Ustaz Pahrol Mohamad Juoi?

Siapa dia ni? Mm..


Mungkin rata-rata sudah mengenali beliau..
Sudah mula menyukai hasil-hasil penulisan beliau..
Sentiasa ternanti-nanti penerbitan hasil karya beliau..
Namun, mungkin juga ada antara kita masih belum mengenali beliau..



Tinta Pendakwah..
Oleh: Pahrol Mohamad Juoi..
6 Feb 2010.. DK B, S&T, UiTM Salam..


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, saya berpeluang mengikuti Bengkel Penulisan: Dan Pena Pun Berbicara yang disampaikan oleh beliau tadi. Bukan sekadar tentang penulisan semata-mata, segalanya dikaitkan dengan dakwah Islamiah. Begitu terkesan di hati.

Beliau sekarang merupakan seorang penulis, penceramah, pendakwah (Kita juga pendakwah! Jangan lupa..) etc. Beliau kini giat menerbitkan buku hasil pengamatan beliau terhadap kehidupan yang dialami, dirasai dan dihayati berlandaskan Islam yang suci.

Terasa begitu kagum dengan bakat yang dikurniakan Allah untuk beliau. (Ex-UiTM ni tau!) >.<

Pahrol Mohamad Juoi..

Percakapan penuh erti..
Penulisan penuh seni..
Terbukti dalam Majalah Solusi..
Juga buku Nota Hati Seorang Lelaki..

InsyaAllah, segala ilmu yang dicurahkan akan dipraktikkan di hari yang mendatang dalam menegakkan agama Islam tercinta.


p/s: Bengkel Penulisan ini adalah anjuran Medical Students Association (MESTA) dan diadakan di Dewan Kuliah B, Kompleks Sains & Teknologi, UiTM Shah Alam. Sayu terkenangkan segala memori indah sepanjang 5 tahun bermastautin di UiTM Shah Alam. *sob3*