10 August 2010. Bersamaan 29 Syaaban 1431 H. Tepat jam 1526.

Setelah berpuluh-puluh kali mendail talian bahagian penempatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), akhirnya panggilan dijawab.

"Hello. Assalamualaikum. Saya Wirdiana, dari UiTM Pharmacy." Saya memulakan perbualan.

"Ya saya. Nak tanya penempatan ya? Nama?" saya dilayan dengan penuh ramah.

"Wirdiana Yusoff" berkali-kali saya terpaksa mengulangi nama saya. Mungkin kurang jelas.

"Sebentar ya. Wirdiana Yusoff. 860502-**-****" tanyanya mengesahkan IC.

"A'ah" Berdebar usah dikata. Ya Allah, janganlah Borneo!!

"TERENGGANU cik" jawapan yang melegakan hati.

"Terengganu ya? Terima kasih." Saya sudah pun tersenyum riang. Yeay!

Emak setia menunggu di sebelah. Saya dengan bahagianya memaklumkan negeri posting saya adalah T.E.R.E.N.G.G.A.N.U. Tiba-tiba mak sedih. Aiseyh! Mak sangat-sangat mengharapkan saya dapat K.E.L.A.N.T.A.N. Erm. Takpelah mak, nak buat macam mana. Terengganu-Kelantan sebelah-sebelah je. (Sekadar nak sedapkan hati sendiri jugak nih. Hehe. KB-KT tu 160 km weh! 3 jam perjalanan jugak tau! Huu~) Takpe, setahun je pun. Smile!

Hakikatnya, saya terima dengan hati terbuka. Saya sangat gembira! Riang ria! Sejujurnya, saya mengenali lebih ramai para petugas di hospital Terengganu berbanding hospital di Kelantan. Terengganu banyak pantai. Banyak pulau. Banyak tempat boleh jalan-jalan. I like! Eh, bukannya kalut nak baca buku! Fikir jalan-jalan plak. Hee~




Sempat ni nak jalan-jalan setahun di Terengganu.. Yeay!


Sekarang, kami warga UiTM Pharmacy Rx5 sedang menunggu dengan penuh sabar “ketibaan” surat rasmi penempatan dari KKM. Kami akan melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) masing-masing sejurus sahaja mendapat surat tersebut. Mungkin akhir bulan August, atau mungkin sahaja 1 September. InsyaAllah.

Walau apa pun, sedikit terkilan dengan “corak campak-mencampak” posting tahun ini. Warga utara kebanyakannya dihantar ke Kepulauan Borneo. Sehingga sekarang, lebih 20 orang ditempatkan di Sabah dan Sarawak. Sedangkan intake sebelum ni (UiTM Rx4), hampir semua orang ditempatkan di negeri masing-masing. Semoga kalian tabah. Kebanyakan dari kami tidak mendapat tempat yang dimohon. Semoga segala urusan kita semua dipermudahkan Allah. Ada hikmah tersembunyi.

Akhir kata, ingin saya petik kata-kata Epoi:
Bak kata orang, macam nasi dekat Restoran Hakim, ada sayur campur belah kiri, ayam belah kanan, nasi tengah-tengah. Tapi still dalam 1 pinggan. Bila-bila masa boleh gaul-gaul, campur dan jumpa balik dalam satu pinggan jugak.

Begitu jua dengan kita. Walau ke mana pun kita tercampak, pasti akan bersua kembali. InsyaAllah.


Notahati:
Selamat menghabiskan sisa-sisa cuti terakhir di Ramadhan yang mulia di desa tercinta. Lepas ni mungkin dah takde dah saat-saat camni. Sob. Sob. Sob. Tunggu pencen la ye. Hehe.