18 November 2009..

0858

SkyBus bertolak dari KL Sentral menuju ke LCCT..
Fia kata 30min, sempat.. InsyaAllah.. Walaupun dah cuak..


0923

Masih berada di sekitar Putrajaya..
Bak kata ‘Atikah, mungkin lagi 20 minit.. Hah?? Sudah..
Debaran kian memuncak.. Tachycardia Stage 1!

Sepanjang perjalanan, hanya mampu berdoa kepada Allah..
Ya Allah, permudahkanlah urusanku..
Ya Allah, tolonglah delay flight AK 5282.. (Tak patut kott! Hehe..)

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..
~Almost sepanjang perjalanan.. Untuk menenangkan hati serta jantung!~

Rasanya dah cukup untuk 4 rakaat Solat Sunat Tasbih! Hurm..


0937

Tiba di LCCT..
Bergegas turun bas menuju ke kaunter check in..
Hah sudah!! Ak 5282 sudah tiada dalam list.. Tachycardia Stage 2!
Jalan sampai hujung..
Memang sah! KAUNTER SUDAH DITUTUP!! Tachycardia Stage 3!

Then tanya staff LCCT.. “Encik, kaunter untuk ke Kota Bharu kat mana ek?”
Beliau dengan penuh simpati menjawab “Mm.. Rasanya sudah tutup. Cepat ke Kaunter R68.” Tachycardia Stage 4!

Maka, buat pertama kalinya, saya menjadikan LCCT sebagai trek 100m.
Dengan beg roda & beg laptop, saya berkejaran.
Lari punya lari, terlanggar luggage Amoi ni. Sorry ya Amoi!
Sesuka hati je nak langgar Mat Salleh ni. Sorry! Huu~

Ucapan sepanjang larian: Allahuakbar.. Excuse me.. Sorry..


0942

Ada beberapa manusia sedang beratur di Kaunter R68.
Haisy! Takkan nak beratur kot? Tachycardia Stage 5!
Maka, dengan muka langsung tak bersalah, saya terus ke hadapan. Maaf bang!


0945

“Encik, ke Kota Bharu.” Sumpah! Saya dah tak mampu nak menyusun kata.
“Dah lambat ek?” belum sempat saya menjawab, beliau dah pun call AK 5282.
“AK 5282 ke Kota Bharu, plus one boleh?” beliau berusaha bagi pihak saya.
Selepas Boarding Pass bertukar tangan..
“Ok. Cik, masuk ikut P4 sekarang. Cepat!” Perkataan “cepat!” tu yang merisaukan.

Tachycardia Stage 6!



0950

Lari punya lari, macam dalam movie plak rasa.. Tachycardia Stage 7!
Akhirnya..
Tiba di P4 selepas selesai menguruskan segala pemeriksaan yang perlu dilalui.
Sampai-sampai je, memang sebahagian penumpang sudah pun menaiki pesawat.
Beg roda yang berat tu pun saya terpaksa jadikan sebagai hand-luggage! Habislah energy. Penat!


1000

Selamat duduk di seat 20B.

Alhamdulillah. No more tachycardia. Syukur!
Macam biasa, taklimat tentang keselamatan dan lain-lain demonstrated by steward & stewardess.


1034

AK 5282 mula meninggalkan pusat bandaraya menuju ke Negeri Serambi Mekah. =)
Kelegaan tahap maksima!
Kalau terlambat lagi 2 MINIT, memang sah-sah tak sempat!


1118

Tiba awal 10 minit dari biasa.

Hujan lebat.. Hujan renya-renyai..

Selamat mendarat di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan. *Sebenarnya lupa nama sebenar airport ni. Hehe. Sultan Yahya Petra kot. =)


p/s: Alhamdulillah, sekarang sudah selamat berada di desa tercinta! Happy!