Assalamualaikum.

Selamat menempuh temuduga sahabat-sahabat seperjuangan di University of Strathclyde, Glasgow.. a.k.a bakal rakan-rakan sejawatan.. Future Pharmacist.. ^_^


Sedikit perkongsian tentang ilmu sebagai persediaan sebelum temuduga SPA untuk jawatan Pegawai Farmasi U41, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tempoh hari.

1 malaysia
slogan: rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan (people 1st, performance now)
menanam semangat kewarganegaraan n jati diri kpd tanah air
xkira bgsa.. M I C.. increase smgt patriotic
8 NILAI
Pseverance,Acceptance, Education,Integrity, Meritocracy, Humility, Loyalty, Culture of excellence

Klinik 1 malaysia
Open: 10am-10pm
Klinik komuniti utk rakyat
Mberi kemudahan segeera kpd rakyat miskin
Rawatan diperoleh dgn hanya rm1
Now 50 buah sejak dibuka 28 dec 2009

KKM
Moto: penyayang, professionalism, kerja berpasukan

Carta organisasi
Menteri kesihatan- YB dato’ sri liow tiong lai
Timb menteri- YB datuk rosnah shirlin bt hj abd Rashid shirlin
Ketua s/u- dato’ sri dr hj mohd nasir b mohd ashraf
Ketua pengarah kesihatan-tan sri dato’ sri dr haji mohd ismail merican
Pengarah kanan (perkhidmatan farmasi) – pn eisah a.rahman

SPA
Moto-mudah cepat tepat
Pengerusi: YB tan sri jamaludin ahmad damanhuri
Timb: ahmad said

MTAC
Medication therapy adherence clinic
Specific for: hepato, renal, liver, DM, asthma, warfarin, CKD
Pharmacist: counsel patient on medication, S/E, edu knowledge, provide continuous & individualized counseling

TCM: traditional complementary medicine
Pilot project: hosp putrajaya, hosp kepala batas
Eg: acupuncture, reflexology, post natal massage, yoga, aromatherapy, med herbal tea, plaster containing herbal active ing
Based on: malay, Indian, Chinese medicine & culture
Other than medication & surgery
Natural source-plant, herb, animal, mineral based substance
Eg: misaim kucing 4 joint inflammation


DEPT –function kita d setiap dept
OPD, IPD, MFG, STORE
CLINICAL-ward, mtac, tpn, cdr, dis, tdm, satellite
Which dept r most interested? Ur ans will det the next quest!
Eg: minat OPD. Why? They may ask u abt waiting time.. prescription error..
Eg: minat TPN. Why? How 2 prepare. Bila bg tpn etc.
Eg: minat CDR. Why? Spillage. How 2 prep. Room condition.

SPUB-sistem pendispensan ubat Bersepadu
Sistem pembekalan ubat utk kes yg dirujuk olej jab farmasi, pskit leh dapatkn bekalan ubat susulan dr hosp, KK pilihan patient
Utk jangka pnjang > 1 month
Memudahkn pesakit dptkn meds – inc compliance

ADR
Type A: common, reduce dose-reduce a/e
Type B: allergic rxn, discont drug, eg: anaphylactic rxn
Type C: uncommon,
Type D: delayef effect

Organisation: NPCB-----DCA------MADRAC
Workchart: ADR in company---MADRAC---DCA

NPCB- national pharmaceutical control bureau (BPFK)
Carry out analytical, pharmaceutical, microbiological, toxic test on cosmetic & drugs – 2 ensure quality, efficacy n safety.
Enforce licensing scheme for manufacturer, importer, wholesaler
Assist mfg 2 upgrade mfg std – GMP
Manage pdct recall 4 phm pdct dangerous 2 consumer
Manage ADR monitorg program

DCA-drug control authority
Under CDCR 1964
Ensure safety, qlty n efficacy of pharmaceutical, health & personal care pdct
Objective
Registeration of pharmaceutical pdct n cosmetic
Licensing of premise, mfg n wholesaler
Monitor qlty of registered product in market
ADR monitoring

MADRAC-msian adv drug rxn advisory committee
Ensure public consuming registered product
under DCA
function
promote ADR reporting by – article, manual distribution, talk to doc n ph
provide info 2 doc n ph on ADR
participate in WHO ADR monitoring prog
outcome: suggest labeling changes to product insert
Eg case:
1/3/2010
Avandia (rosiglitazone)
Potential CVS risk- need close monitorg. Advise to change the product insert.

