Semenjak semalam, kepala asyik berdenyut-denyut, lebih tepat lagi, sakit kepala. Pelbagai tugasan tergendala.

Mungkin akibat berlama-lamaan di bawah terik mentari. Seharian menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan di Taman Pertanian Cahaya Seri Alam, Bukit Cerakah.

Itulah yang tersurat.

Selepas diperhalusi, secara tersiratnya, mungkin ia penghapus dosa yang kian menggunung saban hari. Astaghfirullah.

Allah rindukan rintihanmu berpanjangan. Itulah kesimpulan yang paling tepat.



Ubat paling mujarab:

~Perbanyakkan dahi mencecah sejadah..

~Perbanyakkan mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran..

InsyaAllah, segala urusan dipermudahkan Allah.