Semalam.. 24 Mac 2010..

Hari terakhir 'clinical attachment' di Rheumatology Ward, Hospital Selayang..
Berakhir sudah aktiviti harian intuk minggu ini, naik turun ward..
Tapi ada sesuatu yang tidak kena..
Start batu-batuk atas bas.. Tak tahu kenapa.. Batuk tanpa kahak..


Semalam juga..

Kawan-kawan dah start bising di 'facebook'..
Beberapa orang yang practical di Hospital Selayang mengalami demam & batuk-batuk..
Owh! Rupa-rupanya saya tidak keseorangan..
Walau bagaimana pun, hati tetap risau..
Mungkinkah "Hospital Acquired Infection a.k.a Nosocomial Infection"..


Hari ini.. 25 Mac 2010..

Badan mula rasa semacam..
Batuk tetap berterusan..
Simptom-simptom nak demam mula terserlah..
Badan mula panas..
Kawan baikku, Ezzati mencadangkan supaya saya ke Pusat Kesihatan..
Menasihatkan supaya membuat pemeriksaan..
Akhirnya, saya akur setelah badan terasa panas semacam..


Di Pusat Kesihatan.. Sekitar 3.00 pm..

~Suhu badan: 38.1'C..
~Diberi ubat: Paracetamol, Amoxicillin, Jujubes, Bena, Mucosolvan..
~Diberikan MC..
~Jika pagi esok masih lagi demam, diarahkan untuk ke Pusat Kesihatan lagi..
~Hari ini, sudah beberapa orang pelajar-pelajar practical di hospital datang ke PK kerana simptom yang sama..
~Kata-kata MA mencuakkan hati: "Risau takut macam budak kat atas tu je".. (Kat atas ialah ward.. Adoi.. Kot ye pun tak perlu la cakap depan patient.. Menakutkan.. Huk!)


Doakan..

Moga dijauhkan dari bala..
Moga diberi kesihatan..
Moga segalanya selamat..


"Allahumma 'aafini fi badani" ~ Ya Allah, sihatkanlah badanku..