25 May 2010

Jam 3.15 petang..
1 missed call : 03****4000 (Faculty of Pharmacy, UiTM Puncak Alam)
Sorry! Tak perasan. Ada sesuatu yang penting kah? Hurm.


26 May 2010

Menerima email tentang Tawaran Temuduga Pelajar Pasca Siswazah PH 780 Sesi Julai 2010.
Maklumat lanjut tentang program-program Postgraduate, Faculty of Pharmacy, UiTM, sila KLIK DI SINI.
 Sedikit tergugat dengan berita ini. Saya sudah bosan belajar! Nak kerja! Huu~
Topik ini hangat dibincangkan di FB. Macam-macam.
Family suruh cuba. Saya tak nak. I lurve hospital! Hee~




2 Jun 2010 : 230 PM - 5.00 PM


27 May 2010

Mendapat meseg, sesi temuduga dibatalkan! Oh Yeah! I like!
Reason dibatalkan: Sebab kami diwajibkan menjalani Provisional Registered Pharmacist (PRP) selama setahun di hospital terlebih dahulu.


Kesimpulannya? Fakulti buat lawak ek? Saja nak permainkan perasaan kami ye? Alahai..


Notahati:
Doakan saya lulus semua 4 subjek yang diduduki pada semester ini. InsyaAllah. Amiin.

"Along, duduk la kat kampung lama sikit. 2 hari kejap sangat la" ibu saya menduga anak sulung abang, Zarif Aiman ketika mereka sekeluarga pulang bercuti.

"Tak boleh lama-lama. Sayangla tinggal mengaji Al-Quran. Nanti kawan-kawan dah belajar banyak, Along tertinggal"  Zarif Aiman yang memang petah berkata-kata menjawab dengan muka selamba.

Mantap ah jawapan Zarif!

Semoga ia berkekalan ye Zarif! Semoga membesar sebagai anak soleh. Amiin.

Buat ibu-ibu bapak-bapak yang punya anak, sesungguhnya anak-anak ibarat kain putih yang suci bersih dari segala noda. Maka, berusahalah untuk melakar lukisan seindah-indahnya.

Ingat, tugas ibu bapa adalah untuk mencanting, bukan menconteng!



Mr Zarif Aiman!!


Notahati:
Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah atas pemergian Allayarham Ahmad Perdous Hasan, abang kepada Salahuddin Harith. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


Adikku sayang

"Susah nak jaga budak-budak zaman sekarang. "
"Macam-macam trend. Tak sama macam dulu."
"Baju ketat. Kasut trendy."

Begitulah sedikit sebanyak luahan seorang sahabat tentang adiknya. Si kakak berperwatakan baik, tapi lain pula kisahnya dengan si adik. Ujian buatmu wahai sahabatku. Berusahalah. Istiqamahlah mendidik mereka mengikut kemampuanmu. Moga suatu hari nanti, dibukakan pintu hatinya untuk berhijrah mengikut jejak langkahmu. InsyaAllah.

Sukar dinafikan, begitulah rata-rata yang dapat kita lihat zaman sekarang. Tambah-tambah lagi kalau hidup di bandar-bandar besar. Nak kata silap ibu bapa yang mendidik, mungkin juga. Tapi, jangan lupa pengaruh rakan sebaya!

Sedang sahabat sedang meluahkan masalahnya, saya cuba untuk meneutralkan keadaan. Cuba untuk menyuarakan pendapat. Berkongsi sepatah dua kata untuk melaksanakan tugas sebagai seorang kakak. Kesimpulannya, paling penting sekarang, berusahalah supaya adikmu menutup aurat dan menjaga batas pergaulan!

Terkadang kehabisan bicara, kekeringan idea untuk dituturkan.

Walhal saya pun agak risau memikirkan keluarga saya yang sesetengahnya mempunyai potensi untuk tersasar haluan. Naudzubillah. Moga kita semua diteguhkan iman. Amiin.

Walau apa pun, sesiapa sahaja masih mempunyai peluang untuk berubah. Hijrah itu memang payah. Namun, siapa tahu, Allah bagi hidayah untuk berhijrah. Mungkin sahaja menjadi lebih baik dari orang yang sememangnya sudah baik. InsyaAllah.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri agar sentiasa tetap di jalanNya.

Tak tau nak letak tajuk apa.. =S
Entry ni khas untuk Kak Tina.. Sila jamu mata ye.. =p
Juga untuk kawan-kawan di Kelantan.. Sesiapa nak sewa pinjam, silakan roger saya..
Jangan malu.. Jangan segan..

