ‘– (Surah al-Ankabuut ;2) 


Namun, tanpa saya sedari..
Rupa-rupanya saya sedang berada di landasan itu..
Landasan untuk menuju ke medan ujian..
Betapa saya tidak menyedarinya..

Beberapa jam lepas..
Saya benar-benar diuji..
Pedih.. Perit.. Hanya Allah yang tahu..
Tapi, inilah hakikat..
Inilah kenyataan yang perlu saya hadapi..
Berikanku kesabaran Ya Allah..


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sungguh mengkagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperoleh kecuali oleh seorang mukmin. Apabila dia mendapatkan kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya.” (Imam Muslim)


Sesungguhnya.. Wirdiana..
Allah rindukan rintihanmu berpanjangan..






Sesungguhnya..
Redha itu perit..
Tapi imbalannya manis..
Semoga episod duka yang sedang dilalui pantas berlalu..
Semoga senyuman menanti di penghujung jalan..
InsyaAllah..



Pengajarannya.. Ingatlah Wirdiana..

Wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya “Wahai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan sahaja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu memberi kesengsaraan”




رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir”. (al-Baqarah:286)




Notahati:
Sekadar meluahkan apa yang  terbuku di hati..
Semoga ujian ini mampu meningkatkan keimanan kepadaNya.
Aku rindukan ketenangan. Berikanku kebahagiaan Ya Allah.