ZARINA ABD GHAFIR
1983 - 1/4/2010
IIUM Rx2 & Hospital Selayang
Al-Fatihah..

22-24 Mac 2010

Saya dan 4 orang lagi rakan attach di Rheumatology Ward. Menimba ilmu di bawah tunjuk ajar Ms Zarina Abd Ghafir, selaku Rhematology Pharmacist. Seorang bekas pelajar IIUM Rx2. Kalau di awal perkenalan, beliau merupakan pengajar, sayalah pelajar. Namun, di akhir minggu, lain ceritanya. Kami bergelar sahabat.


SMS ini akan kusimpan untuk selamanya..


UIA Zarina: Ok..u all naik ward update med profile.d/charge meds nanti sy print out

Wirdiana: Ok. Ktorg dh kt ward, tgh tgu bht, ad ngn doc. Tqvm.

* * *

Wirdiana: Salam.. Ms Zarina.. agak2 leh jmp kul brp ek nnt?

UIA Zarina: Sy ada clinical presentation.then I hv 2 discuss my case wt my boss.i’ll text u when im done

Wirdiana: Owh. Ok. All d best! :-)

* * *

Wirdiana: Salam.. Ms Zarina.. Bas dh smp.. Just nk tya, psl d/charge med, just cont yg ward meds ke ad tmbh2 ek? Maaf susahkan..

UIA Zarina: Cn I hv ur email add?i’ll email

Wirdiana: Owh. Ok. Ni email sy.
waysdiana@gmail.com. Tq so much ms zarina. :-)

UIA Zarina: Xdk mnde pn nk tq..sy xdpt ikut u all btul2.hmm..try mintak case grp last week kalau nk.bz gile

Wirdiana: Xpe2.. Fhm2.. Smua IIUM Rx mmg mantap.. Salute! :-)

UIA Zarina: Ngarut..bdk2 iium pemalas.kaki ponteng.hahaha..aku tu dulu

Apabila Ms Zarina membahasakan dirinya “aku”, selepas itu, bertautlah persahabatan kami. Jadilah kami seperti sahabat, bukan lagi sebagai ‘pengajar’ dan pelajar. Bebas untuk berbicara. Bebas untuk bertanya. Bebas untuk berSMS. Seperti mana sahabat layaknya!


29 Mac 2010

Saya sudah pulih dari demam. Tapi batuk yang masih berlarutan menghalang saya dari ke Hospital Selayang. Ms Zarina tidak bekerja hari ini. MC dua hari.


30 Mac 2010

Saya kembali ke Hospital Selayang. Sempat menimba ilmu menggunakan computer Ms Zarina. Sempat usha dokumen Ms Zarina walaupun beliau tiada di situ.


31 Mac 2010

Ms Zarina admitted to the ward. Kajang Specialist. Saya bertolak pulang ke kampung halaman di Kelantan. Saya berniat untuk bertanya khabar di perjalanan nanti. Tetapi, saya loya sepanjang perjalanan. Saya menangguhkan niat. (Sangat terkilan!)


1 April 2010

Saya mendapat berita tentang pemergian seorang hamba Allah bernama ZARINA ABD GHAFIR. Sungguh saya terkedu! Sukar untuk diercayai. Saya betul-betul percaya apabila senior UiTM Rx2, Zulhafiz a.k.a Locco mengesahkan bahawa arwah telah pergi menyahut panggilan Ilahi pada pukul 12 malam tadi. Innalillah. Al-Fatihah buat Kak Zarina.


Notahati:
Kak Zarina, saya tak sempat nak bagitau yang saya tak dapat pun email yang akak nak bagi tu. Akak cakap dah email, tapi bila saya cek takde pun. Saya senyap je. Lepas tu, untuk present, akak tau tak. Saya reka je discharge medications. Nasib la saya dah present last week. Kalau tak, saya akan present case tu hari ni tau kak. Pada hari akak meninggalkan kami. Mungkin juga saya akan menangis semasa presentation. Akak, sepanjang hari ni, saya asyik ingat akak. Terbayang-bayang kenangan bersama.


Saya nak cakap jugak walaupun akak tak baca..
DEMI ALLAH, SAYA SAYANG KAK ZARINA.
Semoga bertemu lagi di Syurga abadi. InsyaAllah.