"Susah nak jaga budak-budak zaman sekarang. "
"Macam-macam trend. Tak sama macam dulu."
"Baju ketat. Kasut trendy."

Begitulah sedikit sebanyak luahan seorang sahabat tentang adiknya. Si kakak berperwatakan baik, tapi lain pula kisahnya dengan si adik. Ujian buatmu wahai sahabatku. Berusahalah. Istiqamahlah mendidik mereka mengikut kemampuanmu. Moga suatu hari nanti, dibukakan pintu hatinya untuk berhijrah mengikut jejak langkahmu. InsyaAllah.

Sukar dinafikan, begitulah rata-rata yang dapat kita lihat zaman sekarang. Tambah-tambah lagi kalau hidup di bandar-bandar besar. Nak kata silap ibu bapa yang mendidik, mungkin juga. Tapi, jangan lupa pengaruh rakan sebaya!

Sedang sahabat sedang meluahkan masalahnya, saya cuba untuk meneutralkan keadaan. Cuba untuk menyuarakan pendapat. Berkongsi sepatah dua kata untuk melaksanakan tugas sebagai seorang kakak. Kesimpulannya, paling penting sekarang, berusahalah supaya adikmu menutup aurat dan menjaga batas pergaulan!

Terkadang kehabisan bicara, kekeringan idea untuk dituturkan.

Walhal saya pun agak risau memikirkan keluarga saya yang sesetengahnya mempunyai potensi untuk tersasar haluan. Naudzubillah. Moga kita semua diteguhkan iman. Amiin.

Walau apa pun, sesiapa sahaja masih mempunyai peluang untuk berubah. Hijrah itu memang payah. Namun, siapa tahu, Allah bagi hidayah untuk berhijrah. Mungkin sahaja menjadi lebih baik dari orang yang sememangnya sudah baik. InsyaAllah.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri agar sentiasa tetap di jalanNya.