29 July 2010 (Khamis)

Hari ini, pertama kalinya dalam hidup, saya berurusan di Klinik Kesihatan Bandar Kota Bharu (Baca: KKB). Saya sempat bertanya khabar, di klinik kerajaan manakah yang perlu dipilih untuk menyiapkan Medical Check Up dalam masa paling cepat. Ada yang mencadangkan Hospital Lati, Pasir Mas, ada yang kata Hospital Pasir Putih, juga Klinik Kesihatan Bachok. Setelah dipertimbangkan, KKB menjadi pilihan. Kesimpulannya, saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan. Sebab segala urusan adalah cepat dan mudah.

0930
Tiba di perkarangan stadium (Lupa nama ia. Hee~) dan terus dapat parking di bahagian depan. Betul-betul di hadapan pintu pagar KKB. Alhamdulillah.

0935
Ke Kaunter Pendaftaran Pemeriksaan Kesihatan (Medical Check Up).
Isi borang untuk X-Ray dan pemeriksaan air kencing.

0940
Ke Makmal untuk ujian air kencing.
Terima kasih atas layanan mesra petugas di kaunter.

0945
Melaksanakan X-Ray. Seperti biasa, kena tukar baju dan buka tudung. Sempat sedikit tergeram dengan seorang petugas lelaki (saya fikir, pelajar pelatih). Boleh pulak dia sama-sama nak uruskan sesi X-Ray. Aurat ok! Terus saya buat muka pelik dan terkejut. Terima kasih kawan-kawan perempuannya sebab faham dan “menghalau” si lelaki itu keluar dari bilik X-Ray. Huu~

0956
Menjalani pemeriksaan mata.
Ujian penglihatan: Baca huruf-huruf dari jarak yang ditentukan. Alhamdulillah mata kiri dan kanan masih lagi 6/6. Syukur.
Ujian buta warna: Baca nombor yang lain-lain warna tu. Macam masa ujian JPJ.

1002
Ukur ketinggian.
Timbang berat. Turun dowh! Hehe.
Check Blood Pressure (BP). Biasanya 110/70. For the fisrt time, BP normal! 122/84. I like~

1007
Dah pun keluar dari KKB. Selamat merewang di Bandar Kota Bharu, sementara menunggu pukul 1.00 untuk mendapatkan keputusan urine test. Juga untuk jumpa doktor.

1300
Kembali ke Makmal KKB.
Dapat keputusan urine test.

1305
Ambil nombor giliran untuk jumpa doktor.
Dapat nombor 1291. Naik ke tempat menunggu, baru nombor 1244! Erk!
Duduk sekejap, Zaem sampai. Dia nombor 1293. Menunggu bersama. Sembang. Tengok TV. Mengantuk. Bosan.

1430
Our turn!!
Masuk Bilik 1. Dr Norrohimah Sidek sangat baik dan peramah.
Sempat mendengar Dr memberikan kaunseling kepada pesakit kencing manis (Diabetes Mellitus).
Sesi “interview” bersama Dr dan nurse yang bertugas. Soalan bertubi-tubi. Esp pasal nak kerja kat mana. Hehe. Saya memang nak duduk di Kelantan tau! Nanti kita bekerjasama (Baca: bekerja bersama) ek. Ngeh3.

1445
Zaem pulak nak “extra” signature daripada Dr.
(Zaem, tak puas hati eh aku punya lagi banyak dari mu. Huu.)
Akhirnya, lengkap sudah borang Pemeriksaan Doktor untuk Perlantikan ke Perkhidmatan Kerajaan.
Alhamdulillah dah selesai segala urusan pemeriksaan kesihatan.


Notahati:
Kawan-kawan, datanglah buat Medical Check Up di Kelantan ok! Hehe.
Alhamdulillah, segalanya cepat dan dipermudahkan.

Hati sangat la gedebak gedebuk menunggu detik 2 August 2010.
Nak tau placement KKM!! Doakan saya dapat bertugas sebagai Pegawai Farmasi U41 di Kelantan. InsyaAllah. Amiin.

Di mana mahram kami?


Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah melegakan hati. Setiap kali menunggang menaiki kapal terbang, pasti saya terfikir, “Kalau jatuh camne ekh?” Ngeri~


Seperti biasa, pemeriksaan Imigresen wajib dilalui semasa di lapangan terbang. Setibanya di kaunter pemeriksaan, petugas bertanya:


“Mahram? Mahram?” sambil menunjukkan nama Omar Othman pada passport kami. Hah sudah! Saya tak kenal siapakah Omar Othman ni.