23/2/2010
Cosmetic pdct cont scheduled poison : tretinoin –lead to skin cancer (Temulawak Cream)

Sildenafil dlm tongkat ali- sildenafil mst b with rx


MDC – msian drug code
Code assigned for drug identification
Standardize code for medication order
17 alphanumeric form
7: ATC : based on system-alimentary&metabolism-DM-oral-biguanide-MTF
3: base: stable form, anion
3: dosage form code: t-tablet, c-capsule
2: concentration code
2: brand code

Pangkat2 pharmacist n bape thn.. u41-44-48-52-54
Paper 11 mac 2010..

Methadone 4 drug adddict..
Narcotic-morphine-4 severe pain rlf-eg cancer

ENFORCEMENT 3 fxn
-intelligence gathering- based on public complain, gather info regarding the premise
-operation-conduct raid on company-make sure all pdct registered with DCA, MOH
-investigation- salah-naik court


Dapatkan juga perkongsian:
Soalan-soalan temuduga SPA UiTM Rx5 (9Mac2010) DI SINI.
Soalan-soalan temuduga SPA IIUM Rx5 (9Feb2010) DI SINI.
Soalan-soalan temuduga SPA, my session! DI SINI.


Jangan lupa selawat banyak2..
Basmallah 21x.. Ya Aziz.. Ya Jabbar.. Ya Mutakabbir..
Buat leklok interview 1&2 April 2010..
Selamat berjuang sahabatku!!

Semalam.. 24 Mac 2010..

Hari terakhir 'clinical attachment' di Rheumatology Ward, Hospital Selayang..
Berakhir sudah aktiviti harian intuk minggu ini, naik turun ward..
Tapi ada sesuatu yang tidak kena..
Start batu-batuk atas bas.. Tak tahu kenapa.. Batuk tanpa kahak..


Semalam juga..

Kawan-kawan dah start bising di 'facebook'..
Beberapa orang yang practical di Hospital Selayang mengalami demam & batuk-batuk..
Owh! Rupa-rupanya saya tidak keseorangan..
Walau bagaimana pun, hati tetap risau..
Mungkinkah "Hospital Acquired Infection a.k.a Nosocomial Infection"..


Hari ini.. 25 Mac 2010..

Badan mula rasa semacam..
Batuk tetap berterusan..
Simptom-simptom nak demam mula terserlah..
Badan mula panas..
Kawan baikku, Ezzati mencadangkan supaya saya ke Pusat Kesihatan..
Menasihatkan supaya membuat pemeriksaan..
Akhirnya, saya akur setelah badan terasa panas semacam..


Di Pusat Kesihatan.. Sekitar 3.00 pm..

~Suhu badan: 38.1'C..
~Diberi ubat: Paracetamol, Amoxicillin, Jujubes, Bena, Mucosolvan..
~Diberikan MC..
~Jika pagi esok masih lagi demam, diarahkan untuk ke Pusat Kesihatan lagi..
~Hari ini, sudah beberapa orang pelajar-pelajar practical di hospital datang ke PK kerana simptom yang sama..
~Kata-kata MA mencuakkan hati: "Risau takut macam budak kat atas tu je".. (Kat atas ialah ward.. Adoi.. Kot ye pun tak perlu la cakap depan patient.. Menakutkan.. Huk!)


Doakan..

Moga dijauhkan dari bala..
Moga diberi kesihatan..
Moga segalanya selamat..


"Allahumma 'aafini fi badani" ~ Ya Allah, sihatkanlah badanku..

Reasons to Smile

Klik pada imej untuk paparan yang lebih besar

20 Mac 2010
@ Tapak Yusof Ghani, Section 8, Shah Alam




Zaki Yusof..
PRP yang dikenali semasa clinical attachment di HTAR pada 2009..



Farrah Aina..
"Musuh" di gelanggang pertarungan IIUM Rx Quiz 2009..


Alhamdulillah, lagi sebuah "masjid" didirikan. Zaki Yusof & Farrah Aina. Sahabat-sahabat dari UIA. Semoga berkekalan hingga ke Syurga. InsyaAllah.

Namun, hari ini satu pengajaran yang boleh dijadikan iktibar.

"Kalau nak ke mana-mana, pastikan ada peta dijadikan panduan! Pastikan tahu hala tuju. Bukan sekadar “gitu-gitu”, tapi sejelas-jelasnya!"


Memandangkan lokasi rumah pengantin lelaki, Zaki hanya di Seksyen 8, Shah Alam. Maka, saya dengan 'berlagaknya' tidak membawa sebarang peta. Melenggang. Almaklumlah sudah menjangkau tahun ke-6 berada di Shah Alam.

