@ Tanjung Biru, N9..
23-24 Feb 2010..


121 out of 160.. Gege gegok!!





Nampak sangat banner tu hasil tangan perempuan..
~Purple!! Pink!!~ ^_^





1st place: Rumah Hijau.. Ponstan!




2nd place: Rumah Ungu.. Warfarin!




3rd place: Rumah Merah.. Vastarel!




4th place: Rumah Kuning.. Piriton!




Main bersama alien berkepala bola! =p




.Tkah.Yanti.Harney.Boot.Ida.Yam.Nani.Ani.Sue.McNaa.




Ke pantai, tapi mandi pool.. Apekah..




Mereka dah lama tak mandi sungai.. Abaikan.. =p





BBQ yang sangat best!! Sangat banyak..
Sampaikan share bersama UIA PJ!! Huu~





Tugasanku sepanjang program.. Aduyai..



Rindu bulan separa penuh ini..
~Mantap ah Epoi amik gambar!~


Credit to our photographers:
Epoi.. Zaem.. Yan.. Etc.. Sesiapa sahaja yang menyumbangkan gambar! TQVM..


Notakaki:
Ayuh ke Futsal Piala Dekan.. Mari sokong Little Red Warrior!!

Takut.. Takut.. Takut.. Tak takut.. Tak takut.. Tak takut..
Cuak.. Cuak.. Cuak.. Tak cuak.. Tak cuak.. Tak cuak..
Sakit.. Sakit.. Sakit.. Tak sakit.. Tak sakit.. Tak sakit..

Takut tak takut.. Cuak tak cuak.. Sakit tak sakit..
SEBAB KAMI PART 8!!!

Esok, 28 Feb 2010..
Bermakna, berakhirlah bulan Februari 2010..
Maka, dengan secara rasminya 1 Mac 2010 menjengah..

Jeng.. Jeng.. Jeng..

Interview SPA sudah terbayang-bayang..

Sejujurnya, debaran sudah mula terasa..

Di sini saya link tips interview yang mungkin boleh dijadikan panduan..

Sila KLIK DI SINI.

~Ini berdasarkan pengalaman temuduga MARA untuk mendapatkan tajaan belajar di luar negara.Tiba-tiba terkenangkan pengalaman sama di Pekan Rabu, Kedah.. =)

Credit to Leokid.. Teman sebumbung ANSARA (Anak Sains MARA a.k.a Persatuan Bekas Pelajar MRSM SeMalaysia)

Notakaki:
Soalan-soalan yang telah dikumpulkan oleh teman-teman seperjuangan dari IIUM Pharmacy Rx5 sudah berada dalam tangan! InsyaAllah, akan dikongsikan secepat mungkin. Sedang mendapatkan keizinan daripada pemilik blog untuk "copy" link.

~Sengaja tunggu 1 Mac 2010.. Baru surprise!! =p
Bagi hari ni pun, saya yakin kawan-kawan semuabusy dengan Futsal Piala Dekan (28 Feb 2010) & Test Pharmacoepidemiology (1 Mac 2010).. Kan? =p


"Aku demam r.." sahabat tanpa nama itu berkata..
"Tu kifarah dosa kot.." aku sekadar bermonolog..

sahabat tanpa nama
dulu, kau kukenali penuh nilai islamik
dulu, bekas pelajar sekolah agama terkenal
dulu, segalanya terjaga segalanya terpelihara
tapi kini, segalanya tinggal kenangan

sahabat tanpa nama
dulu, pergaulanmu masih ada batasnya
tapi kini, tembok itu sudah terlerai

sahabat tanpa nama
dulu, terpandang wanita, kau tundukkan mata
tapi kini, matamu melilau-lilau mencari si dia

sahabat tanpa nama
dulu, duduk berdekatan dengan wanita satu kesalahan
tapi kini, kau berpegangan tangan tanpa segan

sahabat tanpa nama
dulu, belajar hanya bersama kaum lelaki
tapi kini, kaum wanita menjadi teman di sisi

sahabat tanpa nama
dulu, kau benci melihat lelaki perempuan berduaan
tapi kini, itulah yang kau amalkan

sahabat tanpa nama
dulu, kufikir kau mampu mengubah si dia
tapi kini, kau pula terikut cara hidupnya

sahabat tanpa nama
dulu, kau sabar mendidik hati
tapi kini, kau senang mengikut kata hati

~sungguh aku kesal denganmu sahabat tanpa nama!

mungkin imanmu sedang diuji sahabatku
semoga beroleh hidayah Allah sahabatku
kudoakan yang terbaik untukmu sahabatku
kerana kau seorang lelaki yang bergelar sahabatku!

Notakaki:
Sekadar luahan hati terhadap seorang sahabat yang kini sedang diuji imannya..

@ Kedah & Pulau Pinang..
15 Februari 2010..


Sekalung penghargaan buat yang terlibat dalam ekspedisi penjelajahan kali ini..

