19 December 2010.. Ahad.. 1.08 am..
Sekarang saya sedang on call di Farmasi Satelit 7, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, Terengganu. Bersama Pegawai Farmasi U44, Puan Hasniza a.k.a Kak Za. Heh~ ^___^ Farmasi Satelit 7 adalah satu-satunya farmasi yang beroperasi 24jam. Pada waktu malam, satu hospital akan mendapatkan bekalan ubat di sini. Erm.

Petang tadi mengisi perut di rumah Fazie, PRP dari HRPZ II. Sempena kepulangan mak dan ayah Fazie dari menunaikan haji. Semoga ibadah kalian diterima Allah. InsyaAllah. Balik dah agak lambat, agak kelam kabut untuk belajar tidur! Saya perlukan rehat yang cukup untuk berjaga sepanjang malam sehingga ke pagi. Tapi, tidur lah sebanyak mana pun, pasti akan menguap sampai berair mata di kala jarum jam dah menginjak ke angka 4!!

Setibanya di Farmasi Satelit 7.. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur!! PPF yang bertugas sehingga jam 10.00 malam ialah Kak Ha a.k.a Puan Zaleha!! Yeay!! Happy!! Hehe.. Semua yang saya confuse saya tanya dia. Semua masalah refer kat Kak Ha. Berat je hati nak lepaskan Kak Ha balik rumah. Waaa~ Apa yang menarik, semua kerja labelling, filling and calling ward sudah disiapkan sebelum Kak Ha balik. TQVM Kak Ha!! Tak seperti pengalaman on call saya sebelum ni, selepas PPF balik, kami bertungkus lumus menyiapkan segala keperluan ubat-ubat untuk ward. Huk~

Berbalik kepada tajuk entry!

Seperti biasa, call doctor untuk betulkan dose perkara biasa. Erk! 

 Scene 1:

T. Voltaren 50mg PRN (Diclofenac Sodium)
C. Cloxacillin 500mg QID

Memandangkan stok Voltaren habis, so saya kena call doctor, confirmkan nak tukar ubat apa.

Me: Hello. Assalamualaikum. Saya dari farmasi. Boleh saya bercakap dengan Dr Izz?
Dr Izz: Hello. Waalaikumussalam. Ye dik. Kenapa?
Me: Dr. Farmasi dah habis Voltaren. So nak bagi apa ye?
Dr Izz: Erm. Nak bagi apa ye dik? Bagi Ponstan la dik.


Scene 2:

Doctor dah mengantuk kot ni. =p
Slip ubat dia tulis:

T. Ponstan 500mg TDS (Mefenamic Acid)
CMC eye drop for LA (CMC : Chloramphenicol)

Hah! Eye drop for local application? Adush! Kalau for LA, CMC Ointment, bukan CMC eye drop. Doktor ni nak CMC eye drop ke CMC eye ointment? Once again, call~

Me: Hello. Assalamualaikum. Saya dari farmasi. Boleh saya bercakap dengan Dr Nur?
Dr Nur: Hello. Waalaikumussalam. Ye kenapa?
Me: Dr. Untuk patient Muhammad ni, CMC eye drop ke ointment ek?
Dr Nur: Kejap ye dik. Bla. Bla. Bla. Ok. CMC eye drop II/II QID. Ok dik.

"adik"?? Ayark!!
Ni baru 2 kali call. Ada lagi beberapa orang doktor yang saya call, panggilannya sama!!
Aduyai.. Lawak betul!


Notahati:
Saya kelaparan sekarang. Ubat-ubat je penuh depan mata. Takde makanan. Si budak kecik Amir Fauzan datang tangan kosong. Haih~ Abaikan.

Assalamualaikum..

Alang-alang ada masa untuk menconteng di blog ni, saya tergerak hati untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman sepanjang berada di 4th rotation yakni di Out Patient Pharmacy Department (OPD) a.k.a Jabatan Pesakit Luar (JPL).

Hari ini, 10 Muharram, merangkap hari ke-5 saya bertugas di OPD. Juga merupakan hari pertama saya extended hour (bekerja selepas waktu pejabat) di OPD. Sebenarnya, secara tiba-tiba saya 'terpaksa' menggantikan Raj (Rajeswaran rasanya nama dia.. Huu.. Rakan sejawatan PRP.). Maka hari ini secara tidak langsung saya terasa sedikit 'workaholic'. Heh~ Masakan tidak, saya bekerja 8.30am-4.00pm, kemudian balik rumah beberapa minit, terus berkejaran ke hospital. Terus menyambung 'ibadah' dari 5.00pm-9.30pm. Yakni SEKARANG! Heh~ (Best je online, patient belum ramai menyerang.) Saksikanlah lepas Maghrib nanti. Haaaaa~

So far, macam-macam kerenah patient yang saya jumpa. Ada yang baik, sopan, peramah, tapi ada juga yang kerek! Haih! Tapi, ada beberapa scene yang tak dapat saya lupakan. Pengalaman berharga.

Scene 1: BUTA MATA, CELIK HATI
Saya sedang menjaga kaunter tempat pembahagian ubat. Tempat yang tekan-tekan nombor, kemudian patient datang, sahkan angka giliran & nama, then dispense ubat. Tiba-tiba..
"Diana, patient ni OKU. Panggil nama." En Rizal pesan. Saya tidak dapat fikir, "OKU" dari segi apa. Tiba 1 nombor, saya tekan punya tekan, tiada respon. Ops! Baru saya perasan, no 816 (nombor khas). Kemudian, saya jerit nama pesakit. Pakcik tu datang sambil tangan di awang-awangan. Owh! Pesakit saya yang satu ni BUTA MATA (InsyaAllah celik hati.). Sememangnya ia satu pengalaman berharga untuk saya. Bayangkan bagaimana saya ingin memberitahu ubat ini untuk apa, ubat itu untuk apa. Sekadar sedutan drama sebabak..

Ranitidine 150mg BD
"Pakcik, ni ubat gastrik. Untuk sakit perut. Ubat ni dalam plastik ni ye. Bulat-bulat. Pakcik makan 1 biji, 2 kali sehari, selepas makan.

Loratadine 10mg OD
"Yang ni ubat selesema. Makan 1 biji, sekali sehari, selepas makan. Ubat dia bujur ye pakcik."

Magnesium Trisilicate Mixture 15ml TDS
"Yang ubat air ni, ubat angin. Pakcik tuang dalam penutup ni, 1 penutup. Minum ubat nisebelum makan. (Sambil tangan pakcik tu meraba-raba untuk cam rupa bentuk penutup botol yang dimaksudkan).


Scene 2: BISU & PEKAK

Saya sememangnya sedikit malas untuk kaunseling devices. Heh~ Tapi, kalau dah tiba turn patient yang memerlukan kaunseling, saya dengan rela hati berkongsi. Itu tanggungjawab saya ok! Nak dijadikan cerita, sedang saya menjaga Kaunter 1, datang seorang patient untuk mendapatkan MDI (alat sedut untuk pesakit asma/lelah). Saya bertanya sedikit sebanyak, sekadar ingin berbasa basi. Tapi tiada respon! Dia diam membisu, sekadar memandang. Baru saya tersedar, pesakit saya kali ini BISU. Erk! Betapa mencabarnya nak bagi kaunseling kepada pesakit yang BISU & PEKAK. Erm..

Baiklah, setakat itu sahaja ye perkongsian untuk kali ini. Jam dah pun nak menghampiri 8.00 malam. Patient bakal ramai sebentar lagi. Huu~

Notahati: Terima kasih banyak2 buat teman sekerja malam ni. Cik Rabiatul Adawiyah a.k.a Kak Ada. Sebab banyak membantu malam ni. Juga sebab tolong belikan KFC. Heh. Say bubye to oversecretion of gastric acid! ^___^


14 Dec 2010 (Selasa)

Sekarang saya berada dalam 4th rotation di Out Patient Pharmacy Department (OPD) a.k.a Jabatan Pesakit Luar (JPL). Senang cerita, di farmasi tempat orang biasa dapatkan ubat selepas jumpa doktor. Titik.

