12 Mac 2010

@ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Putrajaya





Ting Tong!!

0604

It’s my turn!

Tok! Tok! Pintu Bilik Temuduga diketuk. Lantas saya masuk.

“Assalamualaikum”

“Waalaikumussalam. Sila serahkan dokumen. Silakan duduk.”

“Terima kasih”


Sesi temuduga bermula..
(** D:Datuk (Wakil SPA), P:Puan (Wakil KKM), W:Wirdiana**)


D: Nama apa? IC?

W: Wirdiana binti Yusoff. 860502 - # # - # # # # (Sambil batuk-batuk)

D: Ok. Kurang sihat ye? Dah makan ubat? Ubat apa?

W: Aah. Demam. Dah. Makan PCM dengan Clarinase.

D: Clarinase untuk apa? Ada apa dalam tu?

W: Clarinase untuk selesema, nasal congestion, dalam tu ada Loratadine.

D: Erm. Kalau saya dulu makan Piriton je. Bla.. Bla.. Bla.. Duduk Kelantan ye. Adik beradik berapa orang? Aak ke berapa?

W: Aah Kelantan. Adik beradik 3 orang. Saya anak ketiga, bongsu.

D: Atas awak abang ke kakak? Ada yang kerja kerajaan?

W: Yang sulung, kakak. Kedua, abang. Mm. Abang, kakak, abang ipar, kakak ipar, semmuuaaa cikgu.

D: Owh. Tak nak jadi cikgu jugak ke? Jadi cikgu yang mengajar budak besar. (Pensyarah la wei!)

W: Mm. Kurang berminat kot. Dari kecik lagi saya memang berniat nak kerja di hospital. Bla.. Bla.. Bla..

D: Ok. Kenapa ambil farmasi? Minat ke? Kena paksa? Ke kenapa?

W: Saya sememangnya berminat dengan kerja-kerja di hospital. (Poyo jek!) Bla.. Bla.. Bla.. Lagipun peluang pekerjaan tinggi. Bla.. Bla.. Bla..

D: Betul tu. Kalu ambil microbiology, awak belum tentu berada di sini untuk temuduga. (Kemudian Datuk bercerita tentang pengalaman kerjanya di bahagian pentadbiran, pengalaman kerja di hospital, perbezaan dan lain-lain. Sungguh panjang lebar. Macam saya yang sedang interview dia plak! Huhu~)

~ Sesi sembang santai bersama Datuk diteruskan lagi.. Kemudian, sesi bersama wakil KKM bermula..

P: Awak makan PCM berapa biji?

W: Saya makan 1 biji, yang 650mg.

P: Owh. Ok. Maximum dose untuk PCM berapa ye?

W: Kalau yang 500mg, maximum 8 biji sehari. Maksudnya, 4g sehari.

P: Ok. Kalu overdose macam mana nak detect? Nak kena bagi apa?

W: Kalau overdose, kita akan check melalui TDM. Kita akan bagi charcoal untuk recover patient. (Betul la kan charcoal?.) Charcoal ni akan bind dengan PCM structure, then akan di’remove’ dari body. (Hentam sajalah)

P: Berapa level overdose PCM ni?

W: Erm.. (Alamak! Seriously lupa!) Sorry, tak ingat. Hehe. (Sambil sengih!)

P: Saya yang dah berapa belas tahun tinggal pun, ingat lagi tau. (Rasa macam nak tanya je berapa? Takut dia buat-buat tau jek.. Huu~) Selain PCM, apa lagi ubat yang kena monitor guna TDM?

W: Erm.. Antibiotics. Gentamycin. Amikacin. Valproic acid. Benzodiazepine.

P: Kenapa kita kena monitor Gentamycin? Penicilin tak. Padahal Penicilin pun antibiotic jugak.

W: Sebab Gentamycin ni dia narrow therapeutic index. Kalau patient ni ambik sikit pun dah ada high risk untuk toxicity. Bla.. Bla.. Bla.. (Dah blur dah masa ni.)

P: Pernah ada pengalaman clinical attachment untuk TDM sebelum ni? Kat mana?

W: Pernah. Kat Hospital Sungai Buloh. (Confident giler ah jawab!)

P: Awak buat apa kat Hospital Sungai Buloh?

W: (Hah! Hospital Sungai Buloh ke HTAR??) Eh! Eh! Tak. Saya attach di TDM di HTAR. Di Hospital Sungai Buloh saya attach di OPD, IPD, DIS dan store. (Sengih lagi.)

P: Owh. Ok. Masa di TDM, kira manual ke mesin tolong kirakan? (Agak lupa sudah..)

W: Untuk TDM di HTAR, bila dah masukkan sample dan run, kita akan dapat result, pre & post. Then, kira manual pakai calculator.

P: Oo. So, pandai la kira-kira ni? Kalau saya tanya formula untuk pengiraan ingat tak? Berapa pre & post level Gentamycin?

W: Formula. Dah lupa kot. Hehe. Pre & post level Gentamycin? Mm. (Tembak!! Tapi salah, pastu kena gelak. Haha.) Sebab biasanya, lepas kira akan tengok kat table belakang borang. Sebab tu tak hafal. (Alasan!) =p

P: Haa. Kalau hospital tu salah cetak? Hurm. Ok. Kita kerja ni, mestila banyak source of infection kan. Macam mana kita jaga hygiene tu? Macam mana cara basuh tangan dengan betul? Berapa step?

W: Aah. Pakai glove. Bla.. Bla.. Bla.. (Kemudian demo cara basuh tangan.)

P: Sebelum basuh tangan kena buat apa dulu? (Saya dah blur. Bukak paip pun kena cakap ke? Wakaka.)

D: Tu yang kat tangan tu. Yang emas-emas tu.

W: Owh. Ok. Haa. Sebelum basuh tangan tu, buang la dulu jam, cincin etc.

D & P: Wah buang? Memang kaya! (Kena gelak mantap punya ah) Belum kahwin lagi, sebab tu tak tau. Biasanya kat cincin la banyak melekat pape. (Oo.. Patut la tak tau. Huhu.)

P: Ok. Berbalik ke antibiotic. (Hah! Nak tanya TDM lagi ke? Habis la.) Sekarang awak nak bagi antibiotic kat makcik ni. Makcik tua ni. Kaunseling dalam BAHASA KELANTAN.

W: Hah? Bahasa Kelantan. Betul ni? (Macam tak percaya. Macam main-main plak interview ni.)

D: Betul la. Ke tak reti cakap Kelantan? Laki semalam pun kena kaunseling dalam bahasa Kelantan. (Fadhil rupanya)

W: Eh! Saya memang pure Kelantanese. Ok. Mokcik, ni ubat antibiotic, untok deme. Mokcik keno make sapa abih deh. (Sepanjang kaunseling, memang kami bertiga bergelak ketawa jek. Lawak betul.)

P: Make semua terus ko? Perabih skali guh?

W: Eh. Buke. Make 2 butir 3 kali saghi jah. Tapi keno sapa abih la 7 ari nih.

P: Mokcik tokse eh prabih 7 hari. Nok make 5 ari jah.

W: (Degil tol makcik ni. =p) Mokcik, tokleh gitu. Ubat ni nok bunuh kuman.

P: Kuman tu gapo dalam bahasa Klate? Mokcik tok tau.

W: (Haisy!) Kuman tu kume mokcik. Kume ni la masok dale bade, ado jangkite, sebab tu deme. Pah sakit.

P: Oo. (Macam-macam lagi la kena buli dek Datuk dan Puan ni. Memang sakit perut dorang gelakkan. Lalala.)

~ Perbualan sudah hampir ke penghujung..

D: Ok. Ada pape nak tanya?

W: Erm.. Harapaannn… (Sambil senyum penuh makna.. Dalam hati berkata.. Saya nak HUSM!)

D: Hahaha. Saya tau. (Sambil tengok borang) Itu kena tengok dulu lah. KKM belum susun lagi penempatan. Bla.. Bla.. Bla..

W: Owh. Ok. Terima kasih. (Lantas ambik file dan keluar. Merdeka!!)


Alhamdulillah.. Selesai sudah “selangkah ke alam kerjaya”.. Pegawai Farmasi U41.. Semoga dapat HUSM Kubang Kerian. Tak pun, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu. InsyaAllah.