Seperti biasa, Masjid Nabawi dipenuhi dengan umat Islam dari seluruh dunia, dari pelbagai negara. Maka, pelbagai gaya bahasa dapat didengari. Ada sesetengahnya boleh berbahasa Inggeris, tapi kebanyakannya tidak. Kadang-kadang, bercakap bagaikan ayam dengan itik lagaknya. Akhirnya, bahasa isyarat menjadi penyelesaian.

Emak saya yang sudah pun berusia 16 61 tahun, hanya tamat belajar sekolah menengah. Almaklumlah 60 tahun dahulu, dilahirkan sekitar 1950an. Maka, sepanjang di sana, saya seringkali menjadi translator untuk berkomunikasi.

Sedang beriktikaf di Masjid Nabawi, seorang Ms Libya di sebelah emak menegur kami. Terkedu. Bahasa apakah?

Can you speak in English?” terus saya bertanya.

Oh! Yes. Yes. But not very fluent.” Ms Libya menjawab dengan nada tersekat-sekat.

Saya yang sememangnya “bukan pendiam” sudah semestinya banyak bertanya. Namun, tidak banyak yang mampu dijawab oleh Ms Libya. Geleng kepala. Tidak faham katanya. Akhirnya, saya hanya memberi peluang Ms Libya bertanyakan sebarang soalan, saya yang menjawabnya. Itu yang terbaik.

Persoalannya hanyalah berkisar tentang Malaysia, bahasa di Malaysia, berapa hari di Madinah, berapa hari di Mekah, Malaysia – Jeddah berapa jam, datang dengan siapa. Saya cuba mencari perkataan paling ringkas supaya mudah untuk difahami.

Emak saya hanya diam. Di akhir perbualan:

“You, understand English?” Ms Libya itu bertanya kepada emak.

Nak tau emak saya jawab apa?

NO” spontan emak saya jawab. Huhu. Kesian Ms Libya itu confius.

Tak faham English, tapi jawab. Apekah. Lawak. Lawak. Ngee~






Payung-payung di Masjid Nabawi
~Kempunan tak berkesempatan nak tengok ia tertutup & terbuka~




Pintu masuk Muslimat Masjid Nabawi
~Semoga berpeluang menziarahi Raudhah, Makam Rasulullah lagi..


Room 212.. Al-Shahba Tybah Hotel.. 100m dari Masjid Nabawi..


 
Hari pertama sangat memenatkan
Perubahan cuaca perubahan masa
Kurang rehat kurang tenaga
Tidur sahajalah ubatnya

Tidur sekejap terasa sangat lama
Terlelap 8.15 am, terjaga 8.50 am
Bagaikan tidur 3 jam rasanya
Hampir lima kali tengok jam
Sangat sukar untuk dipercayai
Berkat bumi Madinah agaknya

Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan

15 Jun 2010 (Selasa)

Memulakan langkah pertama, dari Serambi Mekah ke Makkah.

KB - KL : 0645 - 0740


KL - Jeddah : 1515 waktu Malaysia - 1815 waktu Jeddah



Infiniti terima kasih buat yang menghantar saya dan mak ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa. (Ye kot nama ni.. Hee~)

Terima kasih Kak Tiey, Abe Je, Kak Riza, Kak Som, Kak Soh, Abe Din, Cik Ta & baby, Kak La, Noniey dan semua!!

Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan Allah. Namun, ujian diturunkan Allah setibanya di Jeddah. Bas! Rombongan kami kira-kira seramai 50 orang, maka 2 buah bas digunakan. Bas yang diketuai oleh Ustaz Jamaludin dan Ustaz Adi. Kami diarahkan menaiki bas Ustaz Adi. Baiklah. Setelah barang selesai dimasukkan ke dalam bas, kami mencari tempat duduk. Baru sahaja nak duduk, kami dimaklumkan kami silap bas! Haisy!

Memandangkan mak dah tak larat, maka saya terpaksa dengan rela hati mengangkat keluar beg-beg dan sedia untuk dimasukkan ke dalam bas sebelah. Tiba-tiba, kami diberitahu bahawa kami sudah pun menaiki bas yang betul sebenarnya. Aduyai. Penat usah dikira. Sabar. Sabar. Sabar.
Alhamdulillah, kami selamat tiba di As-Shahba Tybah Hotel kira-kira jam 3.00 pagi. Memandangkan pukul 4.00 pagi sudah hendak ke Masjid, memang terus kebabooommm. Recharge energy untuk solat Subuh di Masjid Nabawi.



Part of my big big big family



Mitra Kembara group @ KLIA



What a long journey.. Fatigue..


We come from the four corners of the world
As brothers and sisters, mukminin mukmimat
The time has come to heed a call divine
Labbaikallahumma labbaik

To prepare for the coming of Akhirat
May we threat on the face of this world in barakah
The time has come the journey we must made
Labbaikallahumma labbaik

Here i am in Your service here i am
Here i am in Your service there's no other
You're The One is all praise and all bounty
You're The One and only sovereignty
You're The One and there's no other

The Gathering is upon us
(Labbaikallahumma labbaik)
We pray for His blessing with all of The Might
(Around the Kaabah)
Every race, colour and creed unite
It's a beautiful, most beautiful a sight

Some will return, their hearts and souls reborn
Some will return, their grief replace with joy
Some will return, return to Rahmatullah
The prilgrimage of life will lead you home

 By: Far-East


Notahati:
InsyaAllah, saya, emak dan sepupu akan berangkat menunaikan umrah esok.
Mohon maaf atas segalanya.
Doakan agar segala urusan kami dipermudahkan Allah.

~ No blogging and facebook 15-26 Jun 2010. Titik. (",)

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Semalam..
Sejuk kaki tangan check result. Berdebar usah dikata.
Dari semalam, try dan try dan try..
Refresh.. Resfresh.. Resfresh..
Berpuluh kali mencuba, masih belum dapat check result.

Tapi pagi ni, sekali klik!!
11 Jun 2010 : 10.23 a.m
Keputusan TAMAT

Alhamdulillah..

Finally..
I'm offucially graduated.. Bachelof of Pharmacy (Hons) UiTM..
Syukur!!!


Infiniti terima kasih buat semua yang pernah hadir dalam hidup saya.
Ma, abah dan kaum keluarga yang banyak memberikan sokongan.
Para pensyarah yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar.
Teman-teman seperjuangan UiTM Rx5, juga seniors dan juniors..
Buat semua yang terlibat dalam perjuangan hidup saya, hanya Allah mampu membalas jasa kalian.


Notahati: Buat teman-teman yang masih belum mendapat status TM, usah putus asa. Allah berikan yang terbaik untuk kita. Teruskan perjuangan!

Related Posts with Thumbnails