Pagi semalam, tengah excited bekerja, (excited ok! saya tak tipu.. saya suka OPD!! department yang diidam-idamkaj.. Heh~) tiba2 ada phone call. Syafiq Yusof ajak teman dia join Home Visit. Home Visit ni macam ward round dalam ward, tapi dilaksanakan dari rumah ke rumah. Bertambah-tambahlah excited bekerja! Heh~ Tapi, bila Syafiq kata ada doktor pakar (specialist), occupational therapist, nurses etc, terus gelabah. Ayark!!

Fikir positive ok! Bila lagi nak timba ilmu dan pengalaman kan? Semua pesakit adalah pesakit stroke.

Amlodipine.. Lovastatin.. Aspirin.. Metoprolol.. Atenolol.. Bla.. Bla.. Bla..

Rumah pesakit pertama di Bukit Kandis. Ye kot nama tempat ni, tapi apa yang saya pasti, berdekatan Bukit Tunggal. (Saya hanya bermusafir di Terengganu ok! Ngee~) Meluangkan masa agak lama di rumah makcik ni, sebab nurse nak ajar caregiver bagi susu melalui tiub. Meremang bulu roma tengok nurse masukkan tiub melalui hidung. Erm.

Rumah pesakit kedua di Jalan Pasir Panjang. Betul-betul belakang pagar sebuah sekolah hebat di Terengganu. Tiba-tiba Syafiq kata: "Students sekolah ni bagus-bagus" Terus saya teringat, Syafiq ex-SESTER!! Patut la puji.. Hoho.. Kat rumah ni, sedikit terkilan dengan menantu pakcik ni yang macam tak nak bertanggungjawab untuk jaga pakcik ni a.k.a bapa mertuanya. Once again, Syafiq bersuara: "Lepas ni, ingat, walaupun menantu, layan mertua elok-elok. Macam mak ayah sendiri. Ingat tu." InsyaAllah. Terima kasih atas pesanan ikhlas. ^__^

Rumah ketiga merangkap rumah terakhir, di Kg Merbau Patah, jalan ke Kuala Berang. Pesakit merupakan tok mudim dan tukang urut. Setibanya di rumah, macam pelik je tengok. Kerusi bersusun di luar rumah. Dalam rumah ramai orang. Mungkin baru lepas jamuan. Masuk-masuk rumah, Eh! mana paksu? "PakSu dah meninggal, baru semalam. 3 petang." Innalillah. Al-Fatihah buat arwah. Kisah arwah ada dimuatkan dalam beberapa akhbar tempatan, klik sini--> Berita Harian 14 Disember 2010.

Alhamdulillah saya berpeluang join Homw Visit. Happy! Thanks Syafiq sebab ajak teman. "Debbor" eh sorang2? Huhu.. Tqvm Dr Rose, nurse2 etc..

26 November 2010.. Jumaat..

Seawal jam 7.00 pagi, saya, mak & sepupu (Kak Som) tiba di rumah keluarga Abg Arif & Kak Ma di Jalan Kebun, Klang. Rehat. Makan. Etc.

Kemudian, pertama kali dalam hidup, saya explore bandaraya Kuala Lumpur seorang diri.
Dari Jalan Kebun, Klang menuju ke KLCC. Erk!!
Alhamdulillah akhirnya tiba dengan selamat walaupun ada yang tersilap jalan. Heh~
Then, jumpa my best buddies, 'Atikah!!
Then "shooting" @ KLCC with 'Atikah, Dayana, Anna & Bard.
Tqvm to our photographer,, Kak Yusra! Huhu~

Sampai rumah dalam pukul 3.00 petang. Berehat seketika, kemudian bergegas menuju ke Puncak Alam.
Bawak keluarga berjalan-jalan 'mengembara' di UiTM Puncak Alam. 
Aaahhh! I really really miss all the greatesstttttt moments there.. Sob3~
Then, kebetulan Shahril (Baca: Encik Shahril.. =p ) baru habis kerja. So, kami menuju ke FSK 6, jumpa Shahril jap. Sembang-sembang. Gelak-gelak. Shahril rush nak balik rumah. See you tomorrow! =D

Kemudian, bergerak ke rumah saudara berdekatan SK Puncak Alam. Bubye UiTM Puncak Alam. =(
Sampai rumah Abe Li & Kak Na. Sok sek. Sok sek. Dinner terus. Isyak baru balik Jalan Kebun.


27 November 2010.. Sabtu..

Alhamdulillah, akhirnya selesai sudah satu episod pengembaraan di alam universiti.

ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM Ke-73!!

Biarlah gambar berbicara.. (Next entry ya!!)

Terima kasih ma.. Terima kasih abah (arwah).. Tanpa kalian, tak mungkin saya sampai ke tahap ni..
Terima kasih "Cikgu Zahini".. Heh.. Abang saya daaa..
Terima kasih Shahril & mak!!
Terima kasih kepada Razduan & Halijah sekeluarga!!
Terima kasih buat semua yang telah menceriakan warna hidup saya!!

Lepas convo, kami makan besar di Restoran Cili Merah, Seksyen 9. Memang puas hati tengok Shahril & Zam makan. Haih~ DBKL.. Hoho..

Malamnya, kami sekeluarga ke iCity. Buat kesekian kalinya menjejakkan kaki ke iCity. Dah banyak yang berubah. Dah banyak yang ditambah-tambah. Balik-balik terus kebabooom! Recharging energy untuk esok.


28 November 2010.. Ahad..

Hari terakhir bermusafir di Selangor & Kuala Lumpur.. Kena gunakan masa sebaik mungkin!
Pagi-pagi lagi bergegas menuju ke UiTM Shah Alam, hantar jubah, ambil gambar. Settled!

Then, once again, menuju ke Rumah 'Atikah!! Rumahmu rumahku jua~
Mak la yang semangat sangat nak ke rumah 'Atikah. Sebab saya selalu sangat3 cerita. Heh~

Then, berpandukan map sebesar tapak tangan (half je kot.. =S ), kami menuju ke rumah Radzuan & Halijah di Wangsa Maju. Dekat sangat dengan rumah 'Atikah. Pernah sampai rasanya kawasan tu.
Dengan family Wan, dah rasa macam family sendiri. Usik sana usik sini. Gelak-gelak. Duduk pun dah tak sesopan selaku tetamu. Lalalala. Baru je start makan, Shahril & family sampai. Terus segan! Haha.. Sebab kadang-kadang masih menjaga batas lecturer&student kot. Erk!

Dah siap makan-makan sekitar 4.30 petang. Hah! Dah la tak tau jalan nak balik Shah Alam. Hujan. Urusan di Shah Alam pun belum selesai. Cuak!! Mak Shahril nak bagi map. Syukur. Tiba-tiba, Shahril nak lead jalan. Yeay! Maka, kami konvoi Wangsa Maju-Kuala Lumpur. Mengah follow Shahril, 3 lampu merah saya langgar. Haih~ Sampai di sekitar Shah Alam, ingatkan nak berpisah. Tup! Tup! Family Shahril ikut sampai rumah sepupu ni. Erk!!

Finally, masa untuk berundur seketika dari bumi Selangor & Kuala Lumpur. Kembali ke Kelantan dengan mood sedih & rindu!! Waaaaa~ First time rasa berat hati nak balik.. Sob3~

Secebis doa buatmu

Di senja yang damai, tenang sekali kakiku melangkah menjelajah setiap ceruk halaman rumah. Belalang-belalang melompat ke sana ke mari. Burung berkicau riang bertenggek di rimbunan pohon kenanga. Lagi mendamaikan tatkala pipi disentuh angin pantai yang menderu. Amat mententeramkan jiwa bermastautin di pesisir Pantai Batu Burok ini.