Alhamdulillah, tanpa sebarang masalah, saya dan ‘Atikah berjaya tiba di Seksyen 8. Tapi, disitulah tersebutnya alkisah..



** A: ‘Atikah ** W: Wirdiana ** P: Pakcik

W: Ok, Tikah. Masuk kiri ni. Then kanan. Ok. Kanan lagi. (Begitu senang sekali mencari lokasi.)

A: Alhamdulillah dah sampai. (Dengan yakinnya park kereta depan rumah)

W: Kenapa tak ramai sangat ek? (Terasa pelik)

A: Majlis belah laki memang macam ni kot. Tak ramai sangat. (Masih belum fikir panjang)

W: Mantap ah besar rumah. Segan woo.

A: Haisy! Dah sampai dah pun depan rumah. Jom!

(Kami sama-sama melangkah, tapi sedikit teragak-agak. Segan!)

A: Eh! Mc Naa, biar betul. Takde orang pun. Tanya la dulu, betul ke tak ni.

W: Tu la pasal. Baru susun kuih kot. Dak pukul 230 dah ni. Tak logic belum start majlis.

(Dengan kecuakan, tetap melangkah ke pagar rumah yang diserikan dengan 2 buah khemah kenduri. Semua kerusi dan meja dihias serba putih)

W: Pakcik, ni majlis Zaki & Farrah kan?

P: Owh. Tak. Tak. Kat sini MAJLIS PERTUNANGAN. Yang kenduri kahwin depan sikit lagi.

(Warghhh!! Malu!! Malu!! Malu!! Kami terus berlari ke kereta. Memang gelak sakan ah.)

Hanya beberapa meter di hadapan, selang 5 buah rumah sahaja, ada lagi beberapa khemah dipasang. Hati sudah yakin, inilah MAJLIS PERKAHWINAN ZAKI YUSOF & FARRAH AINA. Alhamdulillah.



Kesimpulannya..
Pastikan tahu alamat, siap dengan nombor rumahnya! Jangan main redah je..

Begitu juga dengan hidup ini, pastikan kita mempunyai hala tuju yang jelas. Kalaulah Syurga itu yang menjadi dambaan, pastikan kita berusaha menujunya berlandaskan jalan yang betul.

Peringatan buat saya yang terleka.. Mungkin juga untuk kita semua..
Kalau nak ke rumah Zaki, silalah bawa kad jemputan perkahwinan.
Kalau ingin ke Syurga, silalah dampingi Al-Quran buat pedoman.

InsyaAllah, tidak mungkin sesat.



Notakaki:
Semasa makan, kebetulan duduk semeja dengan salah seorang pensyarah UiTM. Dari Fakulti Seni Reka (Art & Design). Owh! Ayah si Zaki orang seni rupa-rupanya. Bekas pensyarah di UiTM. Antara yang terkenal di Malaysia. Pernah mempamerkan hasil seni ke pelbagai negara. Kelibat anak seni (pelukis-pelukis) ramai kelihatan di majlis ini. Apabila menjengah masuk ke rumah untuk bersua dengan pasangan pengantin, kagum! Wah! Ini bukan rumahnya, ini galeri milik ayahnya rupa-rupanya. Disitulah terletaknya TAPAK Yusof Ghani.



TAPAK Yusof Ghani
Dunia seni seorang anak seni

14 Mac 2010
sHooTing: PinKy GurLz iN acTioN
@ Gelanggang Futsal, UiTM Puncak Alam



I'm in LURVE..



4 pelajar sekolah rendah mengajar 3 pelajar tadika nyanyi Negaraku..
~I'm the 5th "chumeyllest" in UiTM Rx5..Ekekeke..~



.K.A.M.I.




Jom 'skodeng' A3.. Lalala.. =p



Thinking: What they're doing? Hoh!




Tugu Puncak Alam in action!




16 Mac 2010
@ A2203, Kolej Angsana
Birthday Marhani 26th




Ketua puak meraikan hari kelahiran anak jagaan.. =S




Tetamu kenamaan yang hadir.. Huu..

Ayuh kawan-kawan!! Inilah masanya untuk berbelanja sakan buku-buku ilmiah..

Tak sabar rasanya ingin ke..


Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF) 2010

19-28 Mac 2010

Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur

Time:
Mondays-Thursdays (10.00am - 8.00pm)
Fridays-Sundays (10.00am - 9.00pm)

Dapatkan maklumat lanjut di links berikut..

http://pts.com.my/index.php/pbakl/

http://www.kualalumpurbookfair.com/welcome.html

KLIBF 2010.. Nantikan kedatangan kami.. InsyaAllah.

