Mungkin sudah ada yang lupa akan lirik dikir barat ini..
Mungkin lain kem, lain liriknya.. Lain iramanya..
Mungkin anda kurang faham maksud dikir ini?
Mungkin anda boleh bertanyakan kepada warga Kelantan..
Segalanya mungkin.. =)

Apa yang pasti..
Lirik ini akan membuatkan Alumni PLKN merindui segala kenangan PKN..
Segalanya yang telah dilalui dan diterokai bersama..




Tajuk: Khidmat Negara

Pikir pikir tok sudoh
Dok ingat ko ore rumoh
Sapa tubik air mato daroh
Lagu ni lah sokmo-sokmo

Sapa surat terkejut ambo
Keno gi Khidmat Negaro
Ambo raso mace tok cayo
Keno tinggal keluargo

Sapa hari sapa maso
Naik bah berkumpul belako
Raso suko mulo teraso
Rasa sedih pun ada juga

Duduk seminggu sudoh beso
Duk ikut arahan ketua
Kita keno bekerjasama
Barulah kita akan berjaya

Pagi-pagi bangun dinihari
Bersiap ke PT pagi
Samo-samo pakat nyanyi
Baco ikrar dan doa pagi

Lelah leth tokde nok abih
Keno sambung aktiviti
Kawad 'padang sampai tengahari
Pegi make berlari-lari

Kadang-kadang tengok tayangan
Cerita pasal kenegaraan
Detik-detik peperangan
Rakyat kita sanggup berperang

Keno maroh keno dendo
Begitulah sokmo-sokmo
Tapi ambo raso banggo
Dapat 'khidmat untuk negaro


Lagu & lirik: Warga PKN Sintok yang kreatif.. =)
~Hakcipta terpelihara~


Notakaki:
Baru perasan pernah 'tersalin' lirik ni dulu..
Memori.. Memori..