Finalest of Final Examination
Bachelor of Pharmacy (Hons)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Puncak Alam Campus
.
.
LET US DO THE BEST
LET HIM DO THE REST


Mohon doa pengunjung sekalian untuk sama-sama mendoakan kejayaan saya dan kawan-kawan dalam peperiksaan yang terakhir ini. Moga diterangkan hati kami untuk memahami dan menghafal segala ilmu. Moga dibukakan pintu hati untuk menjawab peperiksaan dengan cemerlang. Moga Allah memudahkan urusan kami untuk menempuh "New Chapter of Life" selepas ini. Hanya tinggal 18 hari yang diperuntukkan untuk saya memegang status Pelajar UiTM! The making of Future Pharmacist! Moga diberkati segala usaha. Moga segalanya berjalan lancar.


Notahati:
Maka, saya dengan terpaksa tapi rela menjauhkan diri seketika dari aktiviti blogging. Mungkin juga ini adalah entry terakhir untuk bulan April. Namun, saya akan tetap melawat laman ini setiap hari! Itu sudah pasti. =)


Jumpa lagi bila mana bulan May menjengah. InsyaAllah.

10 April 2010
Fakulti Farmasi, UiTM Puncak Alam


Ni "Finishing School" ke "Back to School?" ;D
UiTM Rx1: Cik Puteri Juanita & Miss Shazwani Shaharuddin
~Sharing is caring~
Our very last time in DK 10..
~I'll miss DK 10.. *sob3*
Adik2.. Pegang tangan.. Buat bulatan..
~Macam tadika! =p


Nini on the move! Go Nini! Huu~


Hari paling ceria sebelum ke medan juang! =)

Sangat comel melihat kanak2 lelaki bermain bersama.. Kui3..
Jejaka berbaju hitam AIG (Shahrizal) dah nak kahwin..
Jemput kawan2 yang mengenali datang..
KLIK SINI
Model-model etika pakaian pegawai farmasi.. Huk~


UiTM Rx5.. Finishing School 2010..
~Really have fun! Lurve you guys!~




Intai kami antara nampak..
Esok jangan rindu-rinduan..
Notahati:
Kawan-kawan..
Ni program formal terakhir kita bersama..
Lepas ni dah final exam..
Then, MERDEKA!! InsyaAllah..
Nanti kita buat gathering kat majlis kenduri kahwin ok!
30 MAY 2010
SENAWANG, N9
Marilah kita sama-sama memeriahkan majlis. InsyaAllah.

Semoga kita bertemu lagi. Sayang UiTM Rx5!
Maaf. Tak tau apa masalah blog ni. Tak boleh nak edit caption gambar2. Tak boleh nak buat paragraph. Hurmm..


Salam kerinduan buat pengunjung sekalian. Moga kita semua sentiasa dinaungi lembayung rahmat Allah hendaknya. InsyaAllah.

Pejam celik, pejam celik. Berakhir sudah clinical attachment untuk semester ini. Tiada lagi istilah “keluar gelap, balik gelap”. Apa tidaknya, saya keluar bilik jam 6.30 pagi. Mentari masih belum muncul. Seharian di Hospital Selayang, pulang ke UiTM Puncak Alam di kala mentari sudah pun melabuhkan tirai. Sekitar 7.00 petang, barulah menjejakkan kaki di kolej. Ada kalanya selewat 8.15 malam! Penat!


CLINICAL ATTACHMENT
PHARMACY DEPARTMENT, HOSPITAL SELAYANG


WEEK 1: PAEDIATRIC WARD (15-19 Mac 2010)

Hari pertama dimulakan tanpa perasaan. Tiada perasaan excited. Tiada kecuakan dan ketakutan. Ditambah pula dengan ahli kumpulan yang semuanya saya tak pernah rapat. Sejujurnya, saya sedikit mengeluh. Tapi kemudiannya, cuba muhasabah diri. Erti hidup pada memberi! Jangan mengharap untuk menerima.

Diperkukuhkan lagi dengan kata-kata azimat dalam bersahabat. Dalam mendalami erti persahabatan yang sebenar, hendaklah kita yang berusaha menyukai seseorang sahabat itu. Bukannya membuatkan sahabat menyukai kita. Itulah yang saya usahakan pada minggu pertama. Alhamdulillah, berhasil.

Minggu pertama, giliran dua ahli kumpulan: Sherdila Baizura & Nur Hafiza untuk membentangkan kes. Maka, saya dengan sedikit kelegaan kurang memberikan perhatian terhadap kes yang diberikan. Hehe.

Sempat meluangkan masa di Wad Kanak-kanak untuk clerk case. Kedua-kedua cases berkaitan Systemic Lupus Erythmatosus (SLE). Sungguh kasihan melihat kanak-kanak menderita melawan kesakitan. Walau apa pun, terima kasih diucapkan buat preceptor, Ms Elaine.