12 Mac 2010

@ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Putrajaya





Ting Tong!!

0604

It’s my turn!

Tok! Tok! Pintu Bilik Temuduga diketuk. Lantas saya masuk.

“Assalamualaikum”

“Waalaikumussalam. Sila serahkan dokumen. Silakan duduk.”

“Terima kasih”


Sesi temuduga bermula..
(** D:Datuk (Wakil SPA), P:Puan (Wakil KKM), W:Wirdiana**)


D: Nama apa? IC?

W: Wirdiana binti Yusoff. 860502 - # # - # # # # (Sambil batuk-batuk)

D: Ok. Kurang sihat ye? Dah makan ubat? Ubat apa?

W: Aah. Demam. Dah. Makan PCM dengan Clarinase.

D: Clarinase untuk apa? Ada apa dalam tu?

W: Clarinase untuk selesema, nasal congestion, dalam tu ada Loratadine.

D: Erm. Kalau saya dulu makan Piriton je. Bla.. Bla.. Bla.. Duduk Kelantan ye. Adik beradik berapa orang? Aak ke berapa?

W: Aah Kelantan. Adik beradik 3 orang. Saya anak ketiga, bongsu.

D: Atas awak abang ke kakak? Ada yang kerja kerajaan?

W: Yang sulung, kakak. Kedua, abang. Mm. Abang, kakak, abang ipar, kakak ipar, semmuuaaa cikgu.

D: Owh. Tak nak jadi cikgu jugak ke? Jadi cikgu yang mengajar budak besar. (Pensyarah la wei!)

W: Mm. Kurang berminat kot. Dari kecik lagi saya memang berniat nak kerja di hospital. Bla.. Bla.. Bla..

D: Ok. Kenapa ambil farmasi? Minat ke? Kena paksa? Ke kenapa?

W: Saya sememangnya berminat dengan kerja-kerja di hospital. (Poyo jek!) Bla.. Bla.. Bla.. Lagipun peluang pekerjaan tinggi. Bla.. Bla.. Bla..

D: Betul tu. Kalu ambil microbiology, awak belum tentu berada di sini untuk temuduga. (Kemudian Datuk bercerita tentang pengalaman kerjanya di bahagian pentadbiran, pengalaman kerja di hospital, perbezaan dan lain-lain. Sungguh panjang lebar. Macam saya yang sedang interview dia plak! Huhu~)

~ Sesi sembang santai bersama Datuk diteruskan lagi.. Kemudian, sesi bersama wakil KKM bermula..

P: Awak makan PCM berapa biji?

W: Saya makan 1 biji, yang 650mg.

P: Owh. Ok. Maximum dose untuk PCM berapa ye?

W: Kalau yang 500mg, maximum 8 biji sehari. Maksudnya, 4g sehari.

P: Ok. Kalu overdose macam mana nak detect? Nak kena bagi apa?

W: Kalau overdose, kita akan check melalui TDM. Kita akan bagi charcoal untuk recover patient. (Betul la kan charcoal?.) Charcoal ni akan bind dengan PCM structure, then akan di’remove’ dari body. (Hentam sajalah)

P: Berapa level overdose PCM ni?

W: Erm.. (Alamak! Seriously lupa!) Sorry, tak ingat. Hehe. (Sambil sengih!)

P: Saya yang dah berapa belas tahun tinggal pun, ingat lagi tau. (Rasa macam nak tanya je berapa? Takut dia buat-buat tau jek.. Huu~) Selain PCM, apa lagi ubat yang kena monitor guna TDM?

W: Erm.. Antibiotics. Gentamycin. Amikacin. Valproic acid. Benzodiazepine.

P: Kenapa kita kena monitor Gentamycin? Penicilin tak. Padahal Penicilin pun antibiotic jugak.

W: Sebab Gentamycin ni dia narrow therapeutic index. Kalau patient ni ambik sikit pun dah ada high risk untuk toxicity. Bla.. Bla.. Bla.. (Dah blur dah masa ni.)

P: Pernah ada pengalaman clinical attachment untuk TDM sebelum ni? Kat mana?

W: Pernah. Kat Hospital Sungai Buloh. (Confident giler ah jawab!)

P: Awak buat apa kat Hospital Sungai Buloh?

