Mari bersedekah di wad

Entry kali ini mungkin perkongsian yang ditujukan khas kepada rakan-rakan seperjuangan, pharmacist sekalian alam, seluruh warga kerja hospital, juga buat sesiapa sahaja yang berminat. Alhamdulillah, saya semakin dapat menerima kenyataan untuk bertugas di wad sebagai clinical pharmacist. Erk! Clinical pharmacist?? Heh~ Amat sukar untuk dipercayai. Sejujurnya saya kurang suka clinical. Kalau preceptor baca, naya ni. Sorry Kak Nor! Hoho.

Sekadar ingin berkongsi amal kebajikan yang boleh kita laksanakan semasa bertugas di wad. Seawal minggu pertama saya bertugas di wad 7EF (General Medical & CRW), Hospital Sultanah Nur Zahirah, saya berhadapan dengan kematian demi kematian pesakit di dalam wad.

Sehinggakan nurse ada berjenaka, "Semalam ada seorang meninggal. Biasanya akan ada yang menemannya. Calon-calon pun ada ni". Maksudnya, kalau dah seorang pesakit meninggal, biasanya akan ada seorang lagi yang bakal menyusul. Terdetik juga di hati saya, "Mana kita tahu kan, yang bakal menyusul tu siapa. Tak semestinya pesakit, mungkin sahaja petugas. Lebih tepat lagi, kami?"

Kadang-kadang saya ada perasaan terkilan dengan pesakit. Baru semalam pakcik ni bercerita tentang kesusahan dan keperitan hidupnya. Tentang kerisauannya tentang bil hospital, tanggungan dan segala masalah hidup. Dalam hati sudah terdetik, esok saya berniat untuk menghulurkan sumbangan wang sekadar termampu. Tiba-tiba hari ini, datang kerja, pakcik tu dah pun meninggal dunia. Terkilan! Selepas beberapa minggu di wad, baru saya sedari peluang untuk membuat amal di wad. Alhamdulillah.


Yang terkini..

15 September 2010, saya interview seorang patient untuk menyemak compliance terhadap ubat-ubatan yang dibekalkan. Sempat kami bersembang sedikit sebanyak dengan anaknya. Rupa-rupanya pakcik ni tak makan ubat semasa bulan puasa. (Sedikit perasaan geram terdetik di hati. Sabar je la.) So, saya menjalankan tugas untuk counsel patient a.k.a 'bercerita' tentang ubat kepada patient.

16-18 September 2010, saya sudah selamat berada di rumah di Kelantan, cuti Hari 1 Malaysia & weekend! ^_^

19 September 2010, saya kembali bertugas. Tengok Bed 10F, sudah bertukar pesakit. Oh! Patient tu dah discharge barangkali. Alhamdulillah. Tapi, tiba-tiba terpandangkan satu laporan "Death Summary' milik pakcik Y***** bin A*******. Innalillah. Al-Fatihah buat arwah.

Apa yang ingin dikongsi..
Boleh dikatakan, selang sehari biasanya ada kematian di wad. Maka, bukankah itu peluang untuk saya BERSEDEKAH?

Hulurkan bantuan.. Ringankan beban..

Apa salahnya, seluk kocek. Hulurkan sekadar termampu. Biar pun sedikit, mungkin itu mampu mengurangkan bebanan ditanggung keluarga arwah. Jika tidak mampu, luangkanlah masa untuk sedekahkan Al-Fatihah. Sesungguhnya Allah akan memberikan ganjaran akan setiap sedekah yang kita sumbangkan. InsyaAllah.


SELAMAT BERAMAL

Berikan daku keyakinan

Sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman di peringkat awal semasa ditempatkan di ward 7EF, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kual Terengganu. Saya agak kurang berkeyakinan memandangkan pengetahuan tentang "trend" ubat yang biasa digunakan di ward masih lagi di tahap lemah. Masih lagi blur tentang ubat-ubat yang diberikan kepada pesakit. Kadang-kadang, walaupun saya sedar yang saya tahu tentang ubat-ubat yang ditanya, tapi saya agak kurang berkeyakinan untuk menjawab. Haisy! Ke manakah hilangnya self confidence ni?



Situasi 1:

Dr H: Cloxacillin 500 mg QID kan?
Me: Erm.. Not sure. (Padahal dalam hati: Aah. Betul la tu. Cloxa 500mg QID)


Situasi 2:

Dr S: Ciprofloxacin berapa ye dose?
Nurse: 200mg BD. (Yakin sangat nurse ni tolong jawab!)
Me: (Dalam hati: Eh! Cipro ada ke tablet 200 mg? Bukan ke 250 mg?)
Dr S: Cipro berapa ye dose? (Doc bertanya personally kepada saya)
Me: Cipro 250 mg BD.


Situasi 3:

Dr R: Mechanism of action Aspirin?
Me: (Dalam hati: COX2 antagonist!) Tak berani nak jawab sebab hanya saya seorang pharmacist, lain-lain ialah doktor!!


Apekah daa.. Mana hilangnya keyakinan? Aduyai~

Alhamdulillah, sekarang saya sudah mula membina keyakinan untuk berinteraksi dengan "mereka2" di ward. Semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada saya untuk terus bekerja a.k.a beribadah. InsyaAllah.