Maka, dengan pantas saya bergegas mencari agent dan akhirnya menemui tuan punya badan, Pakcik Omar Othman. Lega.


Sangat gelabah. Ada ke patut tak kenal mahram. Huhu. Walau apa pun, pemeriksaan passport di KLIA adalah yang terbaik saya fikir. Masa di Beijing dulu, ada ke patut petugas di kaunter tidak tahu berbahasa Inggeris. Apekah?




Pelanduk dua serupa?


Sekali lagi, timbul sedikit kekeliruan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah semasa dalam perjalanan pulang.


Who’s this?” petugas kaunter Imigresen bertanya sambil merujuk kepada passport saya.


And this?” dengan muka keliru, petugas itu masih membelek-belek passport saya dan emak.


Dia tengok passport saya, dia tengok muka emak.


Dia tengok passport emak, dia tengok muka saya.


Dia tengok passport saya, dia tengok muka saya.


Dia tengok passport emak, dia tengok muka emak.


Tapi masih lagi kurang berpuas hati. Apa la masalah mamat ni?


Pakcik Omar dah tergelak-gelak. Owh! Rupa-rupanya petugas tersebut keliru antara saya dan emak! Huk~


Memang kami jadi bahan ketawa. Emak kelihatan muda atau saya kelihatan tua? Ceit! Muka saya memang fotostat muka emak la! Huu~




Notahati:
Entry ni dipost bersempena our 1st month anniversary pulang ke Malaysia. Huhu.
Sangat takleh blah teringatkan Lapangan Terbang Jeddah ni..
Si Shahril yang asyik timbang berat kat tempat timbang beg.. Lawakss! =p
Si Radzuan plak, kita non stop eh sembang? Pantang jumpa, mesti bercakap.. Huhu..


Ada beberapa entry tentang umrah yang sudah di type, hanya menunggu masa nak post.
Tengok mood la ek? Erm..

Hari ini saya membuang meluangkan masa di HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Itu pun setelah mendapat surat tawaran Temuduga Pegawai Farmasi U41.

Seperti yang dijangka, temuduga tersebut sebenarnya untuk Full Registered Pharmacist (FRP), bukannya untuk Provisional Registered Pharmacist (PRP). Staff pengambilan USM tersilap menyenaraikan nama saya sebagai calon temuduga. Apekah?? Tak kisah lah, rumah 7 km je pun dari HUSM Kubang Kerian.

Noted:
PRP adalah tempoh latihan sebagai pegawai farmasi selama setahun, wajib bagi mendapatkan Lesen Farmasi.
FRP adalah tempoh perkhidmatan selama 3 tahun sebagai pegawai tetap.

Setibanya di Jabatan Pendaftar HUSM, kelihatan kelibat bekas pelajar UIA, Fikry. I know you la~ Orang kuat UIA la katakan.. =p Sempat berkenalan dengan PRP dari UKM, Najwa, Atiqah dan seorang lagi (lupa nama~). Tidak ketinggalan, senior UiTM Rx4, Md Farhan Ab Rahman!! =)

Giliran saya agak lambat memandangkan saya merupakan calon terakhir untuk jawatan Pegawai Farmasi U41. Paan sempat membocorkan sedikit sebanyak soalan-soalan yang ditanya. Tqvm Paan! Tak pasal-pasal pagi tadi study tentang USM, Apex, pronsip-prinsip etc. Hee~ Tapi, memandangkan status saya masih belum layak untuk memohon jawatan tersebut, saya hanya bersedia ala kadar. Dah alang-alang datang, panel suruh masuk la jugak kan~

Okies! Jom layan sesi berTEMU dan terDUGA yang mendebarkan! Huu~

Cik Wirdiana? Masuk.

Selangkah ke bilik temuduga..

ZAPPPPP!!

7 orang hamba Allah menunggu!! 14 mata memandang!!

Ya Allah. Saya jangka sekitar 4 orang panel sahaja. Wakakaka. Gelabah!!

Hanya seorang panel yang saya betul-betul kenal. Dr Zaidun Kamari, selaku Pengarah Hospital USM, merangkap ayah kepada Izzati, ex-schoolmate Maher.

Soalan-soalan yang ditanya? ~Maaf, malas nak buat dialog sebagaimana temuduga SPA.