W: (Hah! Hospital Sungai Buloh ke HTAR??) Eh! Eh! Tak. Saya attach di TDM di HTAR. Di Hospital Sungai Buloh saya attach di OPD, IPD, DIS dan store. (Sengih lagi.)

P: Owh. Ok. Masa di TDM, kira manual ke mesin tolong kirakan? (Agak lupa sudah..)

W: Untuk TDM di HTAR, bila dah masukkan sample dan run, kita akan dapat result, pre & post. Then, kira manual pakai calculator.

P: Oo. So, pandai la kira-kira ni? Kalau saya tanya formula untuk pengiraan ingat tak? Berapa pre & post level Gentamycin?

W: Formula. Dah lupa kot. Hehe. Pre & post level Gentamycin? Mm. (Tembak!! Tapi salah, pastu kena gelak. Haha.) Sebab biasanya, lepas kira akan tengok kat table belakang borang. Sebab tu tak hafal. (Alasan!) =p

P: Haa. Kalau hospital tu salah cetak? Hurm. Ok. Kita kerja ni, mestila banyak source of infection kan. Macam mana kita jaga hygiene tu? Macam mana cara basuh tangan dengan betul? Berapa step?

W: Aah. Pakai glove. Bla.. Bla.. Bla.. (Kemudian demo cara basuh tangan.)

P: Sebelum basuh tangan kena buat apa dulu? (Saya dah blur. Bukak paip pun kena cakap ke? Wakaka.)

D: Tu yang kat tangan tu. Yang emas-emas tu.

W: Owh. Ok. Haa. Sebelum basuh tangan tu, buang la dulu jam, cincin etc.

D & P: Wah buang? Memang kaya! (Kena gelak mantap punya ah) Belum kahwin lagi, sebab tu tak tau. Biasanya kat cincin la banyak melekat pape. (Oo.. Patut la tak tau. Huhu.)

P: Ok. Berbalik ke antibiotic. (Hah! Nak tanya TDM lagi ke? Habis la.) Sekarang awak nak bagi antibiotic kat makcik ni. Makcik tua ni. Kaunseling dalam BAHASA KELANTAN.

W: Hah? Bahasa Kelantan. Betul ni? (Macam tak percaya. Macam main-main plak interview ni.)

D: Betul la. Ke tak reti cakap Kelantan? Laki semalam pun kena kaunseling dalam bahasa Kelantan. (Fadhil rupanya)

W: Eh! Saya memang pure Kelantanese. Ok. Mokcik, ni ubat antibiotic, untok deme. Mokcik keno make sapa abih deh. (Sepanjang kaunseling, memang kami bertiga bergelak ketawa jek. Lawak betul.)

P: Make semua terus ko? Perabih skali guh?

W: Eh. Buke. Make 2 butir 3 kali saghi jah. Tapi keno sapa abih la 7 ari nih.

P: Mokcik tokse eh prabih 7 hari. Nok make 5 ari jah.

W: (Degil tol makcik ni. =p) Mokcik, tokleh gitu. Ubat ni nok bunuh kuman.

P: Kuman tu gapo dalam bahasa Klate? Mokcik tok tau.

W: (Haisy!) Kuman tu kume mokcik. Kume ni la masok dale bade, ado jangkite, sebab tu deme. Pah sakit.

P: Oo. (Macam-macam lagi la kena buli dek Datuk dan Puan ni. Memang sakit perut dorang gelakkan. Lalala.)

~ Perbualan sudah hampir ke penghujung..

D: Ok. Ada pape nak tanya?

W: Erm.. Harapaannn… (Sambil senyum penuh makna.. Dalam hati berkata.. Saya nak HUSM!)

D: Hahaha. Saya tau. (Sambil tengok borang) Itu kena tengok dulu lah. KKM belum susun lagi penempatan. Bla.. Bla.. Bla..

W: Owh. Ok. Terima kasih. (Lantas ambik file dan keluar. Merdeka!!)


Alhamdulillah.. Selesai sudah “selangkah ke alam kerjaya”.. Pegawai Farmasi U41.. Semoga dapat HUSM Kubang Kerian. Tak pun, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu. InsyaAllah.

Salam.. Warga UiTM Rx5 yang kusayangi..
Bakal-bakal Pegawai Farmasi U41 sekalian.. =)



Ni antara soalan-soalan TEMUDUGA SPA hari pertama.

Credit to Zalikha Hassan atas perkongsian dan kerajinan untuk compile!