Kalau di Kelantan, benda ni dipanggil PAR.. Mungkin singkatan kepada PAHAR..
Par ni ada 11 buah kat rumah..
Ada disertakan alas dulang sekali..
Tapi versi lama la kot, mak dah malas nak jahit yang baru..

Owh! Apa yang penting?
Par-par ini berwarna gold, bukannya silver..
Ia diperbuat daripada tembaga, bukannya plastik..
Ia berat, bukannya ringan..
Ia gagah, bukannya lemah..
Semestinya yang original.. ^_^




Pandangan sisi sejenis benda bernama par



Pandangan atas



Alas dulang: baldu biru..



Alas dulang: Warna peach.. Ada bulat-bulat berkelip-kelip..



Dulang & alas baldu biru & alas bulat putih lace kuning



Dulang & alas peach & alas bulat putih lace kuning



Dulang & alas peach & alas bulat silver



Dulang & alas baldu biru & alas bulat silver


Sekian sahaja 'persembahan' kali ni.. =)


Notahati:
Kepada sesiapa yang nak pinjam, contact la ye..
Kawan-kawan, FOC.. InsyaAllah.. Thanks Mom! Hehe..


Assalamualaikum. Terasa sangat sangat sangat lama tidak meluangkan masa untuk menghasilkan entry di blog ni. Entry kali ni saya gunakan untuk berkongsi pengalaman sepanjang bergelar pelajar. Tapi, berkisar tentang keluarga dan anak-anak.

Saya sebagai perantau di negeri orang, setibanya hujung minggu, pastinya saya mempunyai banyak masa untuk melawat rumah kawan-kawan. Instead of balik rumah di Kelantan. Cuti 2 hari je pun kan.

Tiba-tiba saya tergerak hati ingin berkongsi pengalaman bertandang ke rumah seorang sahabat. Kisah ini hanyalah sekadar untuk dikongsi buat iktibar, buat teladan. Tidak sesekali berniat untuk mengaibkan sesiapa.

Dipendekkan cerita, saya tiba ke rumahnya ketika ibu bapanya tiada di rumah. Adik-adiknya juga masih belum pulang. Sekitar Zuhur, ibunya pulang. Saya seperti biasa, bersalam dan bercakap sepatah dua kata sekadar berbasa basi sebagai tetamu. Namun selepas itu, sepatah pun ibunya tidak berbual dengan saya. Ayahnya juga langsung tidak menegur saya! Beginikah cara melayan tetamu? Sejujurnya, saya sedikit terasa! ~Mungkin terbawa-bawa dengan sifat keluarga saya yang sememangnya peramah!

Kemudian, ibunya asyik mengeluh kepenatan. Mengeluh dan mengeluh. Bercakap dengan suara lantang. Saya mula rasa tidak selesa. Tapi, sekadar bertahan.

Apabila petang menjelma, adik-adiknya pulang. Seorang masih di tadika, seorang sedang belajar bertatih untuk berjalan. Saya sememangnya gembira. Rindu anak-anak saudara di Kelantan sedikit terubat. Namun kemudian, saya terkejut dengan layanan keluarga terhadap anak-anak kecil itu. Sangat terkejut!

Tengkingan tidak pernah sunyi dalam rumah tersebut. Pelbagai kata-kata kasar terhambur keluar daripada si ibu, kakak dan ayah. Saya menangis dalam hati! Sedih anak-anak kecil diperlakukan sedemikian rupa.

Sekadar memetik beberapa situasi buat pengajaran.

Di kala Maghrib tiba, Adik yang berumur sekitar 6 tahun sedikit liat untuk mandi. (*Baby: adik yang berumur 2 tahun)

Ayah: Woi kau! Pergi mandi sekarang!
Adik: Alah.. Mm..
Ayah: Ooo. Ko mengejek aku ye? Kau pergi mandi sekarang! Baby, jangan tiru perangai abang ni. Degil! Pemalas! Dah cepat! Pergi mandi!


Sedang adik mandi di dalam bilik air.

Kakak: Woi! Cepat la sikit mandi!
Ibu: Entah apa dia buat dalam tu. Cepat la sikit! Orang lain pun nak mandi jugak! Lembab!


Sedang berhat-rehat di ruang tamu.

Kakak: Alalala baby.. Baby.. Kepala batu.. Kepala batu.. Kepala batu..


