Apa yang tersirat..

"Ma, nasik ni nok lagi dok? Lauk ni?" (Ma, nasi ni nak lagi tak?Lauk ni?)

Itulah dialog biasa saya tuturkan selepas menjamu selera di rumah. Pantang ada makanan lebih, pasti saya ingin "kongsi" bersama ayam-ayam jiran di belakang rumah.

Ibu saya sememangnya sudah mengerti apa yang tersirat. Sejurus mendapat kebenaran, tingkap dapur dibuka.

Bunyi tingkap dibuka sudah pun berjaya menarik perhatian beberapa ekor ayam!

"Kurrrrr.. Kurrrr.. Kurrr.." ~sampai sekarang saya tak berjaya memanggil ayam dengan bunyi ini! Hehe..

Makanan ditabur.. Ayam berkerumun..

"Suara" mereka berebutkan makanan sememangnya akan menarik perhatian ayam-ayam lain untuk datang bersama memeriahkan "Pesta Makanan Free".

Saya cukup gembira melihat ayam-ayam itu berebut makanan. Puas hati melihat ayam kenyang.




Belajar dari ayam..

Mari kita umpamakan tingkahlaku ayam ini dengan kita. Bukan ingin menyamakan taraf dengan ayam, tapi sekadar ingin BELAJAR DARI AYAM..

Bunyi tingkap dibuka itu diumpamakan bagai laungan azan dari masjid atau surau berdekatan rumah kita. Apabila azan kedengaran, adakah kita terus berminat untuk terus menuju ke masjid?

Kalau di kampung saya, di kala azan berkumandang, akan kelihatan penduduk kampung mula menuju ke masjid. Sejuk hati bila mana melihatkan rakan-rakan seusia juga menuju ke masjid, bukan sahaja warga emas yang berbasikal tua.

Dalam pada masa yang sama, mereka seolah-olah "mengajak" orang lain untuk berbuat kebaikan. Cara terbaik untuk mengajar dan mengajak adalah melalui teladan dan tingkah laku. Seperti mana juga ayam, sambil makan, "mereka " bising bersuara seolah-olah menghebahkan rezeki ada di situ. Belum sampai 5 minit, dah hampir 20 ekor ayam berkumpul. Mengapa kita tidak boleh menjadi seperti mereka? Boleh bukan? Amar Maa'ruf..

Marilah kita sama-sama berfikir..

Kalau ayam, mereka bebebut-rebut mendapatkan sumber makanan percuma yang ditabur. Kenapa kita, jarang sekali berebut-rebut ke masjid atau majlis ilmu di mana pahala dan ilmu disediakan percuma juga. Tanpa bayaran!

Mengapa? Fikirkanlah.. Muhasabahlah diri..

Sejujurnya, saya begitu gembira melihat ayam-ayam datang berebut makanan.
Kalau kita dengan Allah bagaimana? Sudah pasti Allah menyukai hamba-hambaNya yang datang kepadaNya.

Waalahua'lam..