MADRAC (Mas Adverse Drug Reaction Advisory Committee)
Director SPA siapa

Family background
Aspirin MOA n uses
MTAC (Mas Therapy Adherence Clinic)
Kesinambungan MTAC
Unit of use vs unit of dose
Dr want to use new drug, as a pharmacist what is ur advise
Sabah/Sarawak

ACEi vs ARB –what are the differences n eg.
TDM-warfarin level tinggi, why?

Family background
HSB vs HTAR; differences (tempat hospital attachment waktu praktikal)
Dispensing cycle
Waiting time bp lama
Why chose kedah, possible or not p jauh?
Bioequivalent
Aktiviti ko-kurikulum kt U

Why choose pharmacy
Hospital attachment kt mana
Waiting time kt HTAR vs Hosp Selayang
Beza system HTAR & Hosp Selayang
TDM- why perform
AMG-how to monitor
CDR preparation
Spillage cytotoxic
Drug antiHTN- interviewer bg class of drug then ned to give eg of drug from that class
Drug formulary KKM- type A, B,C –who can dispense
Klinik 1 Mas

Insulin
How to reduce medication error
How to reduce waiting time
Sabah/Sarawak

Interviewer bg cth case then tnya akta pa
Drug control authority (DCA)
NPCB

Fx NPCB
Product recall
GMP
Kenapa ambik farmasi
If pt got HTN then have cough, how?

1 Malaysia
Kedudukan pharmacist dlm klinik kesihatan

MTAC
Pt taking generic drug n have s/e, why happened?

National Essential Drug List VS Drug Formulary
Insulin-SA, Intermediate, LA –give eg each

Antibiotic- carbapenem group, cephalosporin : give eg
TDM- AMG- pre n post sampling
TPN- macro nutrient n micronutrient
PCM poisoning- when to take sampling
Waiting time
Reduce medication error

Rationale use of drug
Prob use in antibiotic
Example of resistant mx

How to promote drug in public
Report ADR
How to use inhaler
5R

SPUB-sistem pendispensan unit bersepadu
Dispensing rights

Pharmacoeconomic
MADRAC
If c/I to ACEi give what
Example PO antidiabetic




Nak tau lagi? Sila ke blog MJ.. KLIK DI SINI



Lagi.. lagi.. dan lagi? Sila ke blog 'Atikah.. KLIK DI SINI


Sekian..

LET US DO THE BEST
LET HIM DO THE REST

6 Mac 2010
@ Kompleks Sukan Negara
@ Stadium Panasonic, Sec 21, Shah Alam



National Pharmacy Sports Carnival (NPSC) 2010

2 Emas: Tennis single, Tennis mix
4 Perak: Futsal Lelaki, Futsal Perempuan, Netball, Pingpong mix
3 Gangsa: Takraw, Pingpong single, Badminton single


UiTM Pharmacy..
Juara Keseluruhan dua kali berturut-turut..
NPSC 2009.. NPSC 2010..




Dapat piala besaarrr!! Emas bukan segalanya.. =p



Congrats UiTM Pharmacy!! Cayalah korang!!





pirAn (UIA) vs pirUn (UiTM)
~Tak sangka nama hampir sama.. Huu~




Pesaing terdekat: IIUM Pharmacy.. Kita tetap kawan.. =)

5 Mac 2010
@ Plaza Alam Sentral Megalanes
@ Kenny Rogers



14 lanes di'conquer' oleh 84 UiTM Rx5.. Masyuk!!



Geng Longkang tetap berjaya kalahkan Geng Parit!!





Asyik tersama warna baju ngan Shawn.. Ape daa..




Happy Buzzday Kak Anid!




Setelah 2 pinggan berjaya dibaham.. Burpp!!


30 Jan 2010..

@ Hospital Sungai Buloh..



Ahmad Fakhruddin bin Azri..
Di kala berusia 1 hari..



5 Mac 2010..

@ Jalan Jambu, Meru..



Saya memang suka tidur.. =p



Alaa.. Fakhri malu la nak amik gambar.. ;p




Cikuuuu.. Cakk!! Aaaaaa..


6 Mac 2010..

@ Jalan Jambu, Meru..





Di Majlis "Kenduri" Fakhri..



NPSC 2010..

6 Mac 2010..

Organized by: MSU Pharmacy..



Congrats UiTM!! JUARA KESELURUHAN dua kali berturut-turut!!

~Nantikan laporan rasmi.. Akan terbit.. =)



NPSC 2009..

31 Jan 2009..

Organized by: UiTM Pharmacy..





UiTM JUARA KESELURUHAN.. Congrats!!




Team futsal UiTM Pharmacy yang mantap!!




