Salam kerinduan buat pengunjung sekalian. Moga kita semua sentiasa dinaungi lembayung rahmat Allah hendaknya. InsyaAllah.

Pejam celik, pejam celik. Berakhir sudah clinical attachment untuk semester ini. Tiada lagi istilah “keluar gelap, balik gelap”. Apa tidaknya, saya keluar bilik jam 6.30 pagi. Mentari masih belum muncul. Seharian di Hospital Selayang, pulang ke UiTM Puncak Alam di kala mentari sudah pun melabuhkan tirai. Sekitar 7.00 petang, barulah menjejakkan kaki di kolej. Ada kalanya selewat 8.15 malam! Penat!


CLINICAL ATTACHMENT
PHARMACY DEPARTMENT, HOSPITAL SELAYANG


WEEK 1: PAEDIATRIC WARD (15-19 Mac 2010)

Hari pertama dimulakan tanpa perasaan. Tiada perasaan excited. Tiada kecuakan dan ketakutan. Ditambah pula dengan ahli kumpulan yang semuanya saya tak pernah rapat. Sejujurnya, saya sedikit mengeluh. Tapi kemudiannya, cuba muhasabah diri. Erti hidup pada memberi! Jangan mengharap untuk menerima.

Diperkukuhkan lagi dengan kata-kata azimat dalam bersahabat. Dalam mendalami erti persahabatan yang sebenar, hendaklah kita yang berusaha menyukai seseorang sahabat itu. Bukannya membuatkan sahabat menyukai kita. Itulah yang saya usahakan pada minggu pertama. Alhamdulillah, berhasil.

Minggu pertama, giliran dua ahli kumpulan: Sherdila Baizura & Nur Hafiza untuk membentangkan kes. Maka, saya dengan sedikit kelegaan kurang memberikan perhatian terhadap kes yang diberikan. Hehe.

Sempat meluangkan masa di Wad Kanak-kanak untuk clerk case. Kedua-kedua cases berkaitan Systemic Lupus Erythmatosus (SLE). Sungguh kasihan melihat kanak-kanak menderita melawan kesakitan. Walau apa pun, terima kasih diucapkan buat preceptor, Ms Elaine.


Berdiskusi di Bilik Keluarga, Pediatric Ward..
~Lakonan semata-mata.. =p



Kononnya khusyuk! ;p



Presentation Session, Week 1



WEEK 2: RHEUMATOLOGY WARD (22-26 Mac 2010)

Minggu kedua, minggu penuh kenangan. Kenangan sepanjang hayat. I’ll miss all those great moments we shared together!

Minggu ini, tiba giliran saya untuk clerk & present case. Namun, dek kerana kekurangan kes, kami hanya diberikan 2 cases. Maka, saya berkongsi case dengan Puteri Huziana. Roihanah melaksanakannya sendirian.

Case kami berkisar tentang seorang kanak-kanak yang menderita SLE, penyakit di mana sistem pertahanan badan menyerang sistem sendiri. Maka, pelbagai organ penting menghadapi masalah. Pesakit ini, tiga jari kakinya sudah pun “mati”. Hanya tunggu masa untuk “jatuh @ tercabut”. Semoga dirimu tabah, adikku.

Sesi presentation bersama Mr Osama Helweh berjalan lancar. Ada juga soalan yang tak mampu dijawab. Goreng pun sodap.. Hehe.

Di akhir presentation, Mr Osama Helweh berkata, “Good performance”. ~Perli ke ni? Huhu.. InsyaAllah beliau jujur.

Jutaan terima kasih khas buat preceptor minggu ini, arwah Ms Zarina atas segala perkongsian. I really adore & admire you my dear sis. Pemergianmu amat terkesan di hati. Setiap detik terakhir akan tetap tersimpan rapi di lipatan sejarah hidup buat sepanjang hayatku. (Pemergianmu tiada pengganti: KLIK DI SINI) Rest in peace, dear Kak Zarin. Semoga Kak Zarin tenang di lena yang panjang. Al-Fatihah.