Berkisar tentang:
-Kenapa pilih HUSM
-Apa kelebihan HUSM

-Sumbangan untuk HUSM
-Kenapa tak pilih hospital lain
-Pernah practical di hospital mana
-Beza manual & computerized ~saya terperangkap dengan jawapan sendiri masa ni. Hehe. Goreng saja lah labu~
-Masalah di farmasi, cara atasi
-Etika-etika pegawai farmasi, kemudian panel belit-belit soalan
-Panel bagi situasi, bagu pendapat nak selesaikan
-Graduate from UiTM berapa ramai & related questions pasal UiTM

~Dah lupa dah apa lagi soalan.. Sebab tak serius sangat pun tadi.. Hehe..

Ayat terakhir Pengerusi agak menyenangkan hati:
“InsyaAllah, akan dipertimbangkan” Hehe.


Notahati:
Sangat terkesan dengan perbualan melalui telefon dengan salah seorang staff HUSM. Ia berlaku sejurus sebelum saya melangkah masuk ke dalam bilik temuduga. Tqvm in advance Encik F! “Pertolongan” anda amat-amat dihargai. Ngeh3. I’m waiting for your call. Can’t wait. Erk!

Entry ni sekadar peringatan untuk diri sendiri. Check list tentang perkara yang perlu diselesaikan sebelum melangkah ke lam kerjaya. Juga sebagai panduan buat sahabat-sahabat yang masih kekaburan. Erk!

Warga UiTM Pharmacy 5th Batch 2006-2010

Dengan tamatnya pengajian kita di UiTM, maka kita akan menerima TIGA jenis surat/dokumen berikut:

SATU (Daripada UiTM)
-Pengesahan Tamat Belajar di Universiti Teknologi MARA
-Official Transcript : 3 pages

DUA (Daripada JPA)
-Melapor Diri Setelah Tamat Pengajian Bagi Pemegang-pemegang Biasiswa Persekutuan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

TIGA (Daripada SPA)
-Tawaran Pelantikan Tetap ke Jawatan Pegawai Farmasi Gred U41 (2 pages)
-SPA 6A : Surat Setuju-Terima Pelantikan (3 helai)
-Surat Akuan Sumpah
-Surat Aku Janji (Contoh)
-Pemeriksaan Doktor untuk Perlantikan ke Perkhidmatan Kerajaan (Borang : 7 pages)


Kemudian, bersedia untuk berurusan dengan pejabat pos, KWSP, hospital dan sebagainya.


SATU (Poskan kepada JPA)
-Pendaftaran Tamat Pengajian (DAPATKAN DI SINI)
-Salinan Pengesahan Tamat Belajar UiTM (sahkan)
-Salinan Official Transcript (sahkan)
-Bukti permohonan pekerjaan dengan SPA
(DAPATKAN DI SINI)

DUA (Poskan kepada SPA)
-SATU HELAI Surat Setuju-Terima Pelantikan

TIGA (Poskan kepada LEMBAGA FARMASI MALAYSIA)
-Salinan Surat Tawaran Pelantikan SPA
-Salinan Pengesahan Tamat Belajar UiTM (sahkan)
-Salinan Official Transcript (sahkan)

EMPAT
Surat Akuan Sumpah : Dapatkan cop daripada Pesuruhjaya Sumpah / Majistret / Hakim Mahkamah Seksyen

LIMA
Daftar pembukaan akaun KWSP (Sila bawa IC)

ENAM
Sediakan 8 KEPING gambar passport (Sumber : Mawi)

TUJUH
Medical Check Up di HOSPITAL / KLINIK KERAJAAN (Jangan hospital / klinik swasta)


ALAMAT-ALAMAT BERKAITAN:

JPA (Pos Ekspress)
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 5, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya

SPA (Pos Ekspress)
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520 Putrajaya

LFM (Pos Laju)
Lembaga Farmasi Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia
Lot 36, Jalan Universiti
46350 Petaling Jaya, Selangor


Notahati:
Sekian sahaja buat saat ini. Sebarang perubahan / update / news akan dimaklumkan kemudian. Selamat bersabar menunggu ketibaan surat dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Selamat bercuti sebelum berkhidmat!!


Pengalaman shopping di sana mengajar saya untuk lebih berhati-hati dengan Pak Arab. Memang sangat geram!

Saya dan mak mengambil peluang membeli jubah di kedai-kedai sekitar hadapan hotel. Salah satu kedai dijaga oleh anak muda, sekitar 20-30an. Pilih punya pilih, akhirnya ada sehelai yang berkenan di hati. Kejadian tidak diingini berlaku semasa melihat saiz jubah. Pak Arab itu sempat mencuit bahu saya!