Sedang ingin sarapan pagi.

Kakak: Ko nak tak telur ni?
Adik: Nak. Eh taknak. Eh nak. Nak.
Kakak: Eh ko ni! Nak, taknak. Nak ke taknak? Aku sepak kang mampuss!


Fuhh!! Sepanjang di rumah tersebut, terasa jantung bagai nak gugur. Saya memang tak biasa dengan suasana sebegitu. Mungkin itu adalah budaya negeri tersebut. Sejujurnya, saya culture shock!


Sebab, biasanya kalau dengan Zarif (anak saudara saya yang berumur 6 tahun), kami boleh dikatakan berlembut dalam mendidik. Contohnya, nak mintak tolong Zarif ambilkan barang.

Mama: Along. Along anak soleh kan? Along baik kan.
Zarif: A'ah. Anak soleh Allah suka.
Mama: Tolong ambilkan telefon mama kat atas.
Zarif: Alaa. Ish. Along nak main.
Mama: Along nak masuk Syurga kan? Kalau nak masuk Syurga, kena suka tolong orang.

Zarif: Iyelah. Yelah. (Sambil bermalas-malasan tinggalkan permainan dan ambil telefon)



Walaupun tidak semua dialog di rumah saya begitu. Tapi, saya sememangnya sangat terkejut dengan apa yang berlaku. Saya memang tak biasa dengan keadaan bising-bising jerit tengking dalam rumah. Mungkin Allah ingin tunjukkan kepada saya akan cara yang patut dielakkan dalam mendidik anak-anak. Itulah pengajaran yang paling penting!

Akhir kalam, di rumah anda bagaimana? Adakah herdikan sentiasa menemani kehidupan keluarga? Atau pendidikan Islamik yang diterapkan?

Ingat, SETIAP PATAH PERKATAAN YANG DITUTURKAN ADALAH DOA.



Sesungguhnya,YANG KITA TANAM ITULAH BAKAL KITA TUAI.. Fikir-fikirkanlah.


13 - 15 May 2010
MRSM Kuala Krai, Kelantan




Sinar Harian : 17 May 2010
~Alumni MRSM untuk khidmat sosial~



Kakak2 faci yang bertauliah! =p



Group Hawari & Kak Bie..



Dewa Seri MARA yang banyak berjasa



Abe faci dok mancing ikan ngan roti.. Ape daa..



Kolam ikan di padang dekat pak guard



Kita tetap SAMA walaupun LAIN batch!



Post mortem faci..



Suara Hafiz di mana-mana.. Huu~



Pokwe dan silap mata gelas kosong
~Honestly.. Kagum ngan Pokwe, outspoken & talkative!



Group Ayamas!



Group Anwar
~Oits Nuar! Owling 3-5am jela.. Ade plak g teman student tidur di koridor smp azan Subuh..
Bertapa ke apa! Huhuhu.. =p



Group Pia



Makan dalam tray di DS.. Siyes rindu!!



Notahati:
Terima kasih sangat3 buat semua yang terlibat..
Terutamanya Cikgu Hasnizam, Cikgu Noaida, Pengarah Program, Hafiz, juga untuk semua ahli jawatan kuasa yang bersama-sama menjayakan program ini. Hanya Allah mampu membalas pengorbanan kalian.

Terima kasih Adnin, Mira, Z, Azeta, Syuk, K, Pijah, Liza, Nana, Pia, Bie..
Terima kasih Anwar, Pokwe, Syafiq, Ariff, Kudin, Buzak, Hawari..
Terima kasih semua!!
Semoga ukhuwwah yang terjalin antara kita akan berkekalan selamanya.

InsyaAllah.

SUMMER TRIP DE KLATE
8-13 MAY 2010



Day 1: 8 May 2010
6 jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu


Day 2: 9 May 2010

1) Shopping di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu

2) Shopping di Pasar MPKB, Kota Bharu

3) Ke Masjid Besar Kubang Kerian

4) Ke Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan,
HUSM Kubang Kerian

5) Ke Rumah Nazif Salihin, Pasir Hor

6) Ke Rumah Rozaini, Mulong

7) Ke Pasar Borong Wakaf Che Yeh




Day 3: 10 May 2010

8) Ke Pasar Pagi Wakaf Che Yeh

9) Ke Rumah Roihanan, Melawi, Bachok

10) Ke Pantai Irama, Bachok


 

Day 4: 11 May 2010

11) Ke KB Mall

12) Ke Rumah Zaem, Wakaf Che Yeh

13) Ke Rumah Wan Nor Suhada, Wakaf Mek Zainab

14) Ke Rumah Shamsun (Sun), Wakaf Bharu



Day 5: 12 May 2010

15) Ke Rumah Mazlieana Hidayah (Liena), Tanah Merah

16) Ke Rumah Muhaini (Nini), Rantau Panjang

17) Shopping di Rantau Panjang

18) Ke Rumah Solleh, Cherang, Kota Bharu



Day 6: 13 May 2010

19) Menghantar pelancong pulang ke Kuala Lumpur. Trimas Hawa & Olie!



