Banyak peristiwa yang berlaku di sekeliling kita saban hari.


Ada yang kecil, ada yang besar.


Namun, sejauh mana kita memanfaatkan peristiwa itu bagi mempelajari sesuatu mengenai kehidupan. Sejauh mana kita menggunakan pengalaman orang lain itu sebagai sempadan. Sejauh mana kita mempelajari hikmah di sebalik semua peristiwa di sebalik semua peristiwa di sekeliling yang ditunjukkan Tuhan.


Buku: Mencari Makna Hidup
Penulis: Parlindungan Marpaung
Harga: RM 16.50
Mukasurat: 246 halaman
Terbitan: PTS (www.pts.com.my)


Mencari Makna Hidup adalah kompilasi kisah-kisah mengenai kehidupan. Ia memberi ruang bagi kita mempelajari makna kehidupan daripada pengalaman orang lain. Walaupun pengalaman itu dilalui oelh sehina-hina manusia hingga sehebat-hebat maharaja, semuanya mampu memberikan pelajaran dan hikmah berharha bagi kita semua. Lebih penting lagi bagaimana kita dapat memanfaatkan hikmah itu untuk diterjemahkan kepada pelan tindakan dalam mendepani masa hadapan.


Mari kita singkap hikmah di sebalik kisah-kisah inspirasi yang menggugah ini sebagai landasan menikmati kehidupan yang lebih bermakna dan bahagia.


Dipetik dari: Buku Mencari Makna Hidup.

Assalamualaikum.. Salam perjuangan buat kalian..

Sukacitanya dimaklumkan bahawa "Album Single Pertama" saya akan mula berada di pasaran pada 27 Januari 2010.




Limited Edition.. Wajib beli!



Album ini dengan bangganya diberi tajuk: "Retrospective Study of Annual Consumption of Antihyperglycaemic Agents in Outpatient Pharmacy Department, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang."

Penerbit: Wirdiana Yusoff
Penerbit Eksekutif: Azilea Ghazalli
Pengarah: Dr Nahlah Elkudssiah Ismail
Penyelaras projek: 'Atikah Zahir
Pengurus produksi: Hawa Samsudin




Designer: Mutiara Digital, Section 2, Shah Alam


SEJARAH ALBUM

Pembikinan album ini dimulakan langkah pertama pada Januari 2009 di kala semester 6 baru menjengah. Setelah proposal pembikinan album diluluskan oleh Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), langkah seterusnya diorak.

Setelah berurusan dengan Clinical Research Center (CRC), Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Store Pharmacy Department, HTAR, segalanya bermula.

Tatkala semester 7 mula menunjukkan wajah, bermulalah suka duka perjalanan kehidupan sebagai pembikin album.

Mandi tak basah.. Tidur tak lena.. Makan tak lalu..

Stress dihatiku.. Depress dijantungku..


Begitulah perumpamaan yang mampu menggambarkan betapa kacaunya jiwa dari Jun-Oktober 2009. Dengan izin Allah, input yang ingin dimuatkan dalam album dapat disiapkan pada November 2009.

Dan akhirnya, semester 8 menjelma. Pembikinan album sudah sampai ke peringkat akhir. Hari ini dalam sejarah, percetakan kulit album dijalankan.

Alhamdulillah terlangsai sudah segalanya. Terima kasih Allah. Semoga usaha diberkati.


f/n: Buat-buat lupa sementara akan permintaan "pengarah" (supervisor) supaya menyambung perjuangan lantas memantapkan lagi album ini untuk dimajukan ke conference. Baiklah Dr Nahlah Elkudssiah Ismail, akan kulaksanakan secepat mungkin. Semoga segala urusan dipermudahkan Allah. InsyaAllah.

Assalamualaikum pengunjung yang dirahmati Allah sekalian..

Saya baru sahaja membaca artikel tentang Rahsia Tarian Poco-Poco di iluvislam.com. Saya begitu tertarik dengan maklumat yang disampaikan memandangkan saya juga pernah beberapa kali menyertai tarian ini semasa di kursus-kursus. Tarian ini merupakan salah satu aktiviti yang biasa dilakukan ketika menjalani sebarang kursus.

Dengan terbacanya artikel ini, InsyaAllah saya tidak akan menyertainya lagi. Begitu juga dengan anda, InsyaAllah.

Selamat membaca..

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dengan izinNya. Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yang beragama Islam terutama ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yang beragama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.

Mungkin kita tidak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yang baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. Cuma tarian poco-poco ini belum difatwakan haram lagi.

Marilah kita sama-sama fikirkan.

Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan daripada kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak menarikan lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini, asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini, agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan keasyikkan menarikan tarian ini.


Semoga beroleh manfaat. Wassalam.



15 Januari 2010




.K.A.M.I.





1..2..3.. Terjun!!





Di kala pintu masuk masih belum dibuka.. *datang awal sangat*





Terkenangkan zaman kanak-kanak.. Berkubang ala-ala kerbau.. =)





Sejurus sebelum "kembali" ke Beijing.. Aha!



@ Bukit Cerakah..

Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam..
Bukit Cerakah..
Shah Alam..
Selangor..
15012010..



Credit to Yan!




Somewhere in.. Korea? Oh no!! ^_^





Dari kiri, nombor!! 1..2..3........19!!




Yam halau "kawan2" ekh? Huu~





Rindu sawah padi di kampung.. Mm..





Kepenatan.. Esp Fia! =p





Salji di tengahari.. *balik2 terus sakit kepala!*

Sekali pena terlepas dari genggaman..

Ucapan 'Oppss!' mendahului YA ALLAH..

Bila perut kenyang..
'Kenyangnya..' mengatasi ALHAMDULILLAH..

