15 Jun 2010 (Selasa)

Memulakan langkah pertama, dari Serambi Mekah ke Makkah.

KB - KL : 0645 - 0740


KL - Jeddah : 1515 waktu Malaysia - 1815 waktu Jeddah



Infiniti terima kasih buat yang menghantar saya dan mak ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa. (Ye kot nama ni.. Hee~)

Terima kasih Kak Tiey, Abe Je, Kak Riza, Kak Som, Kak Soh, Abe Din, Cik Ta & baby, Kak La, Noniey dan semua!!

Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan Allah. Namun, ujian diturunkan Allah setibanya di Jeddah. Bas! Rombongan kami kira-kira seramai 50 orang, maka 2 buah bas digunakan. Bas yang diketuai oleh Ustaz Jamaludin dan Ustaz Adi. Kami diarahkan menaiki bas Ustaz Adi. Baiklah. Setelah barang selesai dimasukkan ke dalam bas, kami mencari tempat duduk. Baru sahaja nak duduk, kami dimaklumkan kami silap bas! Haisy!

Memandangkan mak dah tak larat, maka saya terpaksa dengan rela hati mengangkat keluar beg-beg dan sedia untuk dimasukkan ke dalam bas sebelah. Tiba-tiba, kami diberitahu bahawa kami sudah pun menaiki bas yang betul sebenarnya. Aduyai. Penat usah dikira. Sabar. Sabar. Sabar.
Alhamdulillah, kami selamat tiba di As-Shahba Tybah Hotel kira-kira jam 3.00 pagi. Memandangkan pukul 4.00 pagi sudah hendak ke Masjid, memang terus kebabooommm. Recharge energy untuk solat Subuh di Masjid Nabawi.



Part of my big big big family



Mitra Kembara group @ KLIA



What a long journey.. Fatigue..