6 Jan 2011 (Khamis) saya umumkan sebagai Workaholic Day! Erk~

Masuk kerja pukul 7.30 am, sebab Methadone Clinic. Then, habis Methadone Clinic pukul 1.00 tengahari. Apa itu Methadone Clinic? Akan saya ceritakan dalam entry akan datang. InsyaAllah.

Terus ke Out Patient Pharmacy Department (OPD), tiba-tiba kena lunch call (bekerja semasa orang lain rehat + lunch). So, terus bekerja till 2.30pm. Rehat sekejap. Then cont sampai 3.30pm.
Berangan nak balik berehat. Tiba-tiba ada doctor prescribe Lorazepam! Aduyai, terpaksa rela hati meredah hujan lebat & kebanjiran menuju ke Farmasi Klinik Pakar (ACC). Lencun! Sampai di ACC, terserempak dengan Lee.

Tup! Tup! Tukar extended hour dengan Lee (Demi nak balik Kelantan weekend 2 minggu lagi. Heh~). So, sambung kerja di Farmasi Satelit 7 from 4pm till 8pm. Then, bergegas ke OPD balik, botol-botol Methadone sedang menunggu sesi mandi-manda. Botol-botol Methadone pagi tadi belum basuh ok! Settle semua around 9pm. Haih~

 Waahhhh~ Sangat penat.. @_@"

Alhamdulillah, extended hour bersama Kak Ha, Kak Faezah, Kak Laila, Kak Mai & 'Aatirrah. Semuanya yang memang saya pernah bekerjasama (Baca: bekerja bersama). I like~

Sepanjang bekerja hari ni, perut tak diisi pun. Just makan kek masa breakfast. Sampai malam tak jumpa makanan. Kebulur~ So, plan nak makan best dengan Kak Laila. Tapi tak tau nak serang restoran mana. Last-last ke Zie's Corner, Waterfront Pulau Kambing. Tqvm adikku Amir Fauzan!


Notahati:
Semua pekerjaan memang busy (Shahril et al, 2010). *.*
Jangan fikir kerja sebagai pharmacist hanyalah bagi ubat di kaunter ok!