Walau apa pun, aku rindukan kampung halaman. Rindukan rakan dan taulan. Rindukan sawah bendang. Sungguh, aku rindu! Bagi mengubat rasa rindu, aku hanya mampu meneruskan aktiviti rutin yang dilakukan bersama ibu di sepanjang keberadaanku di kampung. Berjalan-jalan di halaman rumah. Sambil menyiram pokok, mata meneliti setiap dedaunan pokok bunga. Daun dimakan ulat kah? Pokok layu kurang air kah? Akar dimakan siput kah?

Sambil membongkok-bongkok membersihkan halaman, aku perasan kewujudan seorang gadis di garaj kereta rumah hadapan. Bertudung hitam, memakai t-shirt merah dan berseluar jeans. Ke hulu ke hilir, seperti sedang dirundung masalah besar lagaknya. Ingin kutegur, tapi niat dibatalkan apabila melihat kegusaran yang terlakar di wajahnya. Aku fikir, dia sedang menunggu seseorang barangkali. Sekadar berbaik sangka.

Tiba-tiba..

“Hoi!! Kau balik sekarang!! Balik!! Aku kata balik!!”

Jeritan garau seorang lelaki memecah kesunyian. Aku mengambil langkah selamat, berpura-pura mencabut rumput. Berlindung di sebalik pagar rumah. Mataku terus memerhatikan adegan seterusnya dari celah-celah tiang pagar. Sesekali aku mengangkat kepala, melihat dengan lebih jelas apa yang terjadi.

Aku jangka lelaki itu adalah ayahnya. Sambil terjerit-jerit memaki hamun, serentak itu juga kepala si gadis itu ditolak-tolak. Aku terus berdiam diri. Tidak mungkin untuk aku masuk campur. Tidak perlu untuk menjadi jaguh di kampung orang. Apalah sangat yang aku mampu bantu. Orang kampung yang berada di sekitar hanya sekadar memerhati tanpa sebarang tindak balas.

Si gadis terus-terusan dimaki hamun dan dipukul. Beberapa ketika kemudian, dua beranak itu tidak lagi kelihatan. Aku sangka ‘drama sebabak’ sudah berakhir. Telahanku silap. Oh! Si gadis itu sudah pun terduduk di atas jalan tar. Masih lagi dipukul dan diheret oleh lelaki tadi. Aku agak ketakutan, hanya mampu berdoa agar ‘drama sebabak’ ini cepat berakhir.

Selang beberapa ketika, aku memberanikan diri untuk bangun dan terus terkocoh-kocoh masuk ke dalam rumah. Sungguh aku tak mampu bertahan sebagai ‘penonton’ yang kaku. Aku juga seorang perempuan. Tak sanggup menyaksikan si gadis itu diperlakukan sebegitu rupa, biar apa pun kesalahan yang telah dilakukannya. Biarpun aku masih belum berkahwin, kufikir bukan begitu caranya mendidik anak.

Moga-moga kejadian seumpamanya tidak akan berulang lagi. Maafkan aku wahai si gadis berbaju merah. Aku tak mampu untuk menghulurkan pertolongan. Aku tak mampu untuk menjadi jiran yang ‘busy body’ di saat-saat genting seperti itu. Sekudus doa kukirimkan buatmu.

Harapanku, semoga keluarga dan sahabat handai tidak memegang watak ‘pelakon-pelakon drama sebabak’ yang ditayangkan secara ‘live’ di depan mataku itu. Naudzubillah. Semoga kita semua terdidik dengan aturan kehidupan berlandaskan Islam dan sentiasa bernafas dalam redhaNya. InsyaAllah.

Sempena Hari Raya Aidil Adha yang bakal tiba tidak lama lagi, saya ingin berkongsi salah satu cara untuk beribadah.. ^_^ Hanya RM 235 untuk 1 bahagian lembu!!

Mari beramal..

Klik DI SINI

http://www.korbanaqiqah.com.my/portal/


~Tak sabar nak beli laptop baru.. Nak update blog.. Now pinjam laptop kawan.. Wuu..~

Mari bersedekah di wad

Entry kali ini mungkin perkongsian yang ditujukan khas kepada rakan-rakan seperjuangan, pharmacist sekalian alam, seluruh warga kerja hospital, juga buat sesiapa sahaja yang berminat. Alhamdulillah, saya semakin dapat menerima kenyataan untuk bertugas di wad sebagai clinical pharmacist. Erk! Clinical pharmacist?? Heh~ Amat sukar untuk dipercayai. Sejujurnya saya kurang suka clinical. Kalau preceptor baca, naya ni. Sorry Kak Nor! Hoho.

Sekadar ingin berkongsi amal kebajikan yang boleh kita laksanakan semasa bertugas di wad. Seawal minggu pertama saya bertugas di wad 7EF (General Medical & CRW), Hospital Sultanah Nur Zahirah, saya berhadapan dengan kematian demi kematian pesakit di dalam wad.

Sehinggakan nurse ada berjenaka, "Semalam ada seorang meninggal. Biasanya akan ada yang menemannya. Calon-calon pun ada ni". Maksudnya, kalau dah seorang pesakit meninggal, biasanya akan ada seorang lagi yang bakal menyusul. Terdetik juga di hati saya, "Mana kita tahu kan, yang bakal menyusul tu siapa. Tak semestinya pesakit, mungkin sahaja petugas. Lebih tepat lagi, kami?"

Kadang-kadang saya ada perasaan terkilan dengan pesakit. Baru semalam pakcik ni bercerita tentang kesusahan dan keperitan hidupnya. Tentang kerisauannya tentang bil hospital, tanggungan dan segala masalah hidup. Dalam hati sudah terdetik, esok saya berniat untuk menghulurkan sumbangan wang sekadar termampu. Tiba-tiba hari ini, datang kerja, pakcik tu dah pun meninggal dunia. Terkilan! Selepas beberapa minggu di wad, baru saya sedari peluang untuk membuat amal di wad. Alhamdulillah.


Yang terkini..

15 September 2010, saya interview seorang patient untuk menyemak compliance terhadap ubat-ubatan yang dibekalkan. Sempat kami bersembang sedikit sebanyak dengan anaknya. Rupa-rupanya pakcik ni tak makan ubat semasa bulan puasa. (Sedikit perasaan geram terdetik di hati. Sabar je la.) So, saya menjalankan tugas untuk counsel patient a.k.a 'bercerita' tentang ubat kepada patient.

16-18 September 2010, saya sudah selamat berada di rumah di Kelantan, cuti Hari 1 Malaysia & weekend! ^_^

19 September 2010, saya kembali bertugas. Tengok Bed 10F, sudah bertukar pesakit. Oh! Patient tu dah discharge barangkali. Alhamdulillah. Tapi, tiba-tiba terpandangkan satu laporan "Death Summary' milik pakcik Y***** bin A*******. Innalillah. Al-Fatihah buat arwah.

Apa yang ingin dikongsi..
Boleh dikatakan, selang sehari biasanya ada kematian di wad. Maka, bukankah itu peluang untuk saya BERSEDEKAH?

Hulurkan bantuan.. Ringankan beban..

Apa salahnya, seluk kocek. Hulurkan sekadar termampu. Biar pun sedikit, mungkin itu mampu mengurangkan bebanan ditanggung keluarga arwah. Jika tidak mampu, luangkanlah masa untuk sedekahkan Al-Fatihah. Sesungguhnya Allah akan memberikan ganjaran akan setiap sedekah yang kita sumbangkan. InsyaAllah.