Bila terpegun dengan keindahan alam..
SUBHANALLAH ditutup oleh 'cantiknya'..

Bila dikunjungi berita malang..
'Kasihannya' terucap kerana kita lupa pada INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJIUUN..


Kadangkala kita lupa kerana kita terbiasa..



Tapi ingatlah agar bila Izrail mendekati kita..

Biarlah ucapan LAILAHAILLALLAH menjadi juara mengatasi segala kata-kata..

Kaki kiriku kaku..

Ujian Allah bertamu lagi..

Semalam..
Seperti minggu yang sudah..
Bersama teman-teman sekelas..
Menuju ke gelanggang..

Buat pertama kali dalam hidup..
Kecederaan dek bermain bola jaring..
Sakit!!


Kaki kiri terseliuh..
Lutut kanan luka..

Innalillah..

Baru mengerti perasaan warga OKU..
Berjalan bagaikan "Si Capik TV3"..

Ke kelas menumpang kereta kawan..
Tidak mampu menekan "clutch" Si Katak Hijau..
Dugaan.. Dugaan..

*sob3*

Semenjak semalam, kepala asyik berdenyut-denyut, lebih tepat lagi, sakit kepala. Pelbagai tugasan tergendala.

Mungkin akibat berlama-lamaan di bawah terik mentari. Seharian menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan di Taman Pertanian Cahaya Seri Alam, Bukit Cerakah.

Itulah yang tersurat.

Selepas diperhalusi, secara tersiratnya, mungkin ia penghapus dosa yang kian menggunung saban hari. Astaghfirullah.

Allah rindukan rintihanmu berpanjangan. Itulah kesimpulan yang paling tepat.



Ubat paling mujarab:

~Perbanyakkan dahi mencecah sejadah..

~Perbanyakkan mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran..

InsyaAllah, segala urusan dipermudahkan Allah.



Tidak terungkap dengan kata-kata..





Friendship Forever..

Fast Track PH 110 Intake 2004..



Kegirangan..






Air terjun yang mengasyikkan.. ^_^






Pengapit bersampin sesat di hutan.. Wee~







Urutan semulajadi yang begitu mendamaikan hati..



Memandangkan masih ramai lagi sahabat-sahabat yang masih belum mengetahui tentang perkara ini, maka saya tergerak hati untuk menyumbangkan sedikit maklumat tentang Naib Canselor baru kita. Teruskan membaca..


Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar , Naib Canselor UiTM terbaru ..


PUTRAJAYA: Pengarah Pejabat Pengurusan Program, Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar telah dilantik sebagai naib canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baru berkuatkuasa hari ini (1 Januari 2010).

Pelantikan beliau adalah untuk tempoh dua tahun. Surat pelantikan beliau telahpun ditandatangani oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


Prof Dr Sahol akan mengantikan Tan Sri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah yang telah berkhidmat sebagai naib canselor sejak 1 Januari 2001.


Pelantikan Prof Dr Sahol juga boleh diibaratkan sebagai sirih pulang ke gagang memandangkan beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun di universiti itu dalam pelbagai kapasiti antaranya ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Dekan dan Ketua Kampus UiTM Pulau Pinang.


Jawatan terakhir beliau di UiTM ialah sebagai timbalan naib canselor (akademik) sebelum dipinjamkan ke Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada tahun 2008.


Malah Prof Dr Sahol merupakan anak kelahiran UiTM sendiri. Beliau adalah graduan kejuruteraan awam UiTM, menyertai universiti itu pada tahun 1971 sehinggalah tamat pengajian diploma lanjutan kejuruteraan awam pada tahun 1976.


Beliau terus kekal di UiTM sebagai tenaga pengajar di Sekolah/Fakulti Kejuruteraan.


Pada tahun 1980, Prof Dr Sahol berjaya memperolehi dua ijazah sarjana sains serentak - satu dalam bidang kejuruteraan awam dan satu lagi dalam bidang ekonomi daripada Colorado State University, Amerika Syarikat.


Dan pada tahun 1992, beliau memperolehi ijazah sarjana kedoktoran dalam kejuruteraan awam daripada University of Sussex, United Kingdom.


Dengan kelayakannya itu, beliau telah diterima sebagai seorang jurutera profesional oleh Lembaga Jurutera Malaysia.


Beliau juga diterima sebagai Fellow di Institution of Engineers, Malaysia (1999) dan Fellow di Academy of Science, Malaysia (2003).

Sama tapi tak serupa..
@ Bukit Tinggi, Pahang..




Angkat kaki kiri!! Yeay!




Jangan jatuh sudey..





Arnab kita sama ek Zarif? Huu~






Tanpa disengajakan, segalanya sama.. >.<






Hanya waktu yang membezakan..

@ Rabbit Farm..


Kembali ke kampung halaman..



Arnab yang sangat3 ramai.. Sangat3 jinak.. Sangat3 gebu..



Mr Rabbit.. Best!



Bersama Mr Mbekk!





Elelele.. Geli.. Geli.. Geli..





Bagi kambing makan.. Ketakutan.. Kecuakan..





Misi memisahkan anak dan ibu.. Ish3!






Kambing pemalu.. Xmo tunjuk muka.. =S







Keldai suka bergambar.. Macam kami! Huu~


Keindahan alam semulajadi..



Flora.. Fauna..



Subhanallah..



Azalea..
* My roomate: Azilea.. =)



Dalam periuk kera..





Tapak semaian..





Ikan makan ikan (keropok kami!).. Huu~





Orang bandar jumpa ulat bulu.. Ish3!




Letih weh jale.. Breti meta.. =p

Related Posts with Thumbnails