Hujan.. Sejuk.. Lapar.. Ubi rebus..


“Pathophysiology” yang sukar dinafikan kebenarannya.. Am I right?

Rasanya, bagi sesiapa sahaja yang biasa tinggal di kampung pernah merasa ubi rebus panas. Apatah lagi bagi warga Kelantan. Musim bah di penghujung tahun yang sememangnya menjadi rutin tahunan. Pastinya akan ditemani dengan hidangan lazat lagi menyelerakan seperti di bawah:


Ubi rebus panas.
Kelapa parut + gula.
Kopi O panas.
Teh O panas.

Lengkap! Meleleh..


Tiba-tiba, teringatkan ubi bakar di Beijing. Wah! Rindunya..




Abang basikal si penjual ubi bakar di Beijing..


Memandangkan musim sejuk sudah bermula, ubi bakar dijual hampir di setiap tempat yang dikunjungi.

Di luar masjid.
Di luar Pusat Jade.
Di luar pasar.
Di mana-mana sahaja.

Ubi Bakar di luar Pusat Jade, Beijing..

Masa di Pusat Jade, kononnya sombong tak nak beli ubi bakar di luar pagar. Tambah-tambah lagi sebab sejuk yang amat, masih belum memakai ‘winter coat’, agak membataskan pergerakan untuk merewang ke mana sahaja. Masa keluar dari masjid mana ntah, baru terbuka pintu hati nak beli ubi bakar oren-oren tu. 1 yuen = 50 sen sahaja! Best!!

Terkenangkan kenangan melantak ubi secara berjemaah di atas bas. Masih belum dapat dilupakan dialog berikut:

1..2..3.. Makan!!
1..2..3.. Kentut!!

Dah start makan sama-sama, kentut pun mestilah sama-sama kan? Hoho.. Macam-macam agenda atas bas. Happy sangat!