SELAMAT BERAMAL

Berikan daku keyakinan

Sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman di peringkat awal semasa ditempatkan di ward 7EF, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kual Terengganu. Saya agak kurang berkeyakinan memandangkan pengetahuan tentang "trend" ubat yang biasa digunakan di ward masih lagi di tahap lemah. Masih lagi blur tentang ubat-ubat yang diberikan kepada pesakit. Kadang-kadang, walaupun saya sedar yang saya tahu tentang ubat-ubat yang ditanya, tapi saya agak kurang berkeyakinan untuk menjawab. Haisy! Ke manakah hilangnya self confidence ni?



Situasi 1:

Dr H: Cloxacillin 500 mg QID kan?
Me: Erm.. Not sure. (Padahal dalam hati: Aah. Betul la tu. Cloxa 500mg QID)


Situasi 2:

Dr S: Ciprofloxacin berapa ye dose?
Nurse: 200mg BD. (Yakin sangat nurse ni tolong jawab!)
Me: (Dalam hati: Eh! Cipro ada ke tablet 200 mg? Bukan ke 250 mg?)
Dr S: Cipro berapa ye dose? (Doc bertanya personally kepada saya)
Me: Cipro 250 mg BD.


Situasi 3:

Dr R: Mechanism of action Aspirin?
Me: (Dalam hati: COX2 antagonist!) Tak berani nak jawab sebab hanya saya seorang pharmacist, lain-lain ialah doktor!!


Apekah daa.. Mana hilangnya keyakinan? Aduyai~

Alhamdulillah, sekarang saya sudah mula membina keyakinan untuk berinteraksi dengan "mereka2" di ward. Semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada saya untuk terus bekerja a.k.a beribadah. InsyaAllah.


***
BD : Twice daily
QID: Four times daily

New chapter of life

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar, almost 1 month saya tak update blog! Bulan August hanya ada SATU entry!!! Huu~ Dulu, perkongsian berkisar tentang student's life. Kini, jemari yang sama ini akan terus menaip dan menaip dan menaip. Tapi jemari ini bukan lagi milik seorang hamba Allah yang bergelar pelajar UiTM. Hamba Allah ini sudah pun berstatus wanita bekerjaya! Heh~

PEGAWAI FARMASI U41
Jabatan Farmasi
Hospital Sultanah Nur Zahirah
Kuala Terengganu, Terengganu

Tanggal 21 August 2010, saya memulakan langkah pertama meninggalkan desa tercinta. Mengembara menuju ke Kuala Terengganu, 160 km dari rumah, mengambil masa kira-kira 3 jam. Seingat saya, kali terakhir saya menjejakkan kaki ke Kuala Terengganu adalah pada tahun 2005. Itu pun terpaksa disebabkan tiket KL-KB dah habis. Sebagai alternatif, saya terpaksa menaiki bas KL-KT. Paling saya ingat, ketika itu saya hanya sempat berkunjung ke Astaka bersebelahan Dataran Shahbandar, berdekatan Hotel Grand Continental. Rupa-rupanya saya telah meletakkan "tanda" ketika berkunjung ke sini. Apa tidaknya, sekarang saya menyewa rumah yang hanya 200m dari Hotel Grand Continental. Hanya 500m dari Astaka dan Dataran Shahbandar. 2 minit perjalanan ke hospital. Whoaaaa~

Banyak sangat nak share, tapi masa sangat3 terhad sekarang. Secara ringkasnya, saya mula bertukar status kepada wanita berkerjaya pada tarikh keramat 22 August 2010. Alhamdulillah, impian dari zaman kanak-kanak tercapai akhirnya. Saya memang sangat berminat untuk berkhidmat di hospital. Yeay!! Dan yang best lagi, saya memang suka air a.k.a pantai dan air terjun. Dimaklumkan bahawa hospital betul-betul tepi pantai!! Sambil buat kerja kat ward, sambil tengok pantai. Hehe~

Menjelang 23 August 2010, saya diberikan jadual penempatan jabatan di HSNZ untuk saya bertugas sepanjang bergelar PRP (Provisional Registered Pharmacy) a.k.a housemanship selama setahun. Saya membayangkan Outpatient Pharmacy Department (OPD) / Jabatan Pesakit Luar (JPL) adalah jabatan pertama saya. Tapi alangkah terkejutnya apabila dimaklumkan first station saya adalah WARD PHARMACY!!! Aaaaaaaaaaaa.. Sejujurnya, saya tak suka clinical!! Erk!!

Pada petang 23 August 2010, terus saya diarahkan untuk ke Wad 7 EF yang menempatkan pesakit lelaki (umum) dan Cardio Rehab Ward (CRW). Di Wad 7E, ada kir-kira 40 katil yang menempatkan pesakit yang menghidapi pelbagai jenis penyakit, terutamanya infectious disease. Ada pesakit TB, AIDS dan macam-macam lagi. Agak rimas berada di Wad 7E, terpaksa memakai face mask setiap masa. Wad 7F pula hanya ada 12 katil untuk pesakit jantung, biasanya untuk mereka yang keluar dari CCU (Coronary Care Unit) dan dari A&E (Accident & Emergency).

Sejujurnya, saya suka berada di CRW. Medications tak banyak. Heh~ Kalau di 7E, hampir keseluruhan pesakit mengambil antibiotics!! I hate antibiotics!! Banyak sangat kena tau, Gram +ve, Gram -ve, renal adjustment, drug interaction, dose, frequency etc. Ayoyo. Saya kurang berminat unuk bercerita dengan lebih lanjut tentang 7E. Huk~ Saya suka CRW ok!

Walaupun baru minggu pertama di CRW, saya terpaksa dengan rela hati belajar segala perkara yang pening penting. Seawal minggu pertama, saya perlu menghafal segala jenis medications untuk cardio. Segalanya berkisar tentang Hypertension, Atrial fibrillation, STEMI, NSTEMI, Unstable Angina, ACS etc. Lalalalala..

Seawal minggu pertama juga, saya diberikan amanah untuk indent ubat-ubatan pesakit. Saya diamanahkan untuk mengikut ward round bersama doktor pakar, doktor dan nurse. Memang melopong la. Sejurus selesai ward round, saya akan memeriksa senarai ubat unuk diberikan kepada setiap pesakit. Kena check dose, frequency, duration, ubat mana still on, ubat mana dah off, ubat mana change, ubat mana increase dose, ubat mana reduce dose etc. Macam la terror sangat. Heh~ Kemudian, berurusan dengan Satelit Pharmacy 7.

Apa lagi ye? Tak mungkin nak cerita semua kan. Yup!! Requirement sepanjang bergelar PRP.

Setiap minggu saya dikehendaki:
~ Clerk 15 cases!! 8 minggu = 120 cases!!
~ Counselling patient 10 cases!! 8 minggu = 80 cases!!
~ Check compliance 15 cases!! 8 minggu = 120 cases!!
~ Dan pelbagai lagi tugas-tugas tambahan. ~Tak larat nak bercerita~


Rasanya cukup setakat ini sahaja perkongsian pertama tentang alam kerjaya. InsyaAllah saya akan terus berkongsi dari semasa ke semasa. Sangat banyak idea tertunggak. Ermm..

10 August 2010. Bersamaan 29 Syaaban 1431 H. Tepat jam 1526.

Setelah berpuluh-puluh kali mendail talian bahagian penempatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), akhirnya panggilan dijawab.

"Hello. Assalamualaikum. Saya Wirdiana, dari UiTM Pharmacy." Saya memulakan perbualan.

"Ya saya. Nak tanya penempatan ya? Nama?" saya dilayan dengan penuh ramah.

"Wirdiana Yusoff" berkali-kali saya terpaksa mengulangi nama saya. Mungkin kurang jelas.

"Sebentar ya. Wirdiana Yusoff. 860502-**-****" tanyanya mengesahkan IC.

"A'ah" Berdebar usah dikata. Ya Allah, janganlah Borneo!!

"TERENGGANU cik" jawapan yang melegakan hati.

"Terengganu ya? Terima kasih." Saya sudah pun tersenyum riang. Yeay!