Bengang! Geram! Sakit hati!

Sumpah saya tak akan ke kedai itu lagi. Hampeh!

Agen yang menguruskan saya, Kak Ton (Zaiton) ada bercerita bahawa "mereka" sebenarnya "lapar". Huk! Sampaikan ada sesetengah kedai yang membuat lubang di bahagian lantai kedai. Namun, ia ditutup seperti biasa. Apabila perempuan masuk ke dalam kedai, lantai akan ditarik, maka perempuan malang itu akan terjatuh ke bawah. Kawan-kawan "mereka" yang juga "kelaparan" akan sedia "menyambut kedatangan" mangsa. Biasanya, sudah tiada jalan pulang untuk mangsa. Mangsa akan dibunuh untuk mengelakkan rahsia mereka terbongkar. Naudzubillah.

Maka, berhati-hatilah wahai muslimah. Semoga kita sentiasa dilindungi Allah. InsyaAllah.

 
Notahati:
Pelbagai perkongsian semasa menunaikan umrah sudah ditaip, cuma menunggu masa untuk di post. Masih belum berkesempatan berbuat demikian memandangkan saya agak sibuk dengan urusan persediaan melangkah ke alam kerjaya.
 
p/s: Entry ini ditujukan khas buat Radzuan Muhamad! Selamat membaca! =p

Tup! Tap!

Tam! Tum!

Pom! Pom!

“Ish! Bunyi apa tu? Budak mana la main mercun tengahari macam ni. Tengok jap.” Mak saya membebel. Kami sedang bersembang di dapur ketika itu.

Dengan rasa malas, saya bangun. Buka tingkap. Hah?????

Ma!! Dapur dia!! Api!! Api!!” Hanya itu yang mampu dijerit

Gelabah! Menggigil! Takut!

Terus saya meluru keluar rumah memandangkan dapur kami dengan dapur rumah tersebut hanya beberapa meter.

Tutup elektrik!! Tutup elektrik!!” ada pakcik menjerit, mengarahkan saya untuk bertindak.

Dengan langkah yang kelam kabut, saya tergopoh-gapah kembali ke dalam rumah. Terketar-ketar menolak butang “OFF” di meter elektrik. Tak sempat fikir panjang, terus terjun tangga dapur, meluru keluar. Challenge your adrenaline!!

Booomm!! Booommm!! Letupan gas memasak saya fikir.

Saya dan mak terus meluru ke tempat kejadian. Orang kampung masih belum menyedari kejadian kebakaran tersebut. Api di bahagian dapur Kak Ani sedak galak menyemburkan gas dari tong gas memasak. Kami hanya mampu melihat. Kak Ani dah longlai, dipapah jiran.

Orang kampung mula membanjiri perkarangan rumah. Kak Ha yang baru tiba sempat melangkah ke rumahnya, sekadar menyelamatkan dokumen penting. Keadaan riuh rendah. Tangisan kedengaran. Takbir bersahutan.

“Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakbar!!”

Bahang panas sudah mula terasa biarpun berada 20 meter dari rumah tersebut. Api semakin menjulang tinggi. Asap hitam berkepul-kepul memenuhi ruang. Semua tergamam. Hanya mampu melihat dan berdoa agar Allah membantu.

Api semakin galak memainkan peranan. Pokok-pokok di sekitar sudah dijilatnya. Emak sudah pun menjerit nama Kak Yam, penghuni rumah sebelah rumah kami. Rumah mak yang disewakan kepada Kak Yam sejak 20 tahun lalu seakan-akan bakal menjadi mangsa seterusnya. Api sudah pun membakar pokok-pokok yang hanya 1 meter dari rumah Kak Yam. Kalau lah rumah Kak Yam terlibat, besar kemungkinan rumah saya juga terbabit sama. Naudzubillah.

Bomba tiba agak lewat. Dua buah rumah sudah pun hangus. Tinggal rangka. Pihak bomba hanya mampu berusaha mengawal api supaya tidak merebak ke rumah ketiga bersebelahannya. Kaki terasa tidak berpijak di bumi nyata.

Sebatang demi sebatang kayu rangka rumah runtuh. Darah berderau setiap kali mendengarkan runtuhan. Letupan dan dentuman menguji stamina jantung lantas meningkatkan degupan. Tergamam. Hilang sudah tempat berteduh 17 sekeluarga yang didiami 30 tahun lalu. Segalanya lenyap dalam masa 15 minit. Sekelip mata.