Berdiskusi di Bilik Keluarga, Pediatric Ward..
~Lakonan semata-mata.. =p



Kononnya khusyuk! ;p



Presentation Session, Week 1



WEEK 2: RHEUMATOLOGY WARD (22-26 Mac 2010)

Minggu kedua, minggu penuh kenangan. Kenangan sepanjang hayat. I’ll miss all those great moments we shared together!

Minggu ini, tiba giliran saya untuk clerk & present case. Namun, dek kerana kekurangan kes, kami hanya diberikan 2 cases. Maka, saya berkongsi case dengan Puteri Huziana. Roihanah melaksanakannya sendirian.

Case kami berkisar tentang seorang kanak-kanak yang menderita SLE, penyakit di mana sistem pertahanan badan menyerang sistem sendiri. Maka, pelbagai organ penting menghadapi masalah. Pesakit ini, tiga jari kakinya sudah pun “mati”. Hanya tunggu masa untuk “jatuh @ tercabut”. Semoga dirimu tabah, adikku.

Sesi presentation bersama Mr Osama Helweh berjalan lancar. Ada juga soalan yang tak mampu dijawab. Goreng pun sodap.. Hehe.

Di akhir presentation, Mr Osama Helweh berkata, “Good performance”. ~Perli ke ni? Huhu.. InsyaAllah beliau jujur.

Jutaan terima kasih khas buat preceptor minggu ini, arwah Ms Zarina atas segala perkongsian. I really adore & admire you my dear sis. Pemergianmu amat terkesan di hati. Setiap detik terakhir akan tetap tersimpan rapi di lipatan sejarah hidup buat sepanjang hayatku. (Pemergianmu tiada pengganti: KLIK DI SINI) Rest in peace, dear Kak Zarin. Semoga Kak Zarin tenang di lena yang panjang. Al-Fatihah.

Dear Kak Zarin.. Till we meet again in Jannah.. Amiin..




WEEK 3: NEPHROLOGY WARD (29 Mac – 2 April 2010)

Minggu ketiga, bukan giliran saya untuk present case study. Maka? Berfoya-foyalah! =)

Ditambah pula dengan demam selesema dan batuk berpanjangan. Kami warga Hospital Selayang demam dan batuk beramai-ramai. Suhubadan mencecah 39.4’C. Maka, saya tidak mampu ke hospital pada hari Isnin. Hanya pada hari Selasa saya muncul di hospital.

Terima kasih buat preceptor minggu ini, Ms Choong atas ilmu yang dicurahkan.

Namun, agenda “istimewa” mengisi ruang minggu ini. Rabu pagi, saya pulang ke kampung halaman di Kelantan! Bahagia sungguh. Ponteng clinical attachment. Sungguh berani. Juga ponteng sesi presentation selama 2 hari. Kuang3!

Saya pulang mencari semangat dan kekuatan dari keluarga. Tanpa dirancang, menjadi tukang bakar ayam percik berpuluh-puluh ekor di kenduri jiran baru. Layann..


My project site.. Ayam percik! Huu~




Kemalangan di Lebuhraya Gua Musang..
Perodua Myvi dari Kuala Krai ke Kuala Lumpur..
Mengorbankan 3 beranak..
~Berlaku beberapa minit sebelum saya tiba di lokasi~





Laporan dalam Berita Harian tentang kemalangan di atas..
~Kereta Saga dari Kuala Lumpur ke Kelantan~


WEEK 4: MEDICAL WARD (5-8 April 2010)

Minggu terakhir clinical attachment benar-benar menguji kebijaksanaan saya membahagikan masa. Giliran saya untuk present case, seorang diri. Tiada lagi istilah ponteng! Tapi sempat lagi bershopping di Selayang Capital. Lalala.

Pesakit saya pada minggu ini agak memeningkan kepala. Kes agak rumit. Pesakit mempunyai 7 penyakit! Wah, berpusing-pusing fikir rawatan terbaik untuk pesakit ini. Uncle ni ada 7 masalah seperti berikut:
- Diabetes Mellitus
- Ischemic dilated cardiomyopathy
- Community acquired pneumonia (CAP)
- Cerebral vascular accident (CVA)
- End stage renal disease (ESRD)
- Hearing impairment
- Parkinsonism

Sehinggakan 12 PCI (Pharmaceutical Care Issue) berjaya dirungkai dari kes ini. Terima kasih kepada preceptor minggu ini, Cik Puteri Juanita a.k.a senior UiTM Rx1.

Mr Osama Helweh dengan jayanya ‘menembak’ semasa sesi presentation. Huhu. Alhamdulillah dapat jawab, walaupun kadang-kadang goreng saja! Ekekeke. Sementelah selesai sesi presentation, Mr Osama Helweh berkata, “Good presentation”.
~Tang mana yang “good” pun saya tak tahu. Kui3.



Clexane given to Muslim patient, instead of Heparin.. =(


Dengan ini, berakhir sudah segalanya.
Tiada lagi kelas.
Tiada lagi clinical attachment.
Tiada lagi presentation.
Tiada lagi test.
Tiada lagi..
Tiada lagi..
Tiada lagi..

