Entry kali ini mungkin perkongsian yang ditujukan khas kepada rakan-rakan seperjuangan, pharmacist sekalian alam, seluruh warga kerja hospital, juga buat sesiapa sahaja yang berminat. Alhamdulillah, saya semakin dapat menerima kenyataan untuk bertugas di wad sebagai clinical pharmacist. Erk! Clinical pharmacist?? Heh~ Amat sukar untuk dipercayai. Sejujurnya saya kurang suka clinical. Kalau preceptor baca, naya ni. Sorry Kak Nor! Hoho.

Sekadar ingin berkongsi amal kebajikan yang boleh kita laksanakan semasa bertugas di wad. Seawal minggu pertama saya bertugas di wad 7EF (General Medical & CRW), Hospital Sultanah Nur Zahirah, saya berhadapan dengan kematian demi kematian pesakit di dalam wad.

Sehinggakan nurse ada berjenaka, "Semalam ada seorang meninggal. Biasanya akan ada yang menemannya. Calon-calon pun ada ni". Maksudnya, kalau dah seorang pesakit meninggal, biasanya akan ada seorang lagi yang bakal menyusul. Terdetik juga di hati saya, "Mana kita tahu kan, yang bakal menyusul tu siapa. Tak semestinya pesakit, mungkin sahaja petugas. Lebih tepat lagi, kami?"

Kadang-kadang saya ada perasaan terkilan dengan pesakit. Baru semalam pakcik ni bercerita tentang kesusahan dan keperitan hidupnya. Tentang kerisauannya tentang bil hospital, tanggungan dan segala masalah hidup. Dalam hati sudah terdetik, esok saya berniat untuk menghulurkan sumbangan wang sekadar termampu. Tiba-tiba hari ini, datang kerja, pakcik tu dah pun meninggal dunia. Terkilan! Selepas beberapa minggu di wad, baru saya sedari peluang untuk membuat amal di wad. Alhamdulillah.


Yang terkini..

15 September 2010, saya interview seorang patient untuk menyemak compliance terhadap ubat-ubatan yang dibekalkan. Sempat kami bersembang sedikit sebanyak dengan anaknya. Rupa-rupanya pakcik ni tak makan ubat semasa bulan puasa. (Sedikit perasaan geram terdetik di hati. Sabar je la.) So, saya menjalankan tugas untuk counsel patient a.k.a 'bercerita' tentang ubat kepada patient.

16-18 September 2010, saya sudah selamat berada di rumah di Kelantan, cuti Hari 1 Malaysia & weekend! ^_^

19 September 2010, saya kembali bertugas. Tengok Bed 10F, sudah bertukar pesakit. Oh! Patient tu dah discharge barangkali. Alhamdulillah. Tapi, tiba-tiba terpandangkan satu laporan "Death Summary' milik pakcik Y***** bin A*******. Innalillah. Al-Fatihah buat arwah.

Apa yang ingin dikongsi..
Boleh dikatakan, selang sehari biasanya ada kematian di wad. Maka, bukankah itu peluang untuk saya BERSEDEKAH?

Hulurkan bantuan.. Ringankan beban..

Apa salahnya, seluk kocek. Hulurkan sekadar termampu. Biar pun sedikit, mungkin itu mampu mengurangkan bebanan ditanggung keluarga arwah. Jika tidak mampu, luangkanlah masa untuk sedekahkan Al-Fatihah. Sesungguhnya Allah akan memberikan ganjaran akan setiap sedekah yang kita sumbangkan. InsyaAllah.


SELAMAT BERAMAL