Dear Kak Zarin.. Till we meet again in Jannah.. Amiin..




WEEK 3: NEPHROLOGY WARD (29 Mac – 2 April 2010)

Minggu ketiga, bukan giliran saya untuk present case study. Maka? Berfoya-foyalah! =)

Ditambah pula dengan demam selesema dan batuk berpanjangan. Kami warga Hospital Selayang demam dan batuk beramai-ramai. Suhubadan mencecah 39.4’C. Maka, saya tidak mampu ke hospital pada hari Isnin. Hanya pada hari Selasa saya muncul di hospital.

Terima kasih buat preceptor minggu ini, Ms Choong atas ilmu yang dicurahkan.

Namun, agenda “istimewa” mengisi ruang minggu ini. Rabu pagi, saya pulang ke kampung halaman di Kelantan! Bahagia sungguh. Ponteng clinical attachment. Sungguh berani. Juga ponteng sesi presentation selama 2 hari. Kuang3!

Saya pulang mencari semangat dan kekuatan dari keluarga. Tanpa dirancang, menjadi tukang bakar ayam percik berpuluh-puluh ekor di kenduri jiran baru. Layann..


My project site.. Ayam percik! Huu~




Kemalangan di Lebuhraya Gua Musang..
Perodua Myvi dari Kuala Krai ke Kuala Lumpur..
Mengorbankan 3 beranak..
~Berlaku beberapa minit sebelum saya tiba di lokasi~





Laporan dalam Berita Harian tentang kemalangan di atas..
~Kereta Saga dari Kuala Lumpur ke Kelantan~


WEEK 4: MEDICAL WARD (5-8 April 2010)

Minggu terakhir clinical attachment benar-benar menguji kebijaksanaan saya membahagikan masa. Giliran saya untuk present case, seorang diri. Tiada lagi istilah ponteng! Tapi sempat lagi bershopping di Selayang Capital. Lalala.

Pesakit saya pada minggu ini agak memeningkan kepala. Kes agak rumit. Pesakit mempunyai 7 penyakit! Wah, berpusing-pusing fikir rawatan terbaik untuk pesakit ini. Uncle ni ada 7 masalah seperti berikut:
- Diabetes Mellitus
- Ischemic dilated cardiomyopathy
- Community acquired pneumonia (CAP)
- Cerebral vascular accident (CVA)
- End stage renal disease (ESRD)
- Hearing impairment
- Parkinsonism

Sehinggakan 12 PCI (Pharmaceutical Care Issue) berjaya dirungkai dari kes ini. Terima kasih kepada preceptor minggu ini, Cik Puteri Juanita a.k.a senior UiTM Rx1.

Mr Osama Helweh dengan jayanya ‘menembak’ semasa sesi presentation. Huhu. Alhamdulillah dapat jawab, walaupun kadang-kadang goreng saja! Ekekeke. Sementelah selesai sesi presentation, Mr Osama Helweh berkata, “Good presentation”.
~Tang mana yang “good” pun saya tak tahu. Kui3.



Clexane given to Muslim patient, instead of Heparin.. =(


Dengan ini, berakhir sudah segalanya.
Tiada lagi kelas.
Tiada lagi clinical attachment.
Tiada lagi presentation.
Tiada lagi test.
Tiada lagi..
Tiada lagi..
Tiada lagi..

Kini, hanya menunggu final-est exam setelah 18 tahun bergelumang dengan sesi “persekolahan”. Fuh! Wish me all the best!




Jabatan Farmasi, Hospital Selayang



TQVM to all preceptors.. Jasamu dikenang..



Pharmacy Department, Hospital Selayang..



Detik-detik terakhir di Hospital Selayang..



Buku laporan pengawal keselamatan di Pos Pengawal 17..
~Curi amik gambar ye PK Faizal! =)



'Izzat desperate nak bergambar.. Rela turun bas! ;D



Kali terakhir memakai labcoat sebagai student..


Selamat tinggal Hospital Selayang..
Selamat tinggal kenangan..