Dan hari ini, 8 Julai 2010, kejadian semalam berulang lagi. Rumah Pakcik Sabri terbakar. Dua hari berturut-turut kampung saya kecoh dengan kes kebakaran. Moga dijauhkan dari ujian sebegini. Amiin.

Alhamdulillah, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sempat meluangkan masa menjenguk keluarga mangsa tengahari tadi. Takziah buat keluarga mangsa.

~Laporan kejadian ada dimuatkan dalam Berita Harian, 8 Julai 2010. KLIK DI SINI.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/17tinggalsehelaisepinggang/Article




Jam 1153



Jam 1154



Jam 1155



Jam 1155



Jam 1155



Jam 1157



Selepas kejadian..


Sejurus sebelum api merebak




Saya berdiri di tempat yang sama seperti gambar di atas


Notahati:

Di situlah tempat permainan saya dari zaman kanak-kanak. Di situlah saya mengenal sawah bendang. Lintah dan pacat. Bunga cina dan pokok cermai di halaman. Menangkap belalang dan membakarnya. Memanjat pokok kelapa dan segala jenis pokok di hutan. Menangkap ikan tika padi disemai. Bermain layang-layang usai padi dituai. Bermain masak-masak, kahwin-kahwin. Lumba basikal. Jatuh. Terluka. Paling tidak lupa, mengembala biri-biri. Di kala senja tiba, sangat suka tolong mereka mengambil kembali biri-biri yang diletakkan di tengah sawah. Di situlah tempat saya membesar seharian. Segala jatuh bangun kehidupan masa kecil, sawah yang terbentang luas itulah yang menjadi saksi.

Dan, di laluan masuk ke rumah merekalah jua lokasi uri milik saya ditanam!

Ingin saya singkap kembali pertemuan pertama kami “sekeluarga”. Sekadar memetik beberapa patah perbualan awal kami.

Bersama : Shahril Besir dan ibunya.

Lokasi : Di Madinah, sementara menunggu bas untuk ziarah Madinah.

Oh. Keje kat mana?” saya bertanya. (Dah lupa perbualan sebelum tu)

UiTM” Shahril menjawab.

UiTM? UiTM mana?” saya sudah cuak! Ngee~

Puncak Alam. Staff OM” Hah?? What a small world!!

Owh. Ok.” Cukup sekadar itu. Tak sanggup nak tanya lebih-lebih. Takut. Hee~


Lokasi : Di Mekah, sementara menunggu bas untuk sesi ziarah Mekah.

Keje di OM, staff apa ye?” saya bertanya untuk mendapatkan kepastian.

Staff akademik.” Saya terkedu 2 saat. Hah?? Lecturer?? Saya dah mula gelabah. UiTM Puncak Alam tu bukannya besar pun. Dalam hati berkata, jangan la Shahril ni kenal Pn Aisyah Hasyila kusayam! Ekeke. Cuak. Cuak. Huk~


Bersama : Radzuan Muhamad, Halijah dan ibunya.

Lokasi : Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah (Tak tau la nama apa. Hee~)

Akak, duduk la, muat lagi ni.” Sesi beramah mesra bermula ketika kami sama-sama sedang menunggu bas di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah. Ijah dan emaknya berkongsi kerusi bersama saya dan emak. Ijah memang peramah. Kami bersembang sehingga bas sampai. Lupa apa yang kami bualkan, banyak sangat! Huhu.

Study lagi ek?” saya menegur Radzuan semasa dalam lif. Pakcik Budak ini kelihatan pendiam. Pendiam la sangat Wan oiii! Hoho.

Aah. UIA Gombak” sekadar menjawab persoalan saya.

Oo. Engineering kan? Engine apa?” saya meneka, sedangkan sudah dimaklumkan oleh Ijah sebelum ni. Hehe.

Mechanical Engineering” sepatah ditanya, sepatah dijawab. Kononnya pendiam. Ceit!

Semakin lama kenal, semakin banyak pula Wan ni bercakap. Huhu. Banyak betul nasi tambahnya. Asyik nak kenakan orang je kerja dia. Menyakat je kerja. Sampaikan kadang-kadang saya tak mampu menepis. Jaga ko Wan! =p






Kerana budi kita jatuh hati..


