"Along, duduk la kat kampung lama sikit. 2 hari kejap sangat la" ibu saya menduga anak sulung abang, Zarif Aiman ketika mereka sekeluarga pulang bercuti.

"Tak boleh lama-lama. Sayangla tinggal mengaji Al-Quran. Nanti kawan-kawan dah belajar banyak, Along tertinggal"  Zarif Aiman yang memang petah berkata-kata menjawab dengan muka selamba.

Mantap ah jawapan Zarif!

Semoga ia berkekalan ye Zarif! Semoga membesar sebagai anak soleh. Amiin.

Buat ibu-ibu bapak-bapak yang punya anak, sesungguhnya anak-anak ibarat kain putih yang suci bersih dari segala noda. Maka, berusahalah untuk melakar lukisan seindah-indahnya.

Ingat, tugas ibu bapa adalah untuk mencanting, bukan menconteng!



Mr Zarif Aiman!!


Notahati:
Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah atas pemergian Allayarham Ahmad Perdous Hasan, abang kepada Salahuddin Harith. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.