20 Mac 2010
@ Tapak Yusof Ghani, Section 8, Shah Alam




Zaki Yusof..
PRP yang dikenali semasa clinical attachment di HTAR pada 2009..



Farrah Aina..
"Musuh" di gelanggang pertarungan IIUM Rx Quiz 2009..


Alhamdulillah, lagi sebuah "masjid" didirikan. Zaki Yusof & Farrah Aina. Sahabat-sahabat dari UIA. Semoga berkekalan hingga ke Syurga. InsyaAllah.

Namun, hari ini satu pengajaran yang boleh dijadikan iktibar.

"Kalau nak ke mana-mana, pastikan ada peta dijadikan panduan! Pastikan tahu hala tuju. Bukan sekadar “gitu-gitu”, tapi sejelas-jelasnya!"


Memandangkan lokasi rumah pengantin lelaki, Zaki hanya di Seksyen 8, Shah Alam. Maka, saya dengan 'berlagaknya' tidak membawa sebarang peta. Melenggang. Almaklumlah sudah menjangkau tahun ke-6 berada di Shah Alam.

Alhamdulillah, tanpa sebarang masalah, saya dan ‘Atikah berjaya tiba di Seksyen 8. Tapi, disitulah tersebutnya alkisah..



** A: ‘Atikah ** W: Wirdiana ** P: Pakcik

W: Ok, Tikah. Masuk kiri ni. Then kanan. Ok. Kanan lagi. (Begitu senang sekali mencari lokasi.)

A: Alhamdulillah dah sampai. (Dengan yakinnya park kereta depan rumah)

W: Kenapa tak ramai sangat ek? (Terasa pelik)

A: Majlis belah laki memang macam ni kot. Tak ramai sangat. (Masih belum fikir panjang)

W: Mantap ah besar rumah. Segan woo.

A: Haisy! Dah sampai dah pun depan rumah. Jom!

(Kami sama-sama melangkah, tapi sedikit teragak-agak. Segan!)

A: Eh! Mc Naa, biar betul. Takde orang pun. Tanya la dulu, betul ke tak ni.

W: Tu la pasal. Baru susun kuih kot. Dak pukul 230 dah ni. Tak logic belum start majlis.

(Dengan kecuakan, tetap melangkah ke pagar rumah yang diserikan dengan 2 buah khemah kenduri. Semua kerusi dan meja dihias serba putih)

W: Pakcik, ni majlis Zaki & Farrah kan?

P: Owh. Tak. Tak. Kat sini MAJLIS PERTUNANGAN. Yang kenduri kahwin depan sikit lagi.

(Warghhh!! Malu!! Malu!! Malu!! Kami terus berlari ke kereta. Memang gelak sakan ah.)

Hanya beberapa meter di hadapan, selang 5 buah rumah sahaja, ada lagi beberapa khemah dipasang. Hati sudah yakin, inilah MAJLIS PERKAHWINAN ZAKI YUSOF & FARRAH AINA. Alhamdulillah.



Kesimpulannya..
Pastikan tahu alamat, siap dengan nombor rumahnya! Jangan main redah je..

Begitu juga dengan hidup ini, pastikan kita mempunyai hala tuju yang jelas. Kalaulah Syurga itu yang menjadi dambaan, pastikan kita berusaha menujunya berlandaskan jalan yang betul.

Peringatan buat saya yang terleka.. Mungkin juga untuk kita semua..
Kalau nak ke rumah Zaki, silalah bawa kad jemputan perkahwinan.
Kalau ingin ke Syurga, silalah dampingi Al-Quran buat pedoman.

InsyaAllah, tidak mungkin sesat.



Notakaki:
Semasa makan, kebetulan duduk semeja dengan salah seorang pensyarah UiTM. Dari Fakulti Seni Reka (Art & Design). Owh! Ayah si Zaki orang seni rupa-rupanya. Bekas pensyarah di UiTM. Antara yang terkenal di Malaysia. Pernah mempamerkan hasil seni ke pelbagai negara. Kelibat anak seni (pelukis-pelukis) ramai kelihatan di majlis ini. Apabila menjengah masuk ke rumah untuk bersua dengan pasangan pengantin, kagum! Wah! Ini bukan rumahnya, ini galeri milik ayahnya rupa-rupanya. Disitulah terletaknya TAPAK Yusof Ghani.



TAPAK Yusof Ghani
Dunia seni seorang anak seni