***
BD : Twice daily
QID: Four times daily

New chapter of life

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar, almost 1 month saya tak update blog! Bulan August hanya ada SATU entry!!! Huu~ Dulu, perkongsian berkisar tentang student's life. Kini, jemari yang sama ini akan terus menaip dan menaip dan menaip. Tapi jemari ini bukan lagi milik seorang hamba Allah yang bergelar pelajar UiTM. Hamba Allah ini sudah pun berstatus wanita bekerjaya! Heh~

PEGAWAI FARMASI U41
Jabatan Farmasi
Hospital Sultanah Nur Zahirah
Kuala Terengganu, Terengganu

Tanggal 21 August 2010, saya memulakan langkah pertama meninggalkan desa tercinta. Mengembara menuju ke Kuala Terengganu, 160 km dari rumah, mengambil masa kira-kira 3 jam. Seingat saya, kali terakhir saya menjejakkan kaki ke Kuala Terengganu adalah pada tahun 2005. Itu pun terpaksa disebabkan tiket KL-KB dah habis. Sebagai alternatif, saya terpaksa menaiki bas KL-KT. Paling saya ingat, ketika itu saya hanya sempat berkunjung ke Astaka bersebelahan Dataran Shahbandar, berdekatan Hotel Grand Continental. Rupa-rupanya saya telah meletakkan "tanda" ketika berkunjung ke sini. Apa tidaknya, sekarang saya menyewa rumah yang hanya 200m dari Hotel Grand Continental. Hanya 500m dari Astaka dan Dataran Shahbandar. 2 minit perjalanan ke hospital. Whoaaaa~

Banyak sangat nak share, tapi masa sangat3 terhad sekarang. Secara ringkasnya, saya mula bertukar status kepada wanita berkerjaya pada tarikh keramat 22 August 2010. Alhamdulillah, impian dari zaman kanak-kanak tercapai akhirnya. Saya memang sangat berminat untuk berkhidmat di hospital. Yeay!! Dan yang best lagi, saya memang suka air a.k.a pantai dan air terjun. Dimaklumkan bahawa hospital betul-betul tepi pantai!! Sambil buat kerja kat ward, sambil tengok pantai. Hehe~

Menjelang 23 August 2010, saya diberikan jadual penempatan jabatan di HSNZ untuk saya bertugas sepanjang bergelar PRP (Provisional Registered Pharmacy) a.k.a housemanship selama setahun. Saya membayangkan Outpatient Pharmacy Department (OPD) / Jabatan Pesakit Luar (JPL) adalah jabatan pertama saya. Tapi alangkah terkejutnya apabila dimaklumkan first station saya adalah WARD PHARMACY!!! Aaaaaaaaaaaa.. Sejujurnya, saya tak suka clinical!! Erk!!

Pada petang 23 August 2010, terus saya diarahkan untuk ke Wad 7 EF yang menempatkan pesakit lelaki (umum) dan Cardio Rehab Ward (CRW). Di Wad 7E, ada kir-kira 40 katil yang menempatkan pesakit yang menghidapi pelbagai jenis penyakit, terutamanya infectious disease. Ada pesakit TB, AIDS dan macam-macam lagi. Agak rimas berada di Wad 7E, terpaksa memakai face mask setiap masa. Wad 7F pula hanya ada 12 katil untuk pesakit jantung, biasanya untuk mereka yang keluar dari CCU (Coronary Care Unit) dan dari A&E (Accident & Emergency).

Sejujurnya, saya suka berada di CRW. Medications tak banyak. Heh~ Kalau di 7E, hampir keseluruhan pesakit mengambil antibiotics!! I hate antibiotics!! Banyak sangat kena tau, Gram +ve, Gram -ve, renal adjustment, drug interaction, dose, frequency etc. Ayoyo. Saya kurang berminat unuk bercerita dengan lebih lanjut tentang 7E. Huk~ Saya suka CRW ok!

Walaupun baru minggu pertama di CRW, saya terpaksa dengan rela hati belajar segala perkara yang pening penting. Seawal minggu pertama, saya perlu menghafal segala jenis medications untuk cardio. Segalanya berkisar tentang Hypertension, Atrial fibrillation, STEMI, NSTEMI, Unstable Angina, ACS etc. Lalalalala..

Seawal minggu pertama juga, saya diberikan amanah untuk indent ubat-ubatan pesakit. Saya diamanahkan untuk mengikut ward round bersama doktor pakar, doktor dan nurse. Memang melopong la. Sejurus selesai ward round, saya akan memeriksa senarai ubat unuk diberikan kepada setiap pesakit. Kena check dose, frequency, duration, ubat mana still on, ubat mana dah off, ubat mana change, ubat mana increase dose, ubat mana reduce dose etc. Macam la terror sangat. Heh~ Kemudian, berurusan dengan Satelit Pharmacy 7.

Apa lagi ye? Tak mungkin nak cerita semua kan. Yup!! Requirement sepanjang bergelar PRP.

Setiap minggu saya dikehendaki:
~ Clerk 15 cases!! 8 minggu = 120 cases!!
~ Counselling patient 10 cases!! 8 minggu = 80 cases!!
~ Check compliance 15 cases!! 8 minggu = 120 cases!!
~ Dan pelbagai lagi tugas-tugas tambahan. ~Tak larat nak bercerita~


Rasanya cukup setakat ini sahaja perkongsian pertama tentang alam kerjaya. InsyaAllah saya akan terus berkongsi dari semasa ke semasa. Sangat banyak idea tertunggak. Ermm..

Related Posts with Thumbnails