21 November 2007..




Masih ingatkah lagi
Di ketika ini saat ini detik ini
Kita menjelajah bumi ciptaan Ilahi
Kita sama-sama menjejakkan kaki
Di bumi asing untuk diterokai
Dengan kesepakatan 27 hati
Tanah Besar China menjadi destinasi



Perjalanan dimulakan secara rasminya dari Depo Bas, UiTM Shah Alam. Masing-masing berwajah ceria. Almaklumlah, bercuti! Opss! Academic Mission la. Betulkan niat. Hehe.



Cathay Pacific.. CX 722.. Seat 43A..


Dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Cathay Pacific milik Hong Kong menjadi tunggangan. Berlepas tepat jam 1345. Jam 1735, tiba di Hong Kong International Airport, Chek Lap Kok, Lantau Island. Transit kira-kira 1 jam setengah. Sekadar melepaskan penat di atas kerusi panjang berhampiran gate untuk ke “destinasi” seterusnya.




Fantasi vs Realiti : Beijing Capital International Airport T3



Mangsa tunggangan seterusnya adalah Dragon Air milik China. Sekitar jam 2315, tiba di Beijing Capital International Airport Terminal 3. Buat pertama kalinya menjejakkan kaki di bumi China. Bahagianya tidak terkata.

Beijing!! Here we go!!

Ketibaan kami disambut mesra oleh pemandu pelancong, Mr Ali, seorang warga China yang fasih berbahasa Indonesia. Beliau sememangnya menghadiri kursus khas bagi mempelajari bahasa Nusantara untuk tujuan mencari rezeki sebagai pemandu pelancong. Kami ke China, tapi sepanjang masa kami bertutur dalam bahasa Indonesia. Unik bukan?

Sebaik sahaja keluar dari bangunan airport..

Whooosshhhh!!!

Angin malam menampar pipi! Sejukkkk!!! Masing-masing begitu teruja dengan suasana baru walaupun terpaksa bertahan dengan kesejukan melampau. Menggigil? Itu sudah pasti. Boleh dikatakan hampir tidak mampu berkata-kata dek menahan lagaan gigi. Trrr.. Grrr..



Huafu International Hotel, Beijing




Perjalanan hari pertama ditamatkan setibanya di Huafu International Hotel. Usaha mengangkat barang dari bas cuba dilaksanakan dalam masa sesingkat termampu. Mana mungkin kami dapat bertahan di kala suhu mencecah 4 Celcius dengan hanya memakai T-Shirt seperti berada di Malaysia sahaja layaknya.

Akhirnya, katil idaman muncul sebagai teman di keheningan malam..





Room 1310..

Mana mungkin kulupa gambar itu.. 2 orang kanak-kanak sedang bermain..




~Nyte!~