Syazwan Morat (Shawn).. Yusri Yusoff (Yut) .. Faiz Hadi (Pait)..
Zalikha Hassan (Ika).. Aizamin Anuar (Min).. Azila Laila (Zila)..
Fia Iskandar (Fi).. Fairenna Fairuz (Nina)..
Syazana Hashim (Syaza).. Fatimah Fadzil (Fatimah)..

Terima kasih buat kalian yang menceriakan warna-warna kehidupan..





Di Rumah Zalikha Hassan (Ika).. @ Alor Setar, Kedah..





Di Rumah Syazwan Morat (Shawn).. @ Alor Setar, Kedah..




@ Menara Alor Setar..
~Macam naik Twin Tower S&T, UiTM Shah Alam kot.. =p





Di Rumah Fatimah Fadzil (Fatimah).. @ Bertam, Pulau Pinang..






Di Rumah Yusri Yusoff (Yut).. @ Juru, Pulau Pinang..





Di Rumah Faiz Hadi.. @ Bagan Ajam, Pulau Pinang..



Tujuan utama bermusafir ke Kedah adalah untuk menghadiri Majlis Pertunangan seorang sahabat.. Berpegang pada prinsip:


"Rahsiakanlah pertunangan
dan
hebahkanlah perkahwinan.."
(hadis riwayat Ahmad daripada Abdullah bin Zubair r.a.,
disahihkan oleh Al-Albani dlm irwa' Al-Ghalil)


Maka, ini sahaja yang dapat dikongsikan buat tatapan bersama.. Mohon maaf..



Bersama hantaran daripada pihak perempuan..

~ Terima kasih kepada pihak tuan rumah atas segalanya..

Atas tajaan makanan sepanjang di Baling.. =)

..Kolam Air Panas Ulu Legong best!..


Notakaki:
Kepada sahabat-sahabat yang mengadakan majlis di Kelantan, di rumah saya terdapat 11 dulang hantaran (par) berserta alas.. Teman-teman rapat, FOC.. InsyaAllah.. Tak rapat pun FOC gak kot! =p


23 Feb 2010..
Perjalanan bakal dimulakan..
34 kereta konvoi penuh keceriaan..

Kuning.. Piriton.. ~Go! Go! Go!~
Merah.. Vastarel..
Hijau.. Ponstan..
Ungu.. Warfarin..

Hadiah utama menjadi taruhan..
Dalam mencipta sejarah buat kenangan..


24 Feb 2010..
Kepulangan ke UiTM Puncak Alam..
Semoga segalanya selamat..
InsyaAllah..


Tanjung Biru..
Here we go!!

@ Pengkalan Chepa,
Kelantan..
18 Februari 2010..




Majlis Perkahwinan..Beyya & Bekir..
~ Erma.. Mc Naa.. Kak Pah.. ~



Bekir Dervish & Siti Nabilah Mohd Zen



Akad Nikah.. Ijab Kabul..



Itu dipanggil pulut ye Bekir..




Sempat lagi gossip! Huu~



Majlis Persandingan.. Beyya (a.k.a Che Bill) & Bekir



Tak terduga.. Jumpa ex-schoolmate (Maherians)..
Zamir (berdiri kiri) & Azyyati (bertudung pink)




Terasa bagaikan ke kenduri Mr Osama Helweh! =)
(Mr Osama Helweh : Lecturer, UiTM Pharmacy)

625 pm


"Cik Na, jom gi Wakaf Che Yeh.. Kak nak beli beras.. Esok dah nak balik Johor.." SMS diterima daripada Teh, sepupu depan rumah..

"Okies.. Boleh aje.. Jom.. Nak bersiap jap.." SMS dibalas..






Pasar Borong Wakaf Che Yeh
MPKB-BRI

645 pm


Tiba di Pasar Borong..
Pusing punya pusing..
Beli beras.. Beli selipar..
Beli nasi kerabu daging bakar..
Beli etak! Slurpp!
Eh! Pauh tok beli lagih.. (Mempelam)




727 pm


Azan Maghrib bakal berkumandang..
Eh! Hampir semua gerai lengang..
Kami menuju ke gerai pauh..




Dialog kami:

Kami: Mokcik, pauh ni jual ghano? Brapo skilo?
Makcik: Tokleh nego dik maso Gorib..
Kami: Owh.. lepah be eh?
Makcik: Tunggu lagi 10 minit ko, lepah maye dulu. Tok pasal2 keno same 5 ghatoh.
Kami: Oo. Ok. Ok.



Terjemahan: =)


Kami: Makcik, mempelam ni jual macam mana? 1 kg berapa ringgit?
Makcik: Tak boleh berniaga dik masa Maghrib..
Kami: Owh.. Lepas azan ek?
Makcik: Tunggu lagi 10 minit, lepas solat. Tak pasal2 kena saman RM500.
Kami: Oo. Ok. Ok.



Mungkinkah RM 500 bakal melayang?

745 pm


Siren kedengaran..
Urusniaga dimulakan kembali..



