Alhamdulillah, perjalanan hidup di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu nampaknya semakin smooth dan mantap. Syukur ke hadrat Ilahi, saya semakin bahagia di sini. Smile always! ^_^

Sekarang, 11 Januari 2011 (Selasa) jam 2.15am, saya sedang 'beribadah' yakni sedang on call di Farmasi Satelit 7. Bersama Kak Ha & Fatina. Tqvm Kak Ha sebab balik lambat tadi. Yeay! (Ni saya suka sangat bila oncall dengan Kak Ha..) Malam ni, nampaknya patient tidak begitu ramai. Alhamdulillah. Kurang beban kerja.

Bermula minggu ini, saya sudah pun melangkah ke 5th Rotation. Wahh!! 5TH??? Cepatnya.. @_@"

Saya di Farmasi Klinik Pakar (ACC). Tapi, saya hanya baru beberapa minit bertugas di ACC. Most of the time, saya rescue di Out Patient Pharmacy Department (OPD). Menggantikan Khaidir yang bertugas di Methadone Clinic. I likeeee~ Saya sangat3 suka OPD. Heh~

Sekadar ingin berkongsi tentang pengalaman berhadapan dengan pesakit dengan pelbagai kerenah dan perangai. Tadi dispense ubat kepada seorang DATO'! Setelah nombor giliran di panggil, seorang pakcik datang. Saya dah baca nama di prescription, DATO'. Tapi, sorry to say, sengaja malas bahasakan Dato'..

Wirdiana: Nombor 999 ek? (Nombor rekaan ok)
Dato': Ye saya.
Wirdiana: Nama Mohd Amin bin Mohd Nasir ye? (Untuk confirmkan nama, takut silap patient. Nama ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan dengan sesiapa).
Dato': Dato'!
Wirdiana: Hah? Erm.. (Saya buat-buat tak faham. Tak kejam kan? Huk.)
Dato': Dato'. Dato'!! (Intonasi semakin kasar. Haih!)
Wirdiana: Owh ok. Dato'. (Mengalah jela..)

Sesungguhnya manusia diciptakan sama, yang membezakannya di sisi Allah adalah TAQWA.



"Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah." (Riwayat Muslim)


Notahati:
Saya tak suka patient yang kerek & berlagak. Maaf.
Saya sangat gelabah kalau patient PSY (psycho aka kurang siuman aka ji ai el ea) datang ke kaunter. Erk!! Macam-macam kerenah yang menakutkan. Haih~