Emak setia menunggu di sebelah. Saya dengan bahagianya memaklumkan negeri posting saya adalah T.E.R.E.N.G.G.A.N.U. Tiba-tiba mak sedih. Aiseyh! Mak sangat-sangat mengharapkan saya dapat K.E.L.A.N.T.A.N. Erm. Takpelah mak, nak buat macam mana. Terengganu-Kelantan sebelah-sebelah je. (Sekadar nak sedapkan hati sendiri jugak nih. Hehe. KB-KT tu 160 km weh! 3 jam perjalanan jugak tau! Huu~) Takpe, setahun je pun. Smile!

Hakikatnya, saya terima dengan hati terbuka. Saya sangat gembira! Riang ria! Sejujurnya, saya mengenali lebih ramai para petugas di hospital Terengganu berbanding hospital di Kelantan. Terengganu banyak pantai. Banyak pulau. Banyak tempat boleh jalan-jalan. I like! Eh, bukannya kalut nak baca buku! Fikir jalan-jalan plak. Hee~




Sempat ni nak jalan-jalan setahun di Terengganu.. Yeay!


Sekarang, kami warga UiTM Pharmacy Rx5 sedang menunggu dengan penuh sabar “ketibaan” surat rasmi penempatan dari KKM. Kami akan melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) masing-masing sejurus sahaja mendapat surat tersebut. Mungkin akhir bulan August, atau mungkin sahaja 1 September. InsyaAllah.

Walau apa pun, sedikit terkilan dengan “corak campak-mencampak” posting tahun ini. Warga utara kebanyakannya dihantar ke Kepulauan Borneo. Sehingga sekarang, lebih 20 orang ditempatkan di Sabah dan Sarawak. Sedangkan intake sebelum ni (UiTM Rx4), hampir semua orang ditempatkan di negeri masing-masing. Semoga kalian tabah. Kebanyakan dari kami tidak mendapat tempat yang dimohon. Semoga segala urusan kita semua dipermudahkan Allah. Ada hikmah tersembunyi.

Akhir kata, ingin saya petik kata-kata Epoi:
Bak kata orang, macam nasi dekat Restoran Hakim, ada sayur campur belah kiri, ayam belah kanan, nasi tengah-tengah. Tapi still dalam 1 pinggan. Bila-bila masa boleh gaul-gaul, campur dan jumpa balik dalam satu pinggan jugak.

Begitu jua dengan kita. Walau ke mana pun kita tercampak, pasti akan bersua kembali. InsyaAllah.


Notahati:
Selamat menghabiskan sisa-sisa cuti terakhir di Ramadhan yang mulia di desa tercinta. Lepas ni mungkin dah takde dah saat-saat camni. Sob. Sob. Sob. Tunggu pencen la ye. Hehe.

29 July 2010 (Khamis)

Hari ini, pertama kalinya dalam hidup, saya berurusan di Klinik Kesihatan Bandar Kota Bharu (Baca: KKB). Saya sempat bertanya khabar, di klinik kerajaan manakah yang perlu dipilih untuk menyiapkan Medical Check Up dalam masa paling cepat. Ada yang mencadangkan Hospital Lati, Pasir Mas, ada yang kata Hospital Pasir Putih, juga Klinik Kesihatan Bachok. Setelah dipertimbangkan, KKB menjadi pilihan. Kesimpulannya, saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan. Sebab segala urusan adalah cepat dan mudah.

0930
Tiba di perkarangan stadium (Lupa nama ia. Hee~) dan terus dapat parking di bahagian depan. Betul-betul di hadapan pintu pagar KKB. Alhamdulillah.

0935
Ke Kaunter Pendaftaran Pemeriksaan Kesihatan (Medical Check Up).
Isi borang untuk X-Ray dan pemeriksaan air kencing.

0940
Ke Makmal untuk ujian air kencing.
Terima kasih atas layanan mesra petugas di kaunter.

0945
Melaksanakan X-Ray. Seperti biasa, kena tukar baju dan buka tudung. Sempat sedikit tergeram dengan seorang petugas lelaki (saya fikir, pelajar pelatih). Boleh pulak dia sama-sama nak uruskan sesi X-Ray. Aurat ok! Terus saya buat muka pelik dan terkejut. Terima kasih kawan-kawan perempuannya sebab faham dan “menghalau” si lelaki itu keluar dari bilik X-Ray. Huu~

0956
Menjalani pemeriksaan mata.
Ujian penglihatan: Baca huruf-huruf dari jarak yang ditentukan. Alhamdulillah mata kiri dan kanan masih lagi 6/6. Syukur.
Ujian buta warna: Baca nombor yang lain-lain warna tu. Macam masa ujian JPJ.

1002
Ukur ketinggian.
Timbang berat. Turun dowh! Hehe.
Check Blood Pressure (BP). Biasanya 110/70. For the fisrt time, BP normal! 122/84. I like~

1007
Dah pun keluar dari KKB. Selamat merewang di Bandar Kota Bharu, sementara menunggu pukul 1.00 untuk mendapatkan keputusan urine test. Juga untuk jumpa doktor.

1300
Kembali ke Makmal KKB.
Dapat keputusan urine test.

1305
Ambil nombor giliran untuk jumpa doktor.
Dapat nombor 1291. Naik ke tempat menunggu, baru nombor 1244! Erk!
Duduk sekejap, Zaem sampai. Dia nombor 1293. Menunggu bersama. Sembang. Tengok TV. Mengantuk. Bosan.

1430
Our turn!!
Masuk Bilik 1. Dr Norrohimah Sidek sangat baik dan peramah.
Sempat mendengar Dr memberikan kaunseling kepada pesakit kencing manis (Diabetes Mellitus).
Sesi “interview” bersama Dr dan nurse yang bertugas. Soalan bertubi-tubi. Esp pasal nak kerja kat mana. Hehe. Saya memang nak duduk di Kelantan tau! Nanti kita bekerjasama (Baca: bekerja bersama) ek. Ngeh3.

1445
Zaem pulak nak “extra” signature daripada Dr.
(Zaem, tak puas hati eh aku punya lagi banyak dari mu. Huu.)
Akhirnya, lengkap sudah borang Pemeriksaan Doktor untuk Perlantikan ke Perkhidmatan Kerajaan.
Alhamdulillah dah selesai segala urusan pemeriksaan kesihatan.


Notahati:
Kawan-kawan, datanglah buat Medical Check Up di Kelantan ok! Hehe.
Alhamdulillah, segalanya cepat dan dipermudahkan.

Hati sangat la gedebak gedebuk menunggu detik 2 August 2010.
Nak tau placement KKM!! Doakan saya dapat bertugas sebagai Pegawai Farmasi U41 di Kelantan. InsyaAllah. Amiin.

Di mana mahram kami?


Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah melegakan hati. Setiap kali menunggang menaiki kapal terbang, pasti saya terfikir, “Kalau jatuh camne ekh?” Ngeri~


Seperti biasa, pemeriksaan Imigresen wajib dilalui semasa di lapangan terbang. Setibanya di kaunter pemeriksaan, petugas bertanya:


“Mahram? Mahram?” sambil menunjukkan nama Omar Othman pada passport kami. Hah sudah! Saya tak kenal siapakah Omar Othman ni.


Maka, dengan pantas saya bergegas mencari agent dan akhirnya menemui tuan punya badan, Pakcik Omar Othman. Lega.


Sangat gelabah. Ada ke patut tak kenal mahram. Huhu. Walau apa pun, pemeriksaan passport di KLIA adalah yang terbaik saya fikir. Masa di Beijing dulu, ada ke patut petugas di kaunter tidak tahu berbahasa Inggeris. Apekah?




Pelanduk dua serupa?


Sekali lagi, timbul sedikit kekeliruan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah semasa dalam perjalanan pulang.


