625 pm


"Cik Na, jom gi Wakaf Che Yeh.. Kak nak beli beras.. Esok dah nak balik Johor.." SMS diterima daripada Teh, sepupu depan rumah..

"Okies.. Boleh aje.. Jom.. Nak bersiap jap.." SMS dibalas..






Pasar Borong Wakaf Che Yeh
MPKB-BRI

645 pm


Tiba di Pasar Borong..
Pusing punya pusing..
Beli beras.. Beli selipar..
Beli nasi kerabu daging bakar..
Beli etak! Slurpp!
Eh! Pauh tok beli lagih.. (Mempelam)




727 pm


Azan Maghrib bakal berkumandang..
Eh! Hampir semua gerai lengang..
Kami menuju ke gerai pauh..




Dialog kami:

Kami: Mokcik, pauh ni jual ghano? Brapo skilo?
Makcik: Tokleh nego dik maso Gorib..
Kami: Owh.. lepah be eh?
Makcik: Tunggu lagi 10 minit ko, lepah maye dulu. Tok pasal2 keno same 5 ghatoh.
Kami: Oo. Ok. Ok.



Terjemahan: =)


Kami: Makcik, mempelam ni jual macam mana? 1 kg berapa ringgit?
Makcik: Tak boleh berniaga dik masa Maghrib..
Kami: Owh.. Lepas azan ek?
Makcik: Tunggu lagi 10 minit, lepas solat. Tak pasal2 kena saman RM500.
Kami: Oo. Ok. Ok.



Mungkinkah RM 500 bakal melayang?

745 pm


Siren kedengaran..
Urusniaga dimulakan kembali..



** Sekadar sedutan semasa kejadian..






Notakaki:
Sedikit terkilan apabila masih ada segelintir kaum penjual muslimin yang melepak-lepak di gerai masing-masing. Alangkah bagusnya kalau masa itu diperuntukkan untuk ke surau, solat Maghrib! Bukankah itu tujuan asal MPKB-BRI melarang urusniaga semasa Maghrib? Kaum wanita ada excuse ok! ABC..