Sedang beriktikaf di Masjidil Haram, seorang kakak yang ditemui dalam perjalanan tempoh hari datang duduk di sebelah. Sangat gembira bersua kembali. Sempat bersembang sepatah dua kata. Berasal dari Sungai Petani, Kedah.

Sedang kami bertanya khabar, tiba-tiba 2 batang biskut melantun depan mata. Ia seperti Rocky, cuma tiada coklat atau strawberry, hanya diselaputi gula kasar. Kami terpinga-pinga. Lihat kiri, lihat kanan. Kelihatan seorang Mak Arab yang duduk selang 5 orang dari tempat kami melambai-lambai.

“Halal. Halal” Mak Arab itu menjerit. Oh! Rupa-rupanya biskut itu dibaling untuk dikongsi. Sedekah.

Alahai Mak Arab.Kot ye pun, pass-pass la. Tak perlu la baling-baling. Aduyai. Inilah yang dinamakan BAIK TAPI KASAR. Huu~




Air zam zam di Masjidil Haram
~Ramai suka amik letak dalam botol / cawan, pastu bagi2 kat jemaah..



Si kechikkk yang tekun.. Sampai tertumpah-tumpah amik air.. =p



Budak ni buat amal, bagi air apa ntah.. Macam air teh..



Almost everyday dapat kurma / kuih / roti kalau beriktikaf di masjid



Bukan susah pun nak bersedekah, bagi je merpati ni makan..
~Suka tengok ratusan merpati di sekitar masjid dan hotel~


Notahati:
Tiba-tiba teringatkan pengemis yang meminta sedekah sepanjang jalan dari hotel ke masjid pada waktu Subuh. Rindu akan "irama yang dijeritkan" anak-anak kecil. Paling saya ingat, seorang kanak-kanak lelaki yang cacat lengan. Ada juga si kembar tiga beradik. Tapi ada juga kanak-kanak perempuan yang kelihatan seperti tidak cacat, seolah-olah melipatkan siku ke dalam, maka kelihatan seperti cacat. Wallahua'lam.