Who’s this?” petugas kaunter Imigresen bertanya sambil merujuk kepada passport saya.


And this?” dengan muka keliru, petugas itu masih membelek-belek passport saya dan emak.


Dia tengok passport saya, dia tengok muka emak.


Dia tengok passport emak, dia tengok muka saya.


Dia tengok passport saya, dia tengok muka saya.


Dia tengok passport emak, dia tengok muka emak.


Tapi masih lagi kurang berpuas hati. Apa la masalah mamat ni?


Pakcik Omar dah tergelak-gelak. Owh! Rupa-rupanya petugas tersebut keliru antara saya dan emak! Huk~


Memang kami jadi bahan ketawa. Emak kelihatan muda atau saya kelihatan tua? Ceit! Muka saya memang fotostat muka emak la! Huu~




Notahati:
Entry ni dipost bersempena our 1st month anniversary pulang ke Malaysia. Huhu.
Sangat takleh blah teringatkan Lapangan Terbang Jeddah ni..
Si Shahril yang asyik timbang berat kat tempat timbang beg.. Lawakss! =p
Si Radzuan plak, kita non stop eh sembang? Pantang jumpa, mesti bercakap.. Huhu..


Ada beberapa entry tentang umrah yang sudah di type, hanya menunggu masa nak post.
Tengok mood la ek? Erm..

Hari ini saya membuang meluangkan masa di HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Itu pun setelah mendapat surat tawaran Temuduga Pegawai Farmasi U41.

Seperti yang dijangka, temuduga tersebut sebenarnya untuk Full Registered Pharmacist (FRP), bukannya untuk Provisional Registered Pharmacist (PRP). Staff pengambilan USM tersilap menyenaraikan nama saya sebagai calon temuduga. Apekah?? Tak kisah lah, rumah 7 km je pun dari HUSM Kubang Kerian.

Noted:
PRP adalah tempoh latihan sebagai pegawai farmasi selama setahun, wajib bagi mendapatkan Lesen Farmasi.
FRP adalah tempoh perkhidmatan selama 3 tahun sebagai pegawai tetap.

Setibanya di Jabatan Pendaftar HUSM, kelihatan kelibat bekas pelajar UIA, Fikry. I know you la~ Orang kuat UIA la katakan.. =p Sempat berkenalan dengan PRP dari UKM, Najwa, Atiqah dan seorang lagi (lupa nama~). Tidak ketinggalan, senior UiTM Rx4, Md Farhan Ab Rahman!! =)

Giliran saya agak lambat memandangkan saya merupakan calon terakhir untuk jawatan Pegawai Farmasi U41. Paan sempat membocorkan sedikit sebanyak soalan-soalan yang ditanya. Tqvm Paan! Tak pasal-pasal pagi tadi study tentang USM, Apex, pronsip-prinsip etc. Hee~ Tapi, memandangkan status saya masih belum layak untuk memohon jawatan tersebut, saya hanya bersedia ala kadar. Dah alang-alang datang, panel suruh masuk la jugak kan~

Okies! Jom layan sesi berTEMU dan terDUGA yang mendebarkan! Huu~

Cik Wirdiana? Masuk.

Selangkah ke bilik temuduga..

ZAPPPPP!!

7 orang hamba Allah menunggu!! 14 mata memandang!!

Ya Allah. Saya jangka sekitar 4 orang panel sahaja. Wakakaka. Gelabah!!

Hanya seorang panel yang saya betul-betul kenal. Dr Zaidun Kamari, selaku Pengarah Hospital USM, merangkap ayah kepada Izzati, ex-schoolmate Maher.

Soalan-soalan yang ditanya? ~Maaf, malas nak buat dialog sebagaimana temuduga SPA.

Berkisar tentang:
-Kenapa pilih HUSM
-Apa kelebihan HUSM

-Sumbangan untuk HUSM
-Kenapa tak pilih hospital lain
-Pernah practical di hospital mana
-Beza manual & computerized ~saya terperangkap dengan jawapan sendiri masa ni. Hehe. Goreng saja lah labu~
-Masalah di farmasi, cara atasi
-Etika-etika pegawai farmasi, kemudian panel belit-belit soalan
-Panel bagi situasi, bagu pendapat nak selesaikan
-Graduate from UiTM berapa ramai & related questions pasal UiTM

~Dah lupa dah apa lagi soalan.. Sebab tak serius sangat pun tadi.. Hehe..

Ayat terakhir Pengerusi agak menyenangkan hati:
“InsyaAllah, akan dipertimbangkan” Hehe.


Notahati:
Sangat terkesan dengan perbualan melalui telefon dengan salah seorang staff HUSM. Ia berlaku sejurus sebelum saya melangkah masuk ke dalam bilik temuduga. Tqvm in advance Encik F! “Pertolongan” anda amat-amat dihargai. Ngeh3. I’m waiting for your call. Can’t wait. Erk!

Entry ni sekadar peringatan untuk diri sendiri. Check list tentang perkara yang perlu diselesaikan sebelum melangkah ke lam kerjaya. Juga sebagai panduan buat sahabat-sahabat yang masih kekaburan. Erk!

Warga UiTM Pharmacy 5th Batch 2006-2010

Dengan tamatnya pengajian kita di UiTM, maka kita akan menerima TIGA jenis surat/dokumen berikut:

SATU (Daripada UiTM)
-Pengesahan Tamat Belajar di Universiti Teknologi MARA
-Official Transcript : 3 pages

DUA (Daripada JPA)
-Melapor Diri Setelah Tamat Pengajian Bagi Pemegang-pemegang Biasiswa Persekutuan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

TIGA (Daripada SPA)
-Tawaran Pelantikan Tetap ke Jawatan Pegawai Farmasi Gred U41 (2 pages)
-SPA 6A : Surat Setuju-Terima Pelantikan (3 helai)
-Surat Akuan Sumpah
-Surat Aku Janji (Contoh)
-Pemeriksaan Doktor untuk Perlantikan ke Perkhidmatan Kerajaan (Borang : 7 pages)


Kemudian, bersedia untuk berurusan dengan pejabat pos, KWSP, hospital dan sebagainya.


SATU (Poskan kepada JPA)
-Pendaftaran Tamat Pengajian (DAPATKAN DI SINI)
-Salinan Pengesahan Tamat Belajar UiTM (sahkan)
-Salinan Official Transcript (sahkan)
-Bukti permohonan pekerjaan dengan SPA
(DAPATKAN DI SINI)

DUA (Poskan kepada SPA)
-SATU HELAI Surat Setuju-Terima Pelantikan

TIGA (Poskan kepada LEMBAGA FARMASI MALAYSIA)
-Salinan Surat Tawaran Pelantikan SPA
-Salinan Pengesahan Tamat Belajar UiTM (sahkan)
-Salinan Official Transcript (sahkan)

EMPAT
Surat Akuan Sumpah : Dapatkan cop daripada Pesuruhjaya Sumpah / Majistret / Hakim Mahkamah Seksyen

LIMA
Daftar pembukaan akaun KWSP (Sila bawa IC)

ENAM
Sediakan 8 KEPING gambar passport (Sumber : Mawi)

TUJUH
Medical Check Up di HOSPITAL / KLINIK KERAJAAN (Jangan hospital / klinik swasta)


ALAMAT-ALAMAT BERKAITAN:

JPA (Pos Ekspress)
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 5, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya

SPA (Pos Ekspress)
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520 Putrajaya

LFM (Pos Laju)
Lembaga Farmasi Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia
Lot 36, Jalan Universiti
46350 Petaling Jaya, Selangor


Notahati:
Sekian sahaja buat saat ini. Sebarang perubahan / update / news akan dimaklumkan kemudian. Selamat bersabar menunggu ketibaan surat dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Selamat bercuti sebelum berkhidmat!!


Pengalaman shopping di sana mengajar saya untuk lebih berhati-hati dengan Pak Arab. Memang sangat geram!