Dan seterusnya, kami bagaikan satu keluarga. Ke mana sahaja pasti bersama. Dewan makan seolah-olah dapur kami. Makan semeja. Gelak bersama. Ziarah bersama. Bergambar bersama. Gurau senda tak kering gusi. Rindu!!

Benarlah kata emak sebelum berangkat, ukhuwwah yang terbina di Tanah Suci memang berkat. Terhubung bagaikan adik beradik. Sangat bersyukur dipertemukan dengan saudara seagama yang begitu mesra. Terasa bagaikan keluarga walaupun baru bersua.

Dan kini, saya percaya! Sayang kalian dunia dan akhirat.

Semoga pertemuan ini membawa kita menuju Syurga Ilahi. InsyaAllah.

Sedang beriktikaf di Masjidil Haram, seorang kakak yang ditemui dalam perjalanan tempoh hari datang duduk di sebelah. Sangat gembira bersua kembali. Sempat bersembang sepatah dua kata. Berasal dari Sungai Petani, Kedah.

Sedang kami bertanya khabar, tiba-tiba 2 batang biskut melantun depan mata. Ia seperti Rocky, cuma tiada coklat atau strawberry, hanya diselaputi gula kasar. Kami terpinga-pinga. Lihat kiri, lihat kanan. Kelihatan seorang Mak Arab yang duduk selang 5 orang dari tempat kami melambai-lambai.

“Halal. Halal” Mak Arab itu menjerit. Oh! Rupa-rupanya biskut itu dibaling untuk dikongsi. Sedekah.

Alahai Mak Arab.Kot ye pun, pass-pass la. Tak perlu la baling-baling. Aduyai. Inilah yang dinamakan BAIK TAPI KASAR. Huu~




Air zam zam di Masjidil Haram
~Ramai suka amik letak dalam botol / cawan, pastu bagi2 kat jemaah..



Si kechikkk yang tekun.. Sampai tertumpah-tumpah amik air.. =p



Budak ni buat amal, bagi air apa ntah.. Macam air teh..



Almost everyday dapat kurma / kuih / roti kalau beriktikaf di masjid



Bukan susah pun nak bersedekah, bagi je merpati ni makan..
~Suka tengok ratusan merpati di sekitar masjid dan hotel~


Notahati:
Tiba-tiba teringatkan pengemis yang meminta sedekah sepanjang jalan dari hotel ke masjid pada waktu Subuh. Rindu akan "irama yang dijeritkan" anak-anak kecil. Paling saya ingat, seorang kanak-kanak lelaki yang cacat lengan. Ada juga si kembar tiga beradik. Tapi ada juga kanak-kanak perempuan yang kelihatan seperti tidak cacat, seolah-olah melipatkan siku ke dalam, maka kelihatan seperti cacat. Wallahua'lam.

Fenomena biasa di Mekah, kanak-kanak dibawa bersama ke masjid untuk solat berjemaah. Sangat berbeza dengan budaya kita di Malaysia saya fikir.

Budaya kita, ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil biasanya hanya bersolat di rumah. Tapi berlainan dengan apa yang saya perhatikan di sana. Saya sempat beberapa kali menjadi babysitter sementara si ibu selesai mengerjakan solat sunat. Ada yang membawa 3 orang anak kecil sekaligus!

Ada ketikanya, bayi yang dijaga itu menangis. Saya terpaksa mendukungnya.

Ada ketikanya, bayi yang dijaga itu menangis kelaparan. Buat susu la jawabnya.

Ada ketikanya, kanak-kanak itu terjatuh, menangis meraung. Menguji kesabaran. Huu~

Macam-macam kaedah terpaksa dicuba untuk memujuk mereka. Sampaikan gelas air zam zam itu berjaya ditukarkan menjadi pelbagai bentuk permainan! Pelbagai gubahan! Huhu.

Beberapa gambar mereka sempat saya snap. Maaf ye kalau tak berjaya menjadi babysitter terbaik. Hehe.



Susu + air zam zam berjaya membuatkan baby chumeyl ini tidur.. Huu~
"Angah" ni sangat3 suka senyum.. Suka!



Baby ni baik.. Tidur je..



Sangat chumeyylll!! Sangat hyperactive..


Notahati:
Selamat melangkah ke alam kerjaya buat sahabat-sahabat seperjuangan Azwadi, Solaharith dan semua warga IIUM Rx5 (Baca: Universiti Islam Antarabangsa, Pharmacy 5th batch). Kami bakal menyususl lagi satu purnama. InsyaAllah.

Related Posts with Thumbnails