Assalamualaikum.. Salam perjuangan buat kalian..

Sukacitanya dimaklumkan bahawa "Album Single Pertama" saya akan mula berada di pasaran pada 27 Januari 2010.




Limited Edition.. Wajib beli!



Album ini dengan bangganya diberi tajuk: "Retrospective Study of Annual Consumption of Antihyperglycaemic Agents in Outpatient Pharmacy Department, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang."

Penerbit: Wirdiana Yusoff
Penerbit Eksekutif: Azilea Ghazalli
Pengarah: Dr Nahlah Elkudssiah Ismail
Penyelaras projek: 'Atikah Zahir
Pengurus produksi: Hawa Samsudin




Designer: Mutiara Digital, Section 2, Shah Alam


SEJARAH ALBUM

Pembikinan album ini dimulakan langkah pertama pada Januari 2009 di kala semester 6 baru menjengah. Setelah proposal pembikinan album diluluskan oleh Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), langkah seterusnya diorak.

Setelah berurusan dengan Clinical Research Center (CRC), Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Store Pharmacy Department, HTAR, segalanya bermula.

Tatkala semester 7 mula menunjukkan wajah, bermulalah suka duka perjalanan kehidupan sebagai pembikin album.

Mandi tak basah.. Tidur tak lena.. Makan tak lalu..

Stress dihatiku.. Depress dijantungku..


Begitulah perumpamaan yang mampu menggambarkan betapa kacaunya jiwa dari Jun-Oktober 2009. Dengan izin Allah, input yang ingin dimuatkan dalam album dapat disiapkan pada November 2009.

Dan akhirnya, semester 8 menjelma. Pembikinan album sudah sampai ke peringkat akhir. Hari ini dalam sejarah, percetakan kulit album dijalankan.

Alhamdulillah terlangsai sudah segalanya. Terima kasih Allah. Semoga usaha diberkati.


f/n: Buat-buat lupa sementara akan permintaan "pengarah" (supervisor) supaya menyambung perjuangan lantas memantapkan lagi album ini untuk dimajukan ke conference. Baiklah Dr Nahlah Elkudssiah Ismail, akan kulaksanakan secepat mungkin. Semoga segala urusan dipermudahkan Allah. InsyaAllah.