Saya dan mak mengambil peluang membeli jubah di kedai-kedai sekitar hadapan hotel. Salah satu kedai dijaga oleh anak muda, sekitar 20-30an. Pilih punya pilih, akhirnya ada sehelai yang berkenan di hati. Kejadian tidak diingini berlaku semasa melihat saiz jubah. Pak Arab itu sempat mencuit bahu saya!

Bengang! Geram! Sakit hati!

Sumpah saya tak akan ke kedai itu lagi. Hampeh!

Agen yang menguruskan saya, Kak Ton (Zaiton) ada bercerita bahawa "mereka" sebenarnya "lapar". Huk! Sampaikan ada sesetengah kedai yang membuat lubang di bahagian lantai kedai. Namun, ia ditutup seperti biasa. Apabila perempuan masuk ke dalam kedai, lantai akan ditarik, maka perempuan malang itu akan terjatuh ke bawah. Kawan-kawan "mereka" yang juga "kelaparan" akan sedia "menyambut kedatangan" mangsa. Biasanya, sudah tiada jalan pulang untuk mangsa. Mangsa akan dibunuh untuk mengelakkan rahsia mereka terbongkar. Naudzubillah.

Maka, berhati-hatilah wahai muslimah. Semoga kita sentiasa dilindungi Allah. InsyaAllah.

 
Notahati:
Pelbagai perkongsian semasa menunaikan umrah sudah ditaip, cuma menunggu masa untuk di post. Masih belum berkesempatan berbuat demikian memandangkan saya agak sibuk dengan urusan persediaan melangkah ke alam kerjaya.
 
p/s: Entry ini ditujukan khas buat Radzuan Muhamad! Selamat membaca! =p

Tup! Tap!

Tam! Tum!

Pom! Pom!

“Ish! Bunyi apa tu? Budak mana la main mercun tengahari macam ni. Tengok jap.” Mak saya membebel. Kami sedang bersembang di dapur ketika itu.

Dengan rasa malas, saya bangun. Buka tingkap. Hah?????

Ma!! Dapur dia!! Api!! Api!!” Hanya itu yang mampu dijerit

Gelabah! Menggigil! Takut!

Terus saya meluru keluar rumah memandangkan dapur kami dengan dapur rumah tersebut hanya beberapa meter.

Tutup elektrik!! Tutup elektrik!!” ada pakcik menjerit, mengarahkan saya untuk bertindak.

Dengan langkah yang kelam kabut, saya tergopoh-gapah kembali ke dalam rumah. Terketar-ketar menolak butang “OFF” di meter elektrik. Tak sempat fikir panjang, terus terjun tangga dapur, meluru keluar. Challenge your adrenaline!!

Booomm!! Booommm!! Letupan gas memasak saya fikir.

Saya dan mak terus meluru ke tempat kejadian. Orang kampung masih belum menyedari kejadian kebakaran tersebut. Api di bahagian dapur Kak Ani sedak galak menyemburkan gas dari tong gas memasak. Kami hanya mampu melihat. Kak Ani dah longlai, dipapah jiran.

Orang kampung mula membanjiri perkarangan rumah. Kak Ha yang baru tiba sempat melangkah ke rumahnya, sekadar menyelamatkan dokumen penting. Keadaan riuh rendah. Tangisan kedengaran. Takbir bersahutan.

“Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakbar!!”

Bahang panas sudah mula terasa biarpun berada 20 meter dari rumah tersebut. Api semakin menjulang tinggi. Asap hitam berkepul-kepul memenuhi ruang. Semua tergamam. Hanya mampu melihat dan berdoa agar Allah membantu.

Api semakin galak memainkan peranan. Pokok-pokok di sekitar sudah dijilatnya. Emak sudah pun menjerit nama Kak Yam, penghuni rumah sebelah rumah kami. Rumah mak yang disewakan kepada Kak Yam sejak 20 tahun lalu seakan-akan bakal menjadi mangsa seterusnya. Api sudah pun membakar pokok-pokok yang hanya 1 meter dari rumah Kak Yam. Kalau lah rumah Kak Yam terlibat, besar kemungkinan rumah saya juga terbabit sama. Naudzubillah.

Bomba tiba agak lewat. Dua buah rumah sudah pun hangus. Tinggal rangka. Pihak bomba hanya mampu berusaha mengawal api supaya tidak merebak ke rumah ketiga bersebelahannya. Kaki terasa tidak berpijak di bumi nyata.

Sebatang demi sebatang kayu rangka rumah runtuh. Darah berderau setiap kali mendengarkan runtuhan. Letupan dan dentuman menguji stamina jantung lantas meningkatkan degupan. Tergamam. Hilang sudah tempat berteduh 17 sekeluarga yang didiami 30 tahun lalu. Segalanya lenyap dalam masa 15 minit. Sekelip mata.

Dan hari ini, 8 Julai 2010, kejadian semalam berulang lagi. Rumah Pakcik Sabri terbakar. Dua hari berturut-turut kampung saya kecoh dengan kes kebakaran. Moga dijauhkan dari ujian sebegini. Amiin.

Alhamdulillah, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sempat meluangkan masa menjenguk keluarga mangsa tengahari tadi. Takziah buat keluarga mangsa.

~Laporan kejadian ada dimuatkan dalam Berita Harian, 8 Julai 2010. KLIK DI SINI.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/17tinggalsehelaisepinggang/Article




Jam 1153



Jam 1154



Jam 1155



Jam 1155



Jam 1155



Jam 1157



Selepas kejadian..


Sejurus sebelum api merebak




Saya berdiri di tempat yang sama seperti gambar di atas


Notahati:

Di situlah tempat permainan saya dari zaman kanak-kanak. Di situlah saya mengenal sawah bendang. Lintah dan pacat. Bunga cina dan pokok cermai di halaman. Menangkap belalang dan membakarnya. Memanjat pokok kelapa dan segala jenis pokok di hutan. Menangkap ikan tika padi disemai. Bermain layang-layang usai padi dituai. Bermain masak-masak, kahwin-kahwin. Lumba basikal. Jatuh. Terluka. Paling tidak lupa, mengembala biri-biri. Di kala senja tiba, sangat suka tolong mereka mengambil kembali biri-biri yang diletakkan di tengah sawah. Di situlah tempat saya membesar seharian. Segala jatuh bangun kehidupan masa kecil, sawah yang terbentang luas itulah yang menjadi saksi.

Dan, di laluan masuk ke rumah merekalah jua lokasi uri milik saya ditanam!

Ingin saya singkap kembali pertemuan pertama kami “sekeluarga”. Sekadar memetik beberapa patah perbualan awal kami.

Bersama : Shahril Besir dan ibunya.

Lokasi : Di Madinah, sementara menunggu bas untuk ziarah Madinah.

Oh. Keje kat mana?” saya bertanya. (Dah lupa perbualan sebelum tu)

UiTM” Shahril menjawab.

UiTM? UiTM mana?” saya sudah cuak! Ngee~

Puncak Alam. Staff OM” Hah?? What a small world!!

Owh. Ok.” Cukup sekadar itu. Tak sanggup nak tanya lebih-lebih. Takut. Hee~


Lokasi : Di Mekah, sementara menunggu bas untuk sesi ziarah Mekah.

Keje di OM, staff apa ye?” saya bertanya untuk mendapatkan kepastian.

Staff akademik.” Saya terkedu 2 saat. Hah?? Lecturer?? Saya dah mula gelabah. UiTM Puncak Alam tu bukannya besar pun. Dalam hati berkata, jangan la Shahril ni kenal Pn Aisyah Hasyila kusayam! Ekeke. Cuak. Cuak. Huk~


Bersama : Radzuan Muhamad, Halijah dan ibunya.

