2 November 2009..

Scene 1:

Hari ini, saya dan roommate, Azilea ke Pejabat Pengurusan Kolej Angsana & Rafflesia, nak hantar kad aktiviti. Walaupun dah lambat, ada aku kisah? ~skrip kawan-kawan~

Lepas dah hantar kad, teringatkan pesanan ‘Atikah, nak kad aktiviti kosong. Saya diarahkan bertemu dengan seseorang ini. Layannn..

Ye nak apa?” staff itu bertanya.

Saya nak kad aktiviti. Yang kosong punya.” Saya menjawab.

Owh. Sebelum tu.. Hari ni hari apa?” bertanya dengan penuh kerek. Ni mesti sebab saya dan Azilea pakai T-shirt.

Isnin” saya menjawab dengan nada malas. Malas nak layan kekerekannya!

Hmm. Tau kan etika pemakaian UiTM? Kali ni saya lepaskan.” Dah agak dah.

Mm..” sekadar mengiyakan. Malas!

Haa. Nak apa tadi?”

Nak kad aktiviti kosong. Kawan nak.” Malas nak panjangkan sketsa kerek.

Suruh kawan awak tu datang ambil sendiri” Aaa.. Kekerekan semakin terserlah kotttt.. Dengan ekspresi mukanya sepanjang perbualan. Adeyh! Sabar jelah.

Tolonglah jangan nak kerek sangat wahai staff.
Tolong jangan nak buat sesuatu yang boleh menyakitkan hati orang.

Honestly, tak terfikir langsung kot nak pakai baju kurung. Dah takde kelas, takde exam. Just nak keluar makan, malas kottt nak pakai baju kurung semata-mata nak keluar makan!


Mm..
Maafkan andai khilaf mentafsir.


Moral:
Pengalaman bertemu orang sebegitu mengingatkan saya agar tidak kerek apabila berinteraksi dengan orang! Huu~

“Be kind to others”

Scene 2:

Ketika sedang mencari petikan ayat yang diturunkan Allah tentang perlunya berbuat baik bersumberkan buku-buku yang ada di bilik, azan Asar dari Dewan Solat Utama Angsana berkumandang.

Tupp!! Tupp!! Allahuakbar!!

Ayat ini berada di depan mata:

“Tinggalkan kesombongan, baik terhadap Allah S.W.T mahupun terhadap sesama makhluk. Jika kamu membuat Allah murka, bererti kamu telah berbuat sombong terhadap-Nya. Jika mu’adzin telah mengumandangkan panggilan solat (azan) dan kamu tidak mendatangiNya, maka kamu telah berbuat sombong terhadap Allah S.W.T.”
(diterjemahkan dari bahasa Indonesia)

Sumber:
Buku: Menjadi Kekasih Allah (557 halaman)
Penulis: Syaikh Abdul Qadir al-Jailani


Majlis 34: Larangan Bersikap Sombong



Astaghfirullahal’azim..

Mm.. Fikir-fikirkanlah.. Sama-sama muhasabah diri..

Moral of the story: Jangan sombong dengan Allah dan makhluk ciptaanNya. Jom solat di awal waktu!