.:.LAPORAN BERGAMBAR.:. =)


Pusat Pengajian Sains Pergigian, HUSM Kubang Kerian



Di Rumah Mazlieana Hidayah (Liena), Tanah Merah



Di Rumah Muhaini (Nini), Rantau Panjang



Di perkarangan Masjid Beijing, Rantau Panjang



Kedai Sate Klate, Wakaf Bharu



Di Rumah Zaem, Wakaf Che Yeh



Di Pantai Irama, Bachok



Di Rumah Roihanan, Melawi, Bachok



Di Pasar Pagi Wakaf Che Yeh



Di Pasar Borong Wakaf Che Yeh



Di perkarangan Masjid Besar Kubang Kerian


Notahati:
Alhamdulillah. Program kali ini berjalan lancar. Sangat happy!
Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat.
Maaf andai terdapat sebarang kekhilafan.
Pelbagai lawak tercipta.
-"Pelancong" asyik mengejaaaa tulisan jawi di billboard sepanjang perjalanan.
-Tuan rumah hidang air guna 'cetong' jek. Bersama ketulan ais yang besar!
-Tuan rumah tak sanggup tinggalkan Adamaya.
-Tuan rumah amatlah pemalu. Sampaikan saya bercakap lagi banyak dari tuan rumah.
-Pelancong kena tipu: strawberry cicah budu?? =p
-Pelancong terpaksa berlakon bisu sepanjang masa untuk shopping!
(Masakan tidak, harga kain kononnya RM80, tapi bila kecek Klate, dapat RM35 jek!)
Nasihat saya, kepada orang luar yang tak reti cakap Klate, sila bawak orang Klate untuk shopping!

Macam-macam lagi. Ponat den nak cite smua.

Kepada sesiapa yang datang ke Kelantan, jgn segan ghoyak ko sayo!



Beberapa minit sebelum melangkah keluar dari UiTM Puncak Alam
Selamat Tinggal Kenangan ~sob3~

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Berakhir sudah 4 papers
Peperiksaan akhir semester terakhir
Moga itu yang terakhir kali
Sudah tak sangggup untuk diulangi

Sangat sangat sangat takut
Sangat sangat sangat berharap
Semua 4 papers lulus dengan cemerlang
Semoga Allah memudahkan perjalanan hidup

Sekarang asyik berdebar-debar
Sebab terkenangkan paper kedua terakhir
Sebab esok nak drive balik Kelantan
Sebab dah sangat sangat sangat cuak

Mohon doa kalian setulus hati
Agar saya graduate on time
Ameen.. Ameen.. Perkenankanlah..
Semoga segala urusan dipermudahkan Allah

InsyaAllah..


Notahati:
Pagi esok saya dan kawan-kawan akan bertolak pulang ke Kelantan.. InsyaAllah..
Doakan keselamatan kami.. Ameen..


Selamat Hari Lahir semua!


2 May 1986 : Wirdiana Yusoff

I was born at the age of zero!



3 May 1977 : Mohd Zahini Yusoff

My only one brother!


3 May 1984 : Auni Aslah Mat Daud

Cousin! Jaga diri di perantauan..


9 May 1949 : Shamsiah Salleh

My beloved mom! Syurga di telapak kaki ibu..

Ibu yang melahirkan dan membesarkanku..


Notahati:
Sampai hati ye semua2 bercuti tanpa saya di Cameron 30 Apr-2 May.. *jeles3*
Maaf, tak sempat nak letak gambar mereka2.. Lain kali ye.. ^_^
Exam.. Exam.. Exam..
1 more paper to go! Forensic Pharmacy..
5 May 2010.. 0900 - 1100..
Then, M.E.R.D.E.K.A!!!!! Yahoo!! ~Alhamdulillah~

Related Posts with Thumbnails