Kini, hanya menunggu final-est exam setelah 18 tahun bergelumang dengan sesi “persekolahan”. Fuh! Wish me all the best!




Jabatan Farmasi, Hospital Selayang



TQVM to all preceptors.. Jasamu dikenang..



Pharmacy Department, Hospital Selayang..



Detik-detik terakhir di Hospital Selayang..



Buku laporan pengawal keselamatan di Pos Pengawal 17..
~Curi amik gambar ye PK Faizal! =)



'Izzat desperate nak bergambar.. Rela turun bas! ;D



Kali terakhir memakai labcoat sebagai student..


Selamat tinggal Hospital Selayang..
Selamat tinggal kenangan..


ZARINA ABD GHAFIR
1983 - 1/4/2010
IIUM Rx2 & Hospital Selayang
Al-Fatihah..

22-24 Mac 2010

Saya dan 4 orang lagi rakan attach di Rheumatology Ward. Menimba ilmu di bawah tunjuk ajar Ms Zarina Abd Ghafir, selaku Rhematology Pharmacist. Seorang bekas pelajar IIUM Rx2. Kalau di awal perkenalan, beliau merupakan pengajar, sayalah pelajar. Namun, di akhir minggu, lain ceritanya. Kami bergelar sahabat.


SMS ini akan kusimpan untuk selamanya..


UIA Zarina: Ok..u all naik ward update med profile.d/charge meds nanti sy print out

Wirdiana: Ok. Ktorg dh kt ward, tgh tgu bht, ad ngn doc. Tqvm.

* * *

Wirdiana: Salam.. Ms Zarina.. agak2 leh jmp kul brp ek nnt?

UIA Zarina: Sy ada clinical presentation.then I hv 2 discuss my case wt my boss.i’ll text u when im done

Wirdiana: Owh. Ok. All d best! :-)

* * *

Wirdiana: Salam.. Ms Zarina.. Bas dh smp.. Just nk tya, psl d/charge med, just cont yg ward meds ke ad tmbh2 ek? Maaf susahkan..

UIA Zarina: Cn I hv ur email add?i’ll email

Wirdiana: Owh. Ok. Ni email sy.
waysdiana@gmail.com. Tq so much ms zarina. :-)

UIA Zarina: Xdk mnde pn nk tq..sy xdpt ikut u all btul2.hmm..try mintak case grp last week kalau nk.bz gile

Wirdiana: Xpe2.. Fhm2.. Smua IIUM Rx mmg mantap.. Salute! :-)

UIA Zarina: Ngarut..bdk2 iium pemalas.kaki ponteng.hahaha..aku tu dulu

Apabila Ms Zarina membahasakan dirinya “aku”, selepas itu, bertautlah persahabatan kami. Jadilah kami seperti sahabat, bukan lagi sebagai ‘pengajar’ dan pelajar. Bebas untuk berbicara. Bebas untuk bertanya. Bebas untuk berSMS. Seperti mana sahabat layaknya!


29 Mac 2010

Saya sudah pulih dari demam. Tapi batuk yang masih berlarutan menghalang saya dari ke Hospital Selayang. Ms Zarina tidak bekerja hari ini. MC dua hari.


30 Mac 2010

Saya kembali ke Hospital Selayang. Sempat menimba ilmu menggunakan computer Ms Zarina. Sempat usha dokumen Ms Zarina walaupun beliau tiada di situ.


31 Mac 2010

Ms Zarina admitted to the ward. Kajang Specialist. Saya bertolak pulang ke kampung halaman di Kelantan. Saya berniat untuk bertanya khabar di perjalanan nanti. Tetapi, saya loya sepanjang perjalanan. Saya menangguhkan niat. (Sangat terkilan!)


1 April 2010

Saya mendapat berita tentang pemergian seorang hamba Allah bernama ZARINA ABD GHAFIR. Sungguh saya terkedu! Sukar untuk diercayai. Saya betul-betul percaya apabila senior UiTM Rx2, Zulhafiz a.k.a Locco mengesahkan bahawa arwah telah pergi menyahut panggilan Ilahi pada pukul 12 malam tadi. Innalillah. Al-Fatihah buat Kak Zarina.


Notahati:
Kak Zarina, saya tak sempat nak bagitau yang saya tak dapat pun email yang akak nak bagi tu. Akak cakap dah email, tapi bila saya cek takde pun. Saya senyap je. Lepas tu, untuk present, akak tau tak. Saya reka je discharge medications. Nasib la saya dah present last week. Kalau tak, saya akan present case tu hari ni tau kak. Pada hari akak meninggalkan kami. Mungkin juga saya akan menangis semasa presentation. Akak, sepanjang hari ni, saya asyik ingat akak. Terbayang-bayang kenangan bersama.


Saya nak cakap jugak walaupun akak tak baca..
DEMI ALLAH, SAYA SAYANG KAK ZARINA.
Semoga bertemu lagi di Syurga abadi. InsyaAllah.

Related Posts with Thumbnails