Lokasi : Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah (Tak tau la nama apa. Hee~)

Akak, duduk la, muat lagi ni.” Sesi beramah mesra bermula ketika kami sama-sama sedang menunggu bas di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah. Ijah dan emaknya berkongsi kerusi bersama saya dan emak. Ijah memang peramah. Kami bersembang sehingga bas sampai. Lupa apa yang kami bualkan, banyak sangat! Huhu.

Study lagi ek?” saya menegur Radzuan semasa dalam lif. Pakcik Budak ini kelihatan pendiam. Pendiam la sangat Wan oiii! Hoho.

Aah. UIA Gombak” sekadar menjawab persoalan saya.

Oo. Engineering kan? Engine apa?” saya meneka, sedangkan sudah dimaklumkan oleh Ijah sebelum ni. Hehe.

Mechanical Engineering” sepatah ditanya, sepatah dijawab. Kononnya pendiam. Ceit!

Semakin lama kenal, semakin banyak pula Wan ni bercakap. Huhu. Banyak betul nasi tambahnya. Asyik nak kenakan orang je kerja dia. Menyakat je kerja. Sampaikan kadang-kadang saya tak mampu menepis. Jaga ko Wan! =p






Kerana budi kita jatuh hati..


Dan seterusnya, kami bagaikan satu keluarga. Ke mana sahaja pasti bersama. Dewan makan seolah-olah dapur kami. Makan semeja. Gelak bersama. Ziarah bersama. Bergambar bersama. Gurau senda tak kering gusi. Rindu!!

Benarlah kata emak sebelum berangkat, ukhuwwah yang terbina di Tanah Suci memang berkat. Terhubung bagaikan adik beradik. Sangat bersyukur dipertemukan dengan saudara seagama yang begitu mesra. Terasa bagaikan keluarga walaupun baru bersua.

Dan kini, saya percaya! Sayang kalian dunia dan akhirat.

Semoga pertemuan ini membawa kita menuju Syurga Ilahi. InsyaAllah.

Sedang beriktikaf di Masjidil Haram, seorang kakak yang ditemui dalam perjalanan tempoh hari datang duduk di sebelah. Sangat gembira bersua kembali. Sempat bersembang sepatah dua kata. Berasal dari Sungai Petani, Kedah.

Sedang kami bertanya khabar, tiba-tiba 2 batang biskut melantun depan mata. Ia seperti Rocky, cuma tiada coklat atau strawberry, hanya diselaputi gula kasar. Kami terpinga-pinga. Lihat kiri, lihat kanan. Kelihatan seorang Mak Arab yang duduk selang 5 orang dari tempat kami melambai-lambai.

“Halal. Halal” Mak Arab itu menjerit. Oh! Rupa-rupanya biskut itu dibaling untuk dikongsi. Sedekah.

Alahai Mak Arab.Kot ye pun, pass-pass la. Tak perlu la baling-baling. Aduyai. Inilah yang dinamakan BAIK TAPI KASAR. Huu~




Air zam zam di Masjidil Haram
~Ramai suka amik letak dalam botol / cawan, pastu bagi2 kat jemaah..



Si kechikkk yang tekun.. Sampai tertumpah-tumpah amik air.. =p



Budak ni buat amal, bagi air apa ntah.. Macam air teh..



Almost everyday dapat kurma / kuih / roti kalau beriktikaf di masjid



Bukan susah pun nak bersedekah, bagi je merpati ni makan..
~Suka tengok ratusan merpati di sekitar masjid dan hotel~


Notahati:
Tiba-tiba teringatkan pengemis yang meminta sedekah sepanjang jalan dari hotel ke masjid pada waktu Subuh. Rindu akan "irama yang dijeritkan" anak-anak kecil. Paling saya ingat, seorang kanak-kanak lelaki yang cacat lengan. Ada juga si kembar tiga beradik. Tapi ada juga kanak-kanak perempuan yang kelihatan seperti tidak cacat, seolah-olah melipatkan siku ke dalam, maka kelihatan seperti cacat. Wallahua'lam.

Fenomena biasa di Mekah, kanak-kanak dibawa bersama ke masjid untuk solat berjemaah. Sangat berbeza dengan budaya kita di Malaysia saya fikir.

Budaya kita, ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil biasanya hanya bersolat di rumah. Tapi berlainan dengan apa yang saya perhatikan di sana. Saya sempat beberapa kali menjadi babysitter sementara si ibu selesai mengerjakan solat sunat. Ada yang membawa 3 orang anak kecil sekaligus!

Ada ketikanya, bayi yang dijaga itu menangis. Saya terpaksa mendukungnya.

Ada ketikanya, bayi yang dijaga itu menangis kelaparan. Buat susu la jawabnya.

Ada ketikanya, kanak-kanak itu terjatuh, menangis meraung. Menguji kesabaran. Huu~

Macam-macam kaedah terpaksa dicuba untuk memujuk mereka. Sampaikan gelas air zam zam itu berjaya ditukarkan menjadi pelbagai bentuk permainan! Pelbagai gubahan! Huhu.

Beberapa gambar mereka sempat saya snap. Maaf ye kalau tak berjaya menjadi babysitter terbaik. Hehe.



Susu + air zam zam berjaya membuatkan baby chumeyl ini tidur.. Huu~
"Angah" ni sangat3 suka senyum.. Suka!



Baby ni baik.. Tidur je..



Sangat chumeyylll!! Sangat hyperactive..


Notahati:
Selamat melangkah ke alam kerjaya buat sahabat-sahabat seperjuangan Azwadi, Solaharith dan semua warga IIUM Rx5 (Baca: Universiti Islam Antarabangsa, Pharmacy 5th batch). Kami bakal menyususl lagi satu purnama. InsyaAllah.

Seperti biasa, Masjid Nabawi dipenuhi dengan umat Islam dari seluruh dunia, dari pelbagai negara. Maka, pelbagai gaya bahasa dapat didengari. Ada sesetengahnya boleh berbahasa Inggeris, tapi kebanyakannya tidak. Kadang-kadang, bercakap bagaikan ayam dengan itik lagaknya. Akhirnya, bahasa isyarat menjadi penyelesaian.

Emak saya yang sudah pun berusia 16 61 tahun, hanya tamat belajar sekolah menengah. Almaklumlah 60 tahun dahulu, dilahirkan sekitar 1950an. Maka, sepanjang di sana, saya seringkali menjadi translator untuk berkomunikasi.

Sedang beriktikaf di Masjid Nabawi, seorang Ms Libya di sebelah emak menegur kami. Terkedu. Bahasa apakah?

Can you speak in English?” terus saya bertanya.

Oh! Yes. Yes. But not very fluent.” Ms Libya menjawab dengan nada tersekat-sekat.

Saya yang sememangnya “bukan pendiam” sudah semestinya banyak bertanya. Namun, tidak banyak yang mampu dijawab oleh Ms Libya. Geleng kepala. Tidak faham katanya. Akhirnya, saya hanya memberi peluang Ms Libya bertanyakan sebarang soalan, saya yang menjawabnya. Itu yang terbaik.

Persoalannya hanyalah berkisar tentang Malaysia, bahasa di Malaysia, berapa hari di Madinah, berapa hari di Mekah, Malaysia – Jeddah berapa jam, datang dengan siapa. Saya cuba mencari perkataan paling ringkas supaya mudah untuk difahami.

Emak saya hanya diam. Di akhir perbualan:

“You, understand English?” Ms Libya itu bertanya kepada emak.

Nak tau emak saya jawab apa?

NO” spontan emak saya jawab. Huhu. Kesian Ms Libya itu confius.

Tak faham English, tapi jawab. Apekah. Lawak. Lawak. Ngee~






Payung-payung di Masjid Nabawi
~Kempunan tak berkesempatan nak tengok ia tertutup & terbuka~




Pintu masuk Muslimat Masjid Nabawi
~Semoga berpeluang menziarahi Raudhah, Makam Rasulullah lagi..

Related Posts with Thumbnails