** Sekadar sedutan semasa kejadian..






Notakaki:
Sedikit terkilan apabila masih ada segelintir kaum penjual muslimin yang melepak-lepak di gerai masing-masing. Alangkah bagusnya kalau masa itu diperuntukkan untuk ke surau, solat Maghrib! Bukankah itu tujuan asal MPKB-BRI melarang urusniaga semasa Maghrib? Kaum wanita ada excuse ok! ABC..

Mungkin sudah ada yang lupa akan lirik dikir barat ini..
Mungkin lain kem, lain liriknya.. Lain iramanya..
Mungkin anda kurang faham maksud dikir ini?
Mungkin anda boleh bertanyakan kepada warga Kelantan..
Segalanya mungkin.. =)

Apa yang pasti..
Lirik ini akan membuatkan Alumni PLKN merindui segala kenangan PKN..
Segalanya yang telah dilalui dan diterokai bersama..




Tajuk: Khidmat Negara

Pikir pikir tok sudoh
Dok ingat ko ore rumoh
Sapa tubik air mato daroh
Lagu ni lah sokmo-sokmo

Sapa surat terkejut ambo
Keno gi Khidmat Negaro
Ambo raso mace tok cayo
Keno tinggal keluargo

Sapa hari sapa maso
Naik bah berkumpul belako
Raso suko mulo teraso
Rasa sedih pun ada juga

Duduk seminggu sudoh beso
Duk ikut arahan ketua
Kita keno bekerjasama
Barulah kita akan berjaya

Pagi-pagi bangun dinihari
Bersiap ke PT pagi
Samo-samo pakat nyanyi
Baco ikrar dan doa pagi

Lelah leth tokde nok abih
Keno sambung aktiviti
Kawad 'padang sampai tengahari
Pegi make berlari-lari

Kadang-kadang tengok tayangan
Cerita pasal kenegaraan
Detik-detik peperangan
Rakyat kita sanggup berperang

Keno maroh keno dendo
Begitulah sokmo-sokmo
Tapi ambo raso banggo
Dapat 'khidmat untuk negaro


Lagu & lirik: Warga PKN Sintok yang kreatif.. =)
~Hakcipta terpelihara~


Notakaki:
Baru perasan pernah 'tersalin' lirik ni dulu..
Memori.. Memori..

@ PLKN Kem Sintok,
Universiti Utara Malaysia (UUM)..
Siri 1.. Kumpulan 1..

16 Feb - 2 Mei 2004..



Warga Khemah H1.. Rindu serindu rindunya..
.Haskin.Wirdiana.Hazwani.Aznira.??.Masliana.Lieya.Noor.Asyikin.Ida.



Berpakaian posmen!
~Tak suka kasut hitam bertumit itu!~





Miss you all..
~Siti.. Liza.. Zam.. Amin.. Botak..~






My Best Friend Forever..
~Wirdiana & Masliana~





With Ayah Talib..
Alhamdulillah sampai sekarang hubungan silaturrahim masih terjalin..



Notakaki:
Pelbagai kenangan sepanjang di PKN akan dinukilkan pada masa akan datang..
Penuh nostalgia.. Lawak.. Sedih.. Gembira.. Bahagia..

12 Februari 2010..
@ UiTM Puncak Alam..

Majlis Perasmian
UiTM Kampus Puncak Alam Fasa 1
Oleh: PM Dato' Sri Najib Tun Abd Razak



Bangga jadi perintis..
~9 Jun 2003: Majlis Perasmian MRSM Kuala Krai, Kelantan..
~12 Februari 2010: Majlis Perasmian UiTM Puncak Alam, Selangor..




Mantap ah Faiz Tiong!! Bangga jadi ur classmate!!




Proud to be 1st Gen of UiTM Puncak Alam..





In progress.. Bandaraya UiTM Puncak Alam..





Ucapan daripada PM Dato' Sri Najib..
"Jadi Tan Sri dan Datuk-Datuk sekalian, jangan hanya tambah kereta, rumah dan anak sahaja.. tolong tambah dana untuk bantu pelajar miskin di UiTM" ~Antara yang diucapkan beliau.. Huu~





Segalanya di Fakulti Farmasi.. Hidup FF!!




Negaraku.. UiTM Dihatiku..





Zoom! Zoom!





My Classmate.. Baha & Fikri.. Cayalah!




Diketuai oleh Faiz Tiong!!





Menunggu dengan penuh kesabaran..





4 pelajar bertuah.. Huu~
Ucapan dimulakan.. Dengkuran di DK 4 kedengaran..
Makanan dihidangkan.. Kami paling di hadapan..



Bersama warga pensyarah Fakulti Farmasi yang ayu-ayu belaka.. *wink2*


Notakaki:
Harap maaf, berita dah basi.. Laporan tergendala seketika.. Penulis blog 'beraya' di Kedah dah Penang..
** Credit to Zaem (MZMN Photography) & semua 'press' yang menyumbangkan gambar.. TQ so much!!

Related Posts with Thumbnails