Alhamdulillah, buat kesekian kalinya, sempena Hari Raya Aidil Adha, kami sekeluarga “makan besar”. Kami diizinkan Allah untuk berkumpul menikmati makan tengahari bersama. Mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang terbina.

Setelah dapur siap berkemas..
Bual bicara tiba ke penghujung garisan..
Tibalah masa untuk berangkat pulang..

Selesai sudah sesi bersalaman perpisahan sementara, kakak sekeluarga mula beredar.


..Zarif & Zahini..
..1 Syawal 1430H..

Tiba-tiba..

Papa, dah salam dah.” Zarif bersuara, nada kurang puas hati terbit dalam bicaranya.

Haa, baguslah salam.” balas si bapa, merangkap satu-satunya abang saya.

Tak bagi duit pun?” rungut Zarif.

Tawa pecah berderai. Isu duit rupa-rupanya yang ingin dibangkitkan oleh Zarif.


Alahai Zarif.. Zarif..