Cayalah goalkeeper ni.. Dari USM rasanya..




Udah-udahlah tu.. Dah confirm gol! =p





Yeah!! Juara bertahan!!



NPSC 2008..

16 Feb 2008..

Organized by: Nottingham Pharmacy


National Pharmacy Sports Carnival (NPSC) 2008

@ Nottingham Sports Complex




The University of Nottingham Malaysia Campus





Penyokong setia NPSC.. Sakit tekak jerit!





Nottingham memang mesra alam.. =p

~IIUM Pharmacy sedang bergambar di belakang.. Penat berebut tempat!




Proud to be part of UiTM Pharmacy!!


4 Mac 2010..
@ Dewan Kuliah 9, FF ..



Hari ini 4 Mac 2010
Hari penuh bersejarah buat semua

Bagaikan semalam baru bersua
Sama-sama berjuang di UiTM Shah Alam

Kelas di DK H
Test di TEC
Eksperimen di Makmal-makmal
Makan-makan di Cafe 5
Meeting di RGV
Oh! RGV! Rumahku jua..

Pejam celik pejam celik
Kini di UiTM Puncak Alam
Tibalah detik untuk kami
Meraikan kelas-kelas terakhir dalam hidup



Mr Faiz.. Dulu kawan.. Dulu senior.. Sekarang lecturer..
~Macam dengar Faiz bagi speech program SOPHYS~ =p




"Now, we go 1 by 1.. Because we can't go 2 by 2.."
"I'm not joking. I'm serious! Look at my face."
~Apekah la Mr Lee nih.. Huu..~



@ Surau Muslimin.. FF..
Majlis Solat Hajat, Bacaan Yaasin & Tahlil..
Pelajar Tahun Akhir..



Sesi perkongsian ilmu bersama Ustaz Rizal..
~Ustaz Rizal si Pengarah Program.. =)

~Takziah buat rakan sekelas, Siti Amalina Imam (Cik Am)
yang baru kehilangan ayahnya pada pagi tadi.. Innalillah..




Sejurus sebelum ketibaan tetamu..



.K.A.M.I. .S.A.T.U. .K.E.L.U.A.R.G.A. =P


Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Solat Hajat, Bacaan Yaasiin & Tahlil ini.
Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.

Bakal merindui segala kenangan bersama sepanjang di UiTM Shah Alam & UiTM Puncak Alam. *sob3*

Futsal Piala Dekan kali ke-10..
@ The Roof Futsal, Meru..
27 Feb 2010..



PMS: Prof Mansor Selection.. =p




Red Princess & supporters..





Chulalongkorn FC.. 2004-2010.. Selamanya JUARA!!




Apa yang menarik berlaku di sini?

Penonton amat teruja menyaksikan Prof Mansor Selection (UiTM Rx5) bertemu Full Time FC (Staff Fakulti Farmasi) di gelanggang nombor 2.

Sekejap Baha jadi goalkeeper..
Sekejap Nazif ganti jadi goalkeeper..
Alih-alih semua orang main, tinggal goal tanpa keeper!!
Pertama kali dalam hidup tengok orang main futsal tanpa goalkeeper!
Apekah daa..

Walau apa pun, 6-0!! Alhamdulillah.. Cayalah korang!!



Apa yang tersirat..

"Ma, nasik ni nok lagi dok? Lauk ni?" (Ma, nasi ni nak lagi tak?Lauk ni?)

Itulah dialog biasa saya tuturkan selepas menjamu selera di rumah. Pantang ada makanan lebih, pasti saya ingin "kongsi" bersama ayam-ayam jiran di belakang rumah.

Ibu saya sememangnya sudah mengerti apa yang tersirat. Sejurus mendapat kebenaran, tingkap dapur dibuka.

Bunyi tingkap dibuka sudah pun berjaya menarik perhatian beberapa ekor ayam!

"Kurrrrr.. Kurrrr.. Kurrr.." ~sampai sekarang saya tak berjaya memanggil ayam dengan bunyi ini! Hehe..

Makanan ditabur.. Ayam berkerumun..

"Suara" mereka berebutkan makanan sememangnya akan menarik perhatian ayam-ayam lain untuk datang bersama memeriahkan "Pesta Makanan Free".

Saya cukup gembira melihat ayam-ayam itu berebut makanan. Puas hati melihat ayam kenyang.




Belajar dari ayam..

Mari kita umpamakan tingkahlaku ayam ini dengan kita. Bukan ingin menyamakan taraf dengan ayam, tapi sekadar ingin BELAJAR DARI AYAM..

