NORAINI MAMAT
1982 - 2010
(1 Mac 2010)


Petang tadi, sahabat baik yang kini berada di Mesir, Saniha mengkhabarkan satu berita sedih. Saniha telah kehilangan salah seorang kakak yang disayangi, Noraini Mamat. Innalillah. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Masih saya ingat lagi, pada tahun 2001, saya menjadikan projek Kemahiran Hidup arwah sebagai panduan untuk saya menyiapkan kerja kursus Tingkatan 3. Sehinggakan saya menggunakan nama syarikat sama seperti arwah.

"Blissful Enterprise"

Mungkin tiada seorang pun yang masih mengingatinya. Tapi, tak mungkin untuk saya melupakan nama company milik 'kami' ini.

Blissful.. Perfect Happiness..

Semoga arwah Kak Aini bersemadi dengan tenang di alam sana. Al-Fatihah.