Dipertemukan kembali setelah 6 tahun terpisah..

Itulah kesimpulan yang mampu saya buat. Sangat gembira!!

Sekitar September 2010, saya masih berada di 1st rotation : Ward Pharmacy iaitu di CRW (Coronary Rehabilitation Ward). Ada seorang anak patient Bed 4F, rasa macam kenal. Tapi, tak berani nak tegur. Saya di Terengganu ok! Bukan di Kelantan. Kalau di Kelantan, amat tinggi kebarangkalian untuk saya kenal sesiapa sahaja. Sepanjang pakcik Bed 4F dalam ward, saya hanya memerhatikan anak lelakinya dari jauh. Haih~ Siapakah gerangan. Fikir punya fikir, serius tak ingat.

Suatu hari, lepas kalut-kalut ambilkan ubat dari Farmasi Satelit 7 untuk pesakit discharge CRW, saya keluar dari farmasi dengan segala bagai ubat-ubatan di tangan. Keluar-keluar, "anak pakcik 4F" sedang menunggu ubat di hadapan kaunter farmasi. Kami berbalas senyuman.

Dalam hati berkata: "Wirdiana, sila tegur dia! Memang pernah jumpa dia sebelum ni. Confirm!"

Tiba-tiba, dia bersuara. Bertanyakan asal-usul. SAH!! Kami memang pernah kenal sebelum ni. Itulah HERDY!! Kawan sekumpulan semasa PLKN Sintok Siri 1 Kumpulan 1 (2004). Tak sangka dipertemukan kembali~


5 Jan 2011 (Rabu)

Saya sekarang di 4th rotation, Out Patient Pharmacy Department. Seperti biasa, bila ada patient datang bawa prescription (slip ubat), saya menuju ke kaunter. Ambil prescription, confirmkan nama, bagi nombor giliran.

Tadi, nak dijadikan cerita. Masa nak sahkan nama, saya pandang wajah gadis ni. "Eh! Macam kenal. Familiar je dia ni. Pelanduk dua serupa kot." Tapi, dia pun pandang saya lama. Beberapa saat kami dok main "Eh! Eh!" PKN Sintok? Khemah H1~

Ya! Leeya!! Waahhhhh~ Hampir-hampir terjerit di kaunter. Rasa macam nak melompat. Sejak terputus hubungan selepas tamat PLKN 2 May 2004, memang saya cuba untuk menjejaki kembali kawan-kawan. Tapi, hampa.

Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat dapat jumpa balik. Masa dispense medications, sempat bersembang lama-lama sekejap. Sampaikan Haji Mohtar kat kaunter sebelah pun dah pandang-pandang. Hehe. Sorry Haji~

Inilah antara hikmah saya 'dicampak' bertugas di Terengganu. Saya semakin bahagia di negeri penyu bertelur ini. Alhamdulillah~


.Haskin.Wirdiana.Hazwani.Aznira.Masliana.Yati.Leeya.Nor.Asyikin.Ida.
~Khemah H1~