Bunyi tingkap dibuka itu diumpamakan bagai laungan azan dari masjid atau surau berdekatan rumah kita. Apabila azan kedengaran, adakah kita terus berminat untuk terus menuju ke masjid?

Kalau di kampung saya, di kala azan berkumandang, akan kelihatan penduduk kampung mula menuju ke masjid. Sejuk hati bila mana melihatkan rakan-rakan seusia juga menuju ke masjid, bukan sahaja warga emas yang berbasikal tua.

Dalam pada masa yang sama, mereka seolah-olah "mengajak" orang lain untuk berbuat kebaikan. Cara terbaik untuk mengajar dan mengajak adalah melalui teladan dan tingkah laku. Seperti mana juga ayam, sambil makan, "mereka " bising bersuara seolah-olah menghebahkan rezeki ada di situ. Belum sampai 5 minit, dah hampir 20 ekor ayam berkumpul. Mengapa kita tidak boleh menjadi seperti mereka? Boleh bukan? Amar Maa'ruf..

Marilah kita sama-sama berfikir..

Kalau ayam, mereka bebebut-rebut mendapatkan sumber makanan percuma yang ditabur. Kenapa kita, jarang sekali berebut-rebut ke masjid atau majlis ilmu di mana pahala dan ilmu disediakan percuma juga. Tanpa bayaran!

Mengapa? Fikirkanlah.. Muhasabahlah diri..

Sejujurnya, saya begitu gembira melihat ayam-ayam datang berebut makanan.
Kalau kita dengan Allah bagaimana? Sudah pasti Allah menyukai hamba-hambaNya yang datang kepadaNya.

Waalahua'lam..

NORAINI MAMAT
1982 - 2010
(1 Mac 2010)


Petang tadi, sahabat baik yang kini berada di Mesir, Saniha mengkhabarkan satu berita sedih. Saniha telah kehilangan salah seorang kakak yang disayangi, Noraini Mamat. Innalillah. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Masih saya ingat lagi, pada tahun 2001, saya menjadikan projek Kemahiran Hidup arwah sebagai panduan untuk saya menyiapkan kerja kursus Tingkatan 3. Sehinggakan saya menggunakan nama syarikat sama seperti arwah.

"Blissful Enterprise"

Mungkin tiada seorang pun yang masih mengingatinya. Tapi, tak mungkin untuk saya melupakan nama company milik 'kami' ini.

Blissful.. Perfect Happiness..

Semoga arwah Kak Aini bersemadi dengan tenang di alam sana. Al-Fatihah.

Assalamualaikum WBT pengunjung sekalian..

Entry kali ini ditujukan khas buat sahabat-sahabat Bachelor of Pharmacy (Hons), UiTM Puncak Alam. Semoga beroleh manfaat. InsyaAllah.

PASTIKAN ANDA KLIK PADA PERKATAAN YANG DI'BOLD'KAN.. ANDA PASTI MENYESAL ANDAI TIDAK BERBUAT DEMIKIAN. PERCAYALAH!

Mari mulakan pengembaraan.. (",)

Nak soalan-soalan temuduga SPA yang telah dikumpulkan oleh teman-teman seperjuangan dari IIUM Rx5?Sila klik link ke blog ini:

IIUM Rx5 Soalan Temuduga SPA 9 Feb 2010


IIUM Rx5 Tips Temuduga SPA


~Credit to bro Muzani Hasbullah atas usaha beliau..~



Nak tengok soalan & skema jawapan interview SPA? Berkisar tentang 1 Malaysia, boikot & penglibatan sepanjang di universiti.
Pastikan anda membacanya di sini: Salahuddin Harith

Nak lagi soalan power berserta skema jawapan mantap? Berkisar tentang Terengganu, kepimpinan, tembakau & politik!! Seolah-olah temuduga jawatan PTD.. Terkedu kot kalau kena..
Berkunjunglah ke sini pula: Syafiq Yusof


Nak bergelak ketawa tentang adegan-adegan semasa temuduga?
Semoga dijadikan peringatan.
Jangan sesekali ulangi lawak ini!
Sila klik link ke blog beliau: Syahrir Zaini


Nak baca perkongsian semasa temuduga SPA?
Sila ke blog beliau: Azwadi Kamarudin






Jutaan terima kasih dari kami, UiTM Rx5 khas buat IIUM Rx5.. ^_^






Sekalung penghargaan buat teman-teman seperjuangan dari IIUM Pharmacy.